Wednesday, January 26, 2022

PAK MALAU.......

LANGKAWI -19JAN2022.

 Hari terakhir kami di Langkawi. 

Saya sekeluarga bercadang untuk bersarapan di Warung Pak Malau dan tidak mengambil sarapan di hotel tempat kami menginap.




Masih ingat lagi filem Melayu "Sri Mersing" lakonan Allahyarham Nordin Ahmad dengan pantunnya yang tidak boleh dilupakan, Kajang Pak Malau? 


Di pintu masuk warung Pak Malau.

Saya berkesempatan menemui penguasaha warung ini. Lebih senang dikenali sebagai Pak Malau. Difahamkan beliau dulu bertugas di Penerbangan Malaysia sekitar awal tahun 1990 di Kuala Lumpur.

Selain daripada nasi dagang (yang menjadi makanan utama untuk sarapan), nasi lemak dan kuih-muih turut dijual.

Tempat letak kereta agak jauh memandangkan ramai yang bersarapan di sini. Lebih menarik, kawasan ini dibelakang sawah padi yang menghijau. Turut dipamirkan pelbagai barangan lama seperti batu giling cili, kereta lama Morris Minor dan mesin getah.

Ianya suatu pengalaman yang indah buat saya dan keluarga.


Bersama Pak Malau di kaunter pembayaran setelah sarapan.

Sarapan kami bersama keluarga.


ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...