Friday, January 6, 2012

1989-Sekadar ingatan

7April1989- ESSEX HOSPITAL,LONDON.

Hari pertama kami berpuasa di London bagi tahun 1989. Satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan bila salah seorang rakan kami, pelajar tahun 2 Kejuteraan Elektrik dimasukkan ke hospital ekoran masalah mental. Merupakan kali pertama, kami ke hospital bagi orang kurang siuman atau yang mengalami masalah mental yang terletak di London.Masalahnya yang dihadapi beliau pada mulanya bila tidak sehaluan bersama rakan serumah. Dia seorang yang tidak suka bersosial sangat sebagaimana rakan serumahnya yang gemarkan muzik. Disini bermulanya fikiran beliau rungsing. Diikuti pula pengajian tahun 2 yang lebih rumit, lebih-lebih lagi dengan pelajaran Electrical Engineering. Dia terpaksa dihantar ke hospital oleh rakan-rakan bila dia mula mengamuk dan menumbuk cermin di rumah sewaannya.

Yang agak menarik bila seorang gadis yang juga sedang merima rawatan disitu menegur kami sambil merayu meminta sedikit wang untuk menerima keropok kentang dari mesin yang sedia ada. Yang melucukan bila beliau memasukkan bungkusan plastik keropok itu kedalam ketuhar gelombang mikro yang disediakan di kantin hospital tersebut. Apalagi, rangguplah jadinya plastik itu. Itulah bila orang kurang siuman menggunakan sesuatu alat tanpa berfikir. Nak gelak pun ada nak sedih pun ada melihat telatah si gadis itu. Kesudahannya, sekali lagi kami diminta wang olehnya.

Berbalik kepada rakan kami yang tidak sihat itu, pada mulanya beliau sama sekali tidak mengenali kami langsung. Difahamkan, dia diikat di katil sewaktu mula-mula masuk ekoran keadaannya yang kritikal.

(Nota: setelah selesai beliau menerima rawatan di hospital tersebut, pegawai pelajar kelolaan MARA telah menghantar beliau pulang ke Malaysia)

BERSAMBUNG...


Thursday, January 5, 2012

London_Manchester_Paris:25Dis-30Dis2011

 5 hari 3 malam. Suatu perjalanan yang agak letih. Demi menunaikan janji bagi anak saya yang ke 2 yang berjaya dengan cemerlang didalam peperiksaan UPSR yang lalu. ke Kelab Bolasepak Manchester City.

Perjalanan bermula pada hari natal. Tepat jam 11.55 malam -25Disember 2011- untuk kali ke 4 saya ke London (selama bertugas di syarikat penerbangan). Kami sekeluarga sampai pada pagi 26Disember 2011 -jam 5.30 pagi waktu tempatan. Cuaca sekitar 12 darjah Celcius. Lebih menyedihkan bila Kota London menyambut Boxing Day (sehari selepas hari Natal) dengan mogok keretapi bawah tanah yang melumpuhkan seluruh Kota London.Tambah mengecewakan kami dengan perkhidmatan keretapi laju (Heathrow Express) ke Paddington turut tidak beroperasi atas alasan kerja-kerja pembaikan rel.

Menginap selama 2 malam di hotel Ibis Heathrow untuk perjalanan kali ini  tidak mengecewakan. Kami perlu menaiki bas dari Heathrow ke hotel dan pergi balik (Hoppa Bus). Inilah satu-satu perkhidmatan awam yang perlu dicontohi sebahagian negara yang inginkan sektor perlancongan berkembang dengan pesat.

Seawal jam 7 pagi, kami meninggalkan bagasi di hotel tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke Oxford Street untuk menyaksikan jualan besar-besaran di Kota London.Ianya tidak menghampakan kami sekeluarga menaiki bas gantian yang disediakan oleh Heathrow Express dengan tambang yang berpatutan (GBP 27 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak) dari Heathrow ke Kota London (Paddington).

Sarapan pagi bermula di sebuah cafe Inggeris berdekatan Stesen keretapi Paddington. Memuaskan dengan kopi dan cokelat panas bersama muffin dan roti. Selepas itu, kami bergegas menaiki bas berwarna merah untuk ke Marble Arch untuk menyertai jualan besar-besaran di Kota London.





Gambar yang sempat dirakam sekitar Oxford Street pada 26 Disember 2011.

BERSAMBUNG....

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...