Monday, November 29, 2010

Tahun 4 -1976 - PUNYA CERITA

1976
Berbagai peristiwa menarik masih saya ingat lagi sewaktu berada di Tahun 4.

AKU SEORANG ABANG

Saya bergelar abang kerana mendapat seorang adik lelaki pada 6 Mar 1976.


AHLI KUMPULAN PENGAKAP KE 25 JOHOR BAHRU
Untuk pertama kalinya, sekolah saya menubuhkan pasukan pengakap atau lebih dikenali sebagai Kumpulan Pengakap ke 25 Johor Bahru.Dan yang menarik bila saya salah seorang yang dipilih untuk menyertainya.
Hanya 5 pelajar daripada setiap kelas dipilih. Saya dipilih secara "undi" kerana salah seorang daripada rakan kelas saya menolak tawaran tersebut. Yang paling saya ingat, ketika itu, pemilihan dibuat kepada mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Saya dipilih secara kebetulan!  Ekoran daripada itu, ayahku terpaksa mencari wang lebih untuk membeli pakaian seragam pengakap. Sewaktu itu, kos membeli baju dan seluar (yang ditempah khas dengan tukang jahit datang ke sekolah mengukur saiz pakaian kami) , topi , talipinggang dan skaf adalah sekitar hampir RM70 (kalau tak silap!) . Dengan berbekalkan wang saku sekolah sebanyak 20 sen, secara logiknya aku tak mampu untuk menyimpan dan membeli pakaian seragam pengakap yang semahal itu!!  Cuma malangnya majlis penubuhan pasukan pengakap sekolah dirasmikan sewaktu hujan lebat. Dan diiringi dengan petir dan kilat.

PESTA PEMBANGUNAN BATU PAHAT

Pada tahun yang sama, saya berpeluang menyertai rombongan sekolah ke Batu Pahat. Ke Pesta Pembangunan yang mengambil masa satu hari. Bertolak seawal pagi, kami ke sana untuk melihat pameran yang berkisar dengan hal pembangunan negeri Johor yang diadakan hampir setiap tahun di tapak pesta itu.
Sewaktu itu Menter Besar Johor ialah Allahyarham Tan Sri Othman Saat. Ianya dianngap lawatan sambil belajar bagi saya dan rakan-rakan. Seterusnya kami makan tengah hari di Pantai Minyak Beku. Disinilah  bermula nama Batu Pahat diambil kira. Terdapat monumen yang berbentuk pahat dan batu yang ditemukan di pantai ini.  Seterusnya, kami berpeluang ke Tasik Merdeka (ianya adalah lombong tinggalan yang diubah suai untuk menjadi taman bunga dan tempat riadah bagi masyarakat setempat) untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang. Disinilah tempat perlancongan yang kini dinamakan Wet Wet Land, Batu Pahat. Tidak lupa, hampir setiap orang yang ke Batu Pahat dari Johor Bahru akan melalui pekan koboi, Air Hitam. Disinilah terdapat kerepek-kerepek yang dihasilkan oleh masyarakat setempat untuk dijual kepada umum. Juga sayur-sayuran segar yang baru dipetik dijual oleh peniaga-peniaga berbangsa China.

Tuesday, November 23, 2010

Majulah Singapura (Bahagian 2)

Setelah makan tengah hari di Restoran Kampung Glam (gambar diatas) , saya sekeluarga berkesempatan menjengok kawasan persekitaran Arab Street. Satu tempat yang menarik perhatian kami sekeluarga ialah Children Little Museum yang terletak kurang 50 meter daripada Masjid Sultan. Bagi generasi yang dilahirkan sekitar tahun 1960an dan 1970an, mungkin ia suatu nostalgia bagi mereka. Terdapat tiga barangan atau mainan masa lampau yang digantung di hadapan deretan kedai atau mini muzium ini iaitu Chapteh, gasing dan layang-layang.
Diusahakan oleh seorang yang berbangsa China, kedainya dilengakapi dengan Vespa lama yang dijaga baik, sebauah peti ais lama yang masih berfungsi. Mini Muzium ini sebenarnya terletak ditingkat atas kedai ini. dengan bayaran sebanyak 2 Singapore Dollar setiap orang. Pintu hadapan kedai/mini muzium ini diletakkan sebuah robot besar sebagai daya penarik.

Tentu ada yang tertanya..apakah itu Chapteh. Dimainkan seperti bola sepak raga -menggunakan bulu-bulu ayam yang dicat, paku dan getah tayar basikal (lihat gambar diatas, chapteh yang berwarna kuning dan hijau).

Dimuatkan juga pelbagai mainan anak-anak sewaktu tahun 1960an dan 1970an di mini muzium tersebut. Antaranya guli, anak patung, senapang kayu. 

Wednesday, November 17, 2010

Majulah Singapura

....Majulah Singapura
Ianya hanya sebahagian daripada lirik lagu kebangsaan Singapura. Tentu ada sesiapa yang boleh mengingati lagu sepenuhnya suatu ketika dulu bila membuka siaran TV Singapura (TV5). Ianya hanyalah kenangan masa kami sekeluarga mula-mula mendapat TV sekitar tahun 1974 (tv hitam putih). Antara rancangan TV yang menarik di singapura ketika itu ialah Hawaii Five O (yang kini ditontonkan semula di  saluran AXN.

Mengimbas kembali sekitar tahun 1994 (16 tahun yang lalu), kami sekeluarga (maksud saya ibubapa saya,mentua saya dan isteri) ke Geylang Serai sekadar berjalan-jalan dan melihat keindahan negeri orang.


(Masjid Sultan di Arab street)

Kini tahun 2010, menginap di salah sebuah hotel terkemuka di Orchard Road terasa bagai suatu keasingan di bumi yang pernah saya duduki sektar tahun 1960an (bumi kelahiran saya). Ternyata lirik lagu tersebut  "..Majulah Singapura "    benar-benar menjadi kenyataan.  

Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Arab Street.

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...