Saturday, March 5, 2022

IBUBAPA YANG SEMPURNA?

 Sekadar catatan dan perkongsian dengan rakan-rakan yang bergelar IBU BAPA.


07April2012

Seminar Keibubapaan dan Sentuhan Hati


Katanya kebahagiaan bermula dari keluarga dan seterusnya kehidupan harian.
Kejayaan yang kita ingini adalah untuk keluarga dan juga pekerjaan kita.
Tugasan hakiki kita adalah tanggungjawab yang perlu kita hadapi dan mengatasi segala cabaran.

Anak-anak lahirnya dengan dua perkara -sesuatu yang positif dan juga negatif.
Hakikatnya, bagaimanakah anak-anak harus dilayan dalam kehidupan sebenar?
Realitinya sama seperti diri kita sendiri. Anak-anak juga manusia biasa. Ada perasaan. 
Benar-benar ingin disayangi. Sebagai ibu bapa, kita harus menyelami perasaan anak-anak dan menguasai skill Empathy dalam hal ini.

Empathy dalam erti kata sebenar.. meletakkan hati dan perasaan kita dalam hal seseorang (put your heart in someone's heart....not easy to translate it)

beri kasihsayang pada anak-anak BUKAN dibenci
Ditolong BUKAN disakiti
Difahami BUKAN dihakimi
Diterima BUKAN ditolak

Anak-anak MEMULAI kehidupan dengan CUBA mengetahui sesuatu perkara.

Kurangnya PRIHATIN ibubapa mengakibatkan kita

'membunuh' jiwa anak,
pergaulan bebas remaja yang berleluasa,
anak-anak mencari perhatian sesuatu secara salah.

TANPA ibubapa sedari, anak-anak sedang mempelajari sesuatu 
(istilahnya SPIRITUAL FILTER) bagi memahami tujuan dan aksi mereka dalam kehidupan

BAHAGIAN KEDUA
KEMAHIRAN IBUBAPA YANG DIKEHENDAKI

Ibubapa perlu membuang sesuatu yang negatif didalam minda mereka.
Ada sikap berlemah lembut dalam mengatasi isu anak-anak.

1.Memberi Hadiah pada harijadi anak-anak adalah sesuatu yang berharga.
2.Berbual dengan anak-anak dengan perkataan yang baik-baik
3.Memberi kata perangsang bila anak-anak kita gagal dalam sesuatu hal yang positif
seperti tidak mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan.
4.Sentuhan-belaian kasih sayang yang perlu ada
5.Masa bersama anak-anak sewaktu makan, bercuti.

Kaedah mendidik anak-anak
1.Usia dari lahir sehingga 7 tahun- tidak dipukul tapi memujuk.
2.7-14 tahun, kena ada disiplin, rotan/pukul sekadar peringatan.
3.15-21 tahun - elak dipukul,jadikan kawan.

Bagi yang duduk di asrama, ibu bapa perlu menziarah mereka dengan kekerapan yang bersesuaian:-

TINGKATAN  1-3 : SEBULAN SEKALI.
TINGKATAN 4-6: 2 KALI SEBULAN.

KENAPA ANAK-ANAK KELUAR MALAM TANPA TUJUAN?

Masakini, anak-anak dipengaruhi oleh:-

Antaranya: TV,Telefon,Komputer dan PS (tak semua)  kini...dengan FB,IG dll



Friday, March 4, 2022

TAZKIRAH1 02MAR2012-SERONOKNYA MEMBACA ALQURAN

Jumaat 02Mar2012

Melaka

Buat ingatan diri dan sesiapa sahaja yang membaca blog saya.

'SERONOKNYA MEMBACA ALQURAN'

Oleh Ustaz Shukri  (Mantan CEO PPZ Wilayah Persekutuan)

bertempat di Imtiaz Melaka,Masjid Tanah

Siapakah ahli Syurga?

1.Pertemuan dan perpisahan sesama ihsan kerana Allah

2.Jiran yang berdekatan dengan Tahfiz AlQuran, lebih-lebih lagi pelajarnya Hafal Alquran

3.Yang hadir bersama dalam majlis ilmu.


Peninggalan rasul kita hanyalah AlQuran dan Hadis.

5 bahagian/asas dalam menjaga AlQuran:-

1.Memiliki AlQuran (paling minimum bagi seorang muslim)

2.Membaca Al Quran.

3.Hafal AlQuran.

4.Memahami isi AlQuran.

5,Mengamal dan menghayati Al Quran.

Kelebihan yang berhubung dengan AlQuran

Ah lul Quran -yang dekat dengan Tuhan dengan membaca Al Quran.

Kejayaan anak-anak dalam mempelajari dan menghafal AlQuran bukan sekadar gelaran untuk mereka, Alhafiz. Ianya lebih kepada tanda kita bersyukur kerana Allah gerakkan hati ibubapa untuk juga turut menjadi Ah lul Quran.

Kita antara manusia yang memberi kebaikan kepada Ummah dengan menjadikan AlQuran sebagai asas.

Didalam mencari keredaan Allah dalam hidup kita adalah dengan berusaha mendekati Al Quran dalam kehidupan kita.

Alangkah indahnya.. Antara bicara manusia sebelum mati.

1.Alangkah baik kalau kita banyak membuat kebajikan sebelum mati.

 (mencari pahala dalam kehidupan)

2.Memberi barang yang baru kepada orang yang memerlukan. Termasuk memberi makanan kepada semua (kepada jiran dan mereka yang memerlukan)

Secara tidak langsung, berkongsi keuntungan bersama (DIVIDE AND PROFIT TOGETHER). 

Apakah peranan ibubapa dan pelajar (yang mengikuti kursus hafazan AlQuran)?

PELAJAR

1.Ubah gaya hidup pelajar (sama ada dengan kehadiran atau tidak kedua-dua ibubapa) 

 semasa di asrama/sekolah.

2.Tukar cara pembelajaran.

3.Memikul Tanggungjawab kepada Al Quran (anak-anak adalah adalah harapan masyarakat)

Nota: Menjadi Hafiz bukan sekadar untuk menjadi imam sewaktu bersolat,  tetapi untuk semua  (antaranya syafaat kepada kedua ibubapa di akhirat). Ini adalah salam akhirat bagi pelajar-pelajar.

IBU BAPA

1.Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak bagi mereka mencari ilmu yang berterusan dan memberi kuat semangat untuk terus berusaha.

2.memastikan mereka memiliki akhlak yang mulia.




ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...