Monday, July 26, 2021

KHALIFAH ISLAM

TAHUKAH KITA? 

Catatan peribadi

(Terimakasih kepada penceramah Ustaz Au'ni Mohamed dan saluran YouTube AKS- Abu Khadijah Studio atas siaran siri-siri ceramah tentang sejarah Islam )

Setelah wafatnya nabi kita Muhammad S.A.w, terdapat 104 Khalifah Islam bermula dengan Khalifah Ar Rasyidin hinggalah jatuh empayar Kesultanan Turki Othmaniah ( jumlah khalifahnya 30 orang dan yang terakhir Sultan Muhammad ke 6  - 1918-1924 Masihi).

Alhamdulillah berkat mendengar Tazkirah Ustaz Au'ni Mohamed, saya dapat berkongsi catatan ini dengan pembaca blog saya.


Khalifah Ar Rashidin:

1.ABU BAKAR ASSIDDIQ r.a.

2.UMAR IBN KHATAB r.a.

3.OSMAN IBN AFFAN r.a.

4.ALI ABI TALIB r.a

diikuti Khalifah Ummaiyah (661-750 Masihi) dan

Khalifah Abbasiyyah (750-1258 Masihi) yang berpengkalan di Kota Bagdad.

Hinggalah bani Khalifah terakhir- Khalifah Turki Othmaniah. Khalifah ini berbangsa Turki yang pada mulanya berasal dari Mongol dan Tartan (sekitar Asia).

(2017-saya berkesempatan mendirikan solat di salah sebuah masjid yang masih ada sehingga kini yang dibina sewaktu zaman Khalifah Turki Othmaniah)

Zaman khalifah Islam terakhir dilibatkan dengan Perjanjian Cyprus selepas Perang Dunia Pertama 1920 Masihi. Diantara pihak Turki (Empayar Othmaniah) dan puak perikatan Perang Dunia 1 yang melibatkan pembahagian wilayah di Turki dan kawasan sekitarnya.

Malangnya Khalifah Islam ditamatkan sebelum puak British ingin menakluk bumi Turki. 

Nampak diselamatkan (mengikut sejarah Turki) oleh negarawan Turki, Mustafa Kemal Al-Tartuk (1923 Masihi) bagi mengelakkan penjajahan bangsa lain dari British tetapi Kerajaan Islam dengan mudah dilenyapkan oleh beliau.

Sekian.

KUALA LUMPUR 

09JULAI 2021.


Nota: banyak lagi yang bakal dirungkaikan.semuga kita tahu sejarah Islam.


Saturday, July 24, 2021

ALQURAN DAN TAJWID

 (sekadar catatan saya sepanjang pengajian Al Quran di pusat mengaji sekitar Desa Pandan.Sila rujuk pakar berhubung dengan hukum-hukum tajwid dan cara mengaji yang betul- secara berguru)


Catatan 09Julai2017.

Tahun saya memulakan pengajian AlQuran di Desa Pandan.

Disampaikan sekadar pengetahuan.



Di Malaysia ada banyak cara pengajian AlQuran dan jumlah huruf (Hijaiyah) juga berbeza (walaupun sebenarnya huruf2 ini kita jumpa dalam Al Quran). Antaranya:-

a.Muqaddam ada 30 huruf - Kebanyakan kita mengikut Kaedah ini seawal tahun 1970an.

b.Iqraq ada 29 huruf. Wujud Kaedah ini untuk memudahkan yang baru hendak belajar mengaji.

Kalau tak silap sekitar hujung tahun 1980an. Diterbitkan dalam beberapa jilid mengikut kemampuan seseorang hingalah mereka mula membaca Al Quran.

c.Terkini. Albagdadi -ada 28 jumlah huruf. Tekniknya bermula dengan Tamhid (mengaji dengan alat mengetuk yang membantu panjang pendik bunyi huruf tersebut), Tajweed , Talaqqi Am (mengaji beramai-ramai) dan Khas (secara perseorangan dengan guru). Ada juga diaturkan kelas menghafaz untuk surah-surah lazim.

Di Indonesia, difahamkan dipecahkan hingga 60 huruf.

Demikian ceritanya.

yang penting kita kenal huruf alif hingga ya.


Wednesday, July 7, 2021

COVID19 DAN KEMATIAN

 Pandemik ini masih berterusan.


(Alfatihah buat semua yang gugur ekoran COVID19) 


Untuk tahun ini,2021, saya kehilangan ahli keluarga dan sahabat ekoran daripada wabak COVID19.

CERITA PERTAMA(1)

Sebagai rekod saya.

Awal Feb21, kami kehilangan kakak. Kak ipar saya Norafidah Ahmad di Setapak.

Walaupun kematiannya tidak dikategori sebagai mangsa COVID19 setelah terlantar hampir dua minggu di Hospital Sg Buloh (ekoran jangkitan virus COVID19). Dia meninggal dunia setelah beberapa hari dipindahkan dari wad ICU (COVID19) ke wad biasa (setelah disahkan pulih dari COVID19). Ekoran kegagalan organ badan . Pasca COVID19.  

Meninggalkan suami, 4 orang anak dan 5 orang cucu.Alhamdulilah, dia diuruskan oleh ahli keluarga bagi pengkebumiannya di Tanah Perkuburan Islam JAWI ,Raudhatul Sakinah berdekatan Taman Muda.


CERITA KE DUA (2)


Sahabat sekelas saya, pada usia 54 tahun meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Kami sama-sama bersekolah di Larkin, Johor Bahru. Dilaporkan juga meninggal dunia ekoran COVID19.

(Lihat tulisan saya pada Mei21, 18Oktober1966-09Mei2021).


CERITA KE TIGA (3)


Bapa saudara kami, Badaruddin bin Abdu Aziz (suami kepada arwah makcik isteri saya) meninggalkan dunia pada 04Julai2021 setelah mengharungi COVID19 hampir 3 minggu di Hospital Ampang.

Meninggalkan 3 orang anak dan beberapa cucu. Disemadikan di Tanah Perkuburan Ulu Kelang, Selangor.

Sesungguhnya kematian itu pasti. Cuma lebih menyedihkan pandemik COVID19 melanda hampir seluruh dunia dan setiap hari ada kematian susulan virus ini.



Kita hanya mampu berdoa kepada Allah dan sama-sama menjaga diri kita, keluarga dan persekitaran agak wabak in berakhir dengan segera.



#KITA JAGA KITA


Kuala Lumpur

07JULAI2021


ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...