(Ditulis khas untuk bekas pelajar Sek Rendah Larkin 1 dan 2 sekitar tahun 1970an. Lebih-lebih lagi rakan kenalan FB... yang masih ingatkan saya dan juga rakan-rakan di Kelas 2D/1974..maaf kalau tak dapat ingat semua nama rakan-rakan! 1974: 36 tahun yang lalu!!!!!)
1974- Entah macam mana saya ditukarkan dari Sekolah Rendah Larkin 2 ke Sek Rendah Larkin 1.Ekoran daripada itu selama 2 tahun berturut-turut, saya bersekolah di sesi sebelah petang.
Ditempatkan di kelas tercorot (kalau mengikut prestasi peperiksaan tahun 1 -walaupun saya mendapat tempat ketiga sewaktu peperiksaan akhir tahun bagi Tahun 1/Kelas 1E..entah betul entah tidak...ataupun peratusnya tidak membanggakan). Itu tidak penting asalkan saya
masih bersekolah. Jadinya masuk Kelas 2D. Guru Kelasnya Pn.Ainon.
Mengimbau kembali rakan-rakan sekelas.
Dibarisan hadapan:
Azizan,Johari,Zamri,....,Hanafi (allahyarham- dikhabarkan meninggal dunia pada usia 23 tahun) dan
Salleh Kassim (waktu terakhir berjumpa di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor dan kini di FB)
Dibarisan kedua :
Rozita,xxx,Rozi,Rashidah,xxx,
Pn.Ainon(Guru Kelas) - masih segar dalam ingatan saya - guru yang selalu meminta saya membelikan makanannya kuih karipap setiap kali waktu rehat dan dihantarkan ke bilik rehat guru-guru yang terletak tak jauh dari kantin sekolah;Masih ingat lagi, Pn.Ainon hanya menaiki bas dari bandaraya Johor Bahru untuk ke sekolah (jika dibandingkan dengan guru-guru sekarang..),
Fazlon,xxx,xxx,xxx,
Rosnah (masih ingat lagi Anak Pak Hussein -kontraktor yang terkenal, kali terakhir nampak Rosnah sedang bertugas sebagai jurujual jam tangan di Komples membeli belah Tun Abdul Razak (KOMTAR), JB pada tahun 1984- kalau tak silap!!)
Dibarisan tengah:
Rohaizat,Khairul,Tajuddin Abdul Wahab (bukan anak 3 Abdul dalam filem tu..Din sorry kalau kau baca blog ni!!- mana tak ingat nama penuhnya. Arwah bapa saya bertugas bersama-sama dengan ayahnya di Singapura sekitar tahun 1960an -British Military ),
Azman, Kasmayudin Margono (kawan yang duduk di Singapura dan setiap hari berulang alik ke sekolah dari Singapura...ini geng Dollah Kassim...ada siapa ingat siapa
Dollah Kassim? Untuk makluman masa tu, pemain bolasepak Singapura yang terkenal bersama Samad Alipitchay, Quah Kim Song. Masa kita orang sekolah, hanya pasukan bolasepak Singapura, Selangor dan Pulau Pinang yang agak terkenal dan hebat bila sebut
Piala Malaysia!!!,
Zamri, Megat,Ah Chong, Shamsul (dua sahabat karib -Ah Chong dan Shamsul...tanpa wakil
MIC...),
Rashid,Norazman Suleiman (meninggal dunia awal tahun 2000..kalau tak silap kerana diabetes), Roslan dan Kamaruzaman.
Dibarisan terakhir:
Sabudin,Manickam (ada siapa boleh pastikan nama sebenarnya?, Herman Shah, Norazmi Ujang,xxx,
Rashid (Saya terhutang budi kepada bapa dan keluarganya yang menghantar saya pulang ke rumah setelah ketinggalan bas sekolah Pak Baharom pada suatu petang. Kebetulan petang tu, kami sekelas ditahan oleh seorang guru (pada waktu terakhir kelas) dan terpaksa pulang agak lewat. Inilah angkara kami bergaduh di dalam kelas dan membuat bising. akibatnya, tertinggal bas sekolah. Yang teruknya seperti saya kerana rumah agak jauh 8 km dari sekolah. Nasiblah bapa Rashid yang simpati menghantar saya pulang selepas diberi makan malam),,Panir, xxx,xxx,Yarulhaimi (tak ingat nama sebenar) dan saya (masih hansem masa tu..almaklumlah belum
ada masalah dunia yang sebenar).
Nota: xxx - Nama rakan-rakan yang saya lupa (almaklumlah.....bertahun lamanya)
Tahun seterusnya saya masuk 3A. ...Gempak .....(tunggulah cerita seterusnya)