Friday, March 4, 2022

TAZKIRAH1 02MAR2012-SERONOKNYA MEMBACA ALQURAN

Jumaat 02Mar2012

Melaka

Buat ingatan diri dan sesiapa sahaja yang membaca blog saya.

'SERONOKNYA MEMBACA ALQURAN'

Oleh Ustaz Shukri  (Mantan CEO PPZ Wilayah Persekutuan)

bertempat di Imtiaz Melaka,Masjid Tanah

Siapakah ahli Syurga?

1.Pertemuan dan perpisahan sesama ihsan kerana Allah

2.Jiran yang berdekatan dengan Tahfiz AlQuran, lebih-lebih lagi pelajarnya Hafal Alquran

3.Yang hadir bersama dalam majlis ilmu.


Peninggalan rasul kita hanyalah AlQuran dan Hadis.

5 bahagian/asas dalam menjaga AlQuran:-

1.Memiliki AlQuran (paling minimum bagi seorang muslim)

2.Membaca Al Quran.

3.Hafal AlQuran.

4.Memahami isi AlQuran.

5,Mengamal dan menghayati Al Quran.

Kelebihan yang berhubung dengan AlQuran

Ah lul Quran -yang dekat dengan Tuhan dengan membaca Al Quran.

Kejayaan anak-anak dalam mempelajari dan menghafal AlQuran bukan sekadar gelaran untuk mereka, Alhafiz. Ianya lebih kepada tanda kita bersyukur kerana Allah gerakkan hati ibubapa untuk juga turut menjadi Ah lul Quran.

Kita antara manusia yang memberi kebaikan kepada Ummah dengan menjadikan AlQuran sebagai asas.

Didalam mencari keredaan Allah dalam hidup kita adalah dengan berusaha mendekati Al Quran dalam kehidupan kita.

Alangkah indahnya.. Antara bicara manusia sebelum mati.

1.Alangkah baik kalau kita banyak membuat kebajikan sebelum mati.

 (mencari pahala dalam kehidupan)

2.Memberi barang yang baru kepada orang yang memerlukan. Termasuk memberi makanan kepada semua (kepada jiran dan mereka yang memerlukan)

Secara tidak langsung, berkongsi keuntungan bersama (DIVIDE AND PROFIT TOGETHER). 

Apakah peranan ibubapa dan pelajar (yang mengikuti kursus hafazan AlQuran)?

PELAJAR

1.Ubah gaya hidup pelajar (sama ada dengan kehadiran atau tidak kedua-dua ibubapa) 

 semasa di asrama/sekolah.

2.Tukar cara pembelajaran.

3.Memikul Tanggungjawab kepada Al Quran (anak-anak adalah adalah harapan masyarakat)

Nota: Menjadi Hafiz bukan sekadar untuk menjadi imam sewaktu bersolat,  tetapi untuk semua  (antaranya syafaat kepada kedua ibubapa di akhirat). Ini adalah salam akhirat bagi pelajar-pelajar.

IBU BAPA

1.Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak bagi mereka mencari ilmu yang berterusan dan memberi kuat semangat untuk terus berusaha.

2.memastikan mereka memiliki akhlak yang mulia.




No comments:

Post a Comment

BERKAMPUNG DI HOSPITAL.

Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...