Tuesday, January 24, 2017

OHAIYU GOZAIMAS NARITA -1-

(Terimakasih buat rakan-rakan Road To Japan di facebook dan rakan2 sepejabat di Kuala Lumpur dan Jepun yang memberikan tip-tip berguna untuk perjalanan ini)

02JAN2017- KLIA

Perancangan untuk kali ketiga melangkahkan kaki ke bumi matahari terbit menjadi kenyataan kami sekeluarga.

Hanya bandar Narita dan Tokyo sempat kami lawati sepanjang 6 hari 5 malam di Jepun.

Berbekalkan sarapan ala kadar di cafe Kopitiam Malaya di KLIA memberi kami suntikan untuk menjejaki bumi asing yang tidak pernah dilawati.

Jam 5.30 petang, Kami sampai di Lapangan Terbang Narita, Tokyo.

Entah apalah nasib kami bila rakan yang bakal ditemui tidak lagi bertugas di Lapangan Terbang Narita. Cukup agak beruntung kerana beliau telah sempat membuah tempahan bilik hotel bagi kami sekeluarga. (Arigato Daisuke Shiizu-san)

.
Berhadapan stesen keretapi Narita
Hotel kami Narita Excel Tokyu hanya terletak 15 minit daripada Lapangan Terbang Narita dan disediakan bas ulangalik di antara hotel dan lapangan terbang hampir setiap jam memudahkan kami sekeluarga.

03JAN17 - NARITA-AKIHABARA-UENO

Dengan membeli kad PASMO (macam Kad Touch n Go di Malaysia), kami mudah menaiki kenderaan awam seperti bas dan keretapi sekitar Tokyo.

Dengan menaiki keretapi biasa (local train) ke Akihabara, ianya mengambil masa hampir 1 jam 30 minit.

Destinasi pertama merupakan idaman anak-anak saya yang meminati anime. Akihabara juga tempat barangan elektronik/IT yang terkenal di Tokyo.

Seawal jam 9.30 pagi, dengan cuaca sekitar 10 darjah celcius dan dibaluti jaket dan pakaian musim sejuk, kami mengharungi bandar ini.

Stesen keretapi Akihabara
Kita tentu tidak menyangka bahwa pelbagai karakter kartun telah lama bertapak di bumi Jepun. Antaranya Ultraman, Doraemon, Sailor moon, Gundam.

Kedai-kedai sekitar Akihabara


Kami berkesempatan singgah di salah sebuah pasar minggu yang menjual pelbagai barangan
anime dan agak murah.








Gundam Cafe 

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...