Sunday, October 9, 2011

25DIS2010- HARI KELUARGA BAKHIR

25Dis2010-Hari Keluarga di Teluk Kemang
25Dis 2010-Port Dickson.
Hampir agak lama sesuatu yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Pada 3 tahun berturut-turut, hari Keluarga Rohaya/Bakhir diadakan dengan acara bermain boling beramai-ramai.

25Dis2008- Bowling Hari Keluarga 2008 dengan temanya "Kuning"

 Atas permintaan bapa mertuaku, majlis keluarga kali ini agak berbeza. Ianya diadakan di luar ibukota dan semua keluarga dijemput hadir bersama-sama. Untuk tahun 2010, sejumlah 5 keluarga dapat dikumpulkan - Keluarga Kak Long (termasuk Angah sekeluarga), Keluarga Kak Lang (termasuk Keluarga Nana dan Dik Lin), Keluarga Kak Ila, Keluarga Khairiah dan keluarga saya. Kami ditempatkan di 4 buah apartment 3 bilik di Teluk Kemang, Port Dickson.Percutian keluarga selama 2 Hari 1 Malam. Pada malam, kami bersama-sama menjamu selera dengan masakan yang pelbagai dari semua keluarga, termasuklah sate yang didatangkan khas dari Port Dickson tajaan bapa mertuaku. Pada waktu petang, permainan bertemakan air diadakan ditepi pantai disamping membina istana pasir bagi setiap keluarga. Yang agak lebih menarik, menjelang tengah malam, sebahagian daripada ahli keluarga ke pantai sekali lagi mencari ketam sehinggalah awal pagi. Aktiviti terakhir pada pagi Ahad sebelum semua pulang, kanak-kanak berpeluang sekali lagi mandi beramai-ramai di kolam renang yang sedia ada di apartment tersebut.

Thursday, October 6, 2011

4 KEMATIAN SATU PERKAHWINAN - 2011

4 KEMATIAN SATU PERKAHWINAN - 2011

Inilah yang berlaku keatas keluarga isteriku pada tahun ini (sehingga 07Oktober 2011)
Kematian demi kematian ahli keluarga yang tidak diduga dan di tengah-tengahnya majlis perkahwinan anak saudara (ini tidak termasuk kematian ibu saudaraku Faridah Abdullah (04Jun2011) yang disayangi).
Fatin (01SEP1991-24APR2011)
AHAD 24 April 2011- Sejurus kami selesai makan malam di Tesco Ampang, kami dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan Fatin Nadia (gambar diatas) meninggal dunia ekoran daripada pelanggaran motosikal yang ditunggangnya di Pulau Carey, Banting. Kami sekeluarga baru saja selesai meraikan hari ulangtahun ayah yang ke 68 di Setapak. Allahyarhamah Fatin memang tidak bersama kami pada majlis tersebut ekoran daripada persiapan beliau untuk menghadiri temuduga pada keesokan hari.Seluruh anggota keluarga Bakhir/Rohaya bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Allahyarhamah gagal diselamatkan ekoran pelanggaran yang agak kuat walaupun motorsikalnya bertembung dengan sebuah motosikal yang lain. Perlanggaran yang kuat ke atas muka, tangan dan pinggangnya mengakibatkan beliau menghembuskan  nafas yang terakhir sewaktu berada didalam ambulan untuk dihantar ke hospital terdekat. Pada usia 21 tahun, kehilangannya benar-benar dirasai oleh kami sekeluarga dan lebih-lebih lagi abang iparku dan isterinya. Lebih menyedihkan, ianya merupakan anak sulung mereka dan satu-satunya anak perempuan mereka dan baru saja tamat pengajian di UPM.



SYED(24JUL1984-14JUL2011)
Syed Sulaiman bersama isteri pada hari raya 2010.

14JUL2011
Allahyarham Syed Sulaiman (gambar diatas) disemadikan di Tanah Perkuburan Keramat, Selangor. Perkahwinan beliau hanya mampu bertahan sehingga 1 tahun, 1 bulan dan 1 hari. Penyakit Kanser yang dihidap beliau tidak berkesudahan dan diikuti dengan Leukimia yang dihidapinya pada saat-saat terakhir. Ekoran daripada demam selama beberapa hari setelah bertungkus lumus membantu perkahwinan adik beliau, tiada pilihan yang lebih baik bagi beliau untuk bertahan. Berada di Hospital Ampang hampir sebulan lamanya, akhirnya beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Khamis sekitar jam 8 malam. Ini merupakan kejutan kedua bagi kami sekeluarga. Beliau adalah menantu kepada kakar iparku dan suami kepada anak saudara kami, Linda. Mengharungi hari demi hari di Hospital Ampang yang turut melibatkan kami sekeluarga untuk berkunjung hampir setiap dua hari melihat perkembangan beliau. Dari ditempat di wad biasa hingga ke wad khas untuk mereka yang menghidap Kanser. Difahamkan beliau menyembunyi hal yang sebenar daripada pengetahuan Umi sewaktu keluar dari Hospital UKM sebelum ini. Beliau sepatutnya mendapatkan rawatan yang terperinci untuk mengurangkan sakitnya. Dianggap satu-satunya anak yang benar-benar memahami perasaan Umi dan sanggup meninggalkan rakan sebaya untuk bermain di luar rumah demi menjaga Uminya yang sakit pada sewaktu ketika dahulu. Merupakan seorang suami yang penyayang dan memahami kekurangan pada dirinya. Pekerjaan terakhirnya ialah membuka warung ice-blended yang turut diminati oleh anak-anak kami setiap kali ke Danau Kota. Kini, ianya tinggal kenangan. Perginya anak saudara kami yang kedua menemui Yang Maha Esa.



24JUN11- Perkahwinan pertama bagi tahun 2011 -diantara Syukri dan Siti. Anak saudara kami yang ke 6 (selepas Angah,Ayong, Nana, Dik Lin dan Fauzi) yang mendirikan rumahtangga. Anak pertama kepada kakak iparku, Norazura dan Ramli Ngah.Majlis disempurnakan di Taman Sri Rampai Setapak.



SITI RAHIMAH@Ayong (28APR1982-26SEP2011)

ISNIN 26SEP2011
Dia tetap dengan pendiriannya untuk pulang berhariraya di Rantau Panjang, Kelantan walaupun di terpaksa meninggalkan rawatan dialisisnya ( 1 hari). Tidak cukup dengan itu, beliau mengadakan rumah terbuka walaupun kesihatannya agak terganggu setelah pulang daripada kampung suaminya. Keesokan harinya, Ahad.Kami dikejutkan dengan maklumat yang beliau dibawa ke hospital ekoran daripada sakit perut yang dialaminya. Tiada pilihan, beliau dimasukkan ke wad di Hospital Besar Kuala Lumpur (GH_KL). Ini merupakan kali ketiga beliau dimasukkan ke hospital pada tahun ini. Ekoran daripada kesibukan bekerja dan isteriku yang berulang-alik menghantar anak-anak ke sekolah, kami langsung tak ke hospital untuk menziarah beliau. Rasa terkilan juga dihati bila memikirkan hal ini. Setelah hampir 2 minggu beliau di hospital, kami sekali lagi menerima panggilan penting untuk segera ke hospital kerana keadaan beliau tidak stabil apabila beliau tidak sedarkan diri. Pihak hospital mengambil keputusan untuk membuat ujian selanjutnya bagi menentukan keadaan beliau. Beliau ditempatkan di wad ICU, Tingkat 3, GHKL. Beliau hanya mampu bertahan selamat sehari di  ICU sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada Isnin 26September jam 11 tengahari. Ia merupakan ramadhan terakhir bagi beliau. Disemadikan di Tanah perkuburan taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Meninggalkan suami yang tercinta, Azizi.

Abang Ram @Pak Ngah@ Cikgu Ramli Ngah
(06JUN1958-03OKT2011)

ISNIN-03OCT2011 - Kami belum bersedia untuk menerima berita selanjutnya. Baru hampir seminggu kami dikejutkan dengan kematian anak saudara perempuan kami yang kedua, berita yang menyayat hati dan perasaan kami terpaksa diterima tanpa kerelaan sesiapa pun. Allah lebih menyayangi beliau. Dalam perjalanan ke GHKL, Abang Ram (atau dikenali sebagai Pak Ngah dikalangan anak-anak saudaranya atauapun Cikgu Ramli dikalangan pelajarnya) ditimpa kemalangan yang membabitkan beliau. Difahamkan sekitar jam7.30 pagi berhampiran IJN, motosikal yang ditunggangnya jatuh dan seterusnya dilanggar oleh sebuah kereta. Kematiannya disahkan ekoran kecederaan didada dan badannya yang agak serius. Ditempatkan di wad kecemasan hampir 3 jam. Walaubagaimanapun, dengan keadaan beliau yang sudah menjalani pembedahan jantung pada tahun lalu dan mengidap diabetes, keadaannya tidak dapat diselamatkan oleh pihak hospital. Sekali lagi, kami sekeluarga bergegas ke wad forensik dan bilik mayat untuk melihat keadaan sebenar.
Belia disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota ( hanya selang beberapa kubur dari kubur Ayong).

Sesungguhnya setiap peristiwa yang terjadi ada hikmahnya. Bagi yang masih hidup, teruskan dengan penuh kesungguhan memenuhi tuntutan agama agar beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Alfatihah buat Fatin,Syed,Ayong dan Pak Ngah.

Untuk Catatan (Sehingga artikel ini ditulis)
Jumlah Kakak ipar (sebelah Isteri) - 5
Jumlah Abang ipar (sebelah Isteri) - 1
Jumlah anak saudara (sebelah Isteri) - 23
Jumlah cucu saudara (sebelah Isteri)- 3

Zasman Mohd Ghulam
07Oktober 2011

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...