Saturday, November 25, 2023

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN.

Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE.

Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengakhiri tugasan saya di Penerbangan Malaysia (MH).

Perasaan bercampur aduk.Selalunya terlintas difikiran seseorang yang bakal bersara (tanpa ada pencen tidak seperti kakitangan kerajaan).

1.Dapatkah menghabis sisa hidup ini dengan bergantung wang KWSP yang masih ada.

2.Adakah lagi rexeki yang bakal saya perolehi dengan cara lain. Bekerja sampai Mati atau bergantung kepada sumbangan anak-anak (yang masih mencari wang untuk sesuap nasi dan kehidupan yang mendatang).

Minggu lalu, saya bertanya kepada seseorang yang telah bersara awal.
Jawapannya mudah tapi penuh persoalan. 

Best plan for retiree, in my opinion, is retire.

Kemaskan yang wajib, tambah yang sunat (nasihat seseorang yang baru sahaja menyempurnakan rukun Islam yang ke lima)

Sejujurnya jika sudah habis membayar wang rumah dan kereta sewaktu bersara, apa yang diperlukan hanyalah keperluan untuk:

1.Makan Minum seharian.

2.Pakaian yang cukup.

3.Ini lebih MUSTAHAK - jaga kesihatan dan wang yang mencukupi untuk ubat kecuali sihat dan tidak ada penyakit yang kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.

4.Menghabiskan usia emas di masjid (5 waktu) sambil menghadiri kuliah agama, bercampur dengan  masyarakat dalam pelbagai aktiviti kawasan perumahan.

5.Baca AlQuran berulang-ulang. Baca, Faham dan Amal.

6.Simpanan wang secukupnya untuk hari tua.


Zasman

25Nov2023




Tuesday, October 10, 2023

BILA SAYA BERUSIA 16 TAHUN (BAHAGIAN 2)

 UNGGUN API 

04NOV1982 -pertama kali menghadiri majlis unggun api anjuran pasukan Pandu Puteri Sekolah Menengah Ungku Tun Aminah (atau lebih dikenali SETA).Sekolah ini bersebelahan MSAB (English College Johor Bahru aka EC). Timbul isu bila ada diantara kami yang berkelakuan ganjil. Maklumkan remaja bila mula cuba membina sebuah persahabatan. Kami sempat berkenalan dengan mereka yang duduk sekitar bandar Johor Bahru. Tanpa disedari, rupanya kami berkenalan dengan anak salah seorang pegawai polis (yang berpangkat tinggi).

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH MENENGAH

Tugas utama kami adalah melibatkan diri dalam perbarisan kejohanan olahraga yang diadakan di padang sekolah. Kumpulan kami, Pengakap akan bersama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet tentera. Menaikkan bendera kejohanan sukan (tugas utama kami), membantu guru-guru dalam menguruskan acara-acara larian 100m,200m,400m,4x100m dan 4x 200m dan penyampaian hadiah.

Keesokan hari, kami akan berkhemah di persekitaran sekolah. Padang bersebelahan kawasan pertanian (bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3).






Saturday, September 30, 2023

BILA SAYA BERUSIA 16TAHUN

 1982

(Nota:Tulisan ini hanya sekadar catatan pengembaraan hidup saya sewaktu bersekolah).





 Mengimbau kembali tahun 1982 ( berdasarkan diari kecil ku yang masih disimpan dan diperolehi dari Kumpulan Emporium dan supermarket Holdings- satu-satu nya Gedung serba lengkap ketika itu. Bagai Gedung membeli-belah seperti Sogo, Giant, lotus ataupun AEON pada hari ini)

Sewaktu itu, aku di Tingkatan 4 Aliran Sains, Sekolah Menengah Tasek Utara, Johor Bahru.

HOBI

Antara hobi saya ketika itu ialah bersahabat pena dengan kenalan di Malaysia. Kebanyakannya seusia saya.Tujuannya hanya sekadar berutus surat bertanya khabar, mengirim poskad dan yang lebih baik bertukar kertas peperiksaan setiap penggal persekolahan (khasnya daripada sekolah ternama seperti Sek. Teknik dan Kolej Islam). Saya juga mengumpul setem secara tidak langsung bagi menyambung ini yang dimulai sekitar tahun 1973.

Ketika itu, dengan bersahabat pena, dapatlah saya mengenali Malaysia secara dekat. Antara mereka, berasal dari Air Hitam Muar, Alor Pongsu,Bagan Serai, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Jerantut, Batu Gajah, Perak, Ulu Klang , Benut, Pontian dan yang terdekat Taman Century dan Kg. Melayu Majidee,Johor Bahru. Yang agak jauh adalah dari Lawas, Sarawak.

 

PERSEKOLAHAN

Persekolahan bermula pada Ahad03Jan1982 dan saya ditempatkan di kelas Aliran Sains (3 matapelajaran Sains : kajihayat atau lebih dikenali sebagai Biologi, Kimia dan Fizik).

Wang saku bersekolah Ketika itu hanyalah 40sen. Menaiki bas sekolah. 

Minggu pertama, saya menghabiskan waktu petang (selepas kelas) di Koperasi sekolah. Membantu Cikgu Leman Bin Yaakop (alfatihah buat beliau) menjual buku tulis sekolah. Dapat makan tengahari percuma sambil membeli buku tulis secara diskaun. Ketika itu wang saku lebih bergantung kepada wang biasiswa yang terima (RM15 setiap bulan) untuk membeli buku rujukan.

Selain menjadi AJK Koperasi sekolah, saya juga dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Agama Islam dan penolong Pengerusi Persatuan Pengakap Laut sekolah (kumpulan ke 38 Johor Bahru).


PERKHEMAHAN DI LUAR SEKOLAH

Adalah menjadi kelaziman kumpulan pengakap di sekolah saya untuk berkhemah di kawasan lapang sekolah (berhadapan hutan 'simpanan' yang memisahkan 2 sekolah terkenal, Sekolah Menengah Tun Fatimah (STF) dan Sekolah Menengah Teknik, Johor Bahru).

Selalunya kami adakan perkhemahan di hujung minggu terutama sekali selepas kejohanan olahraga sekolah.

Walaubagaimanapun, pada awal bulan Ogos 1982, kami ke Gunung Ledang untuk berkhemah.Ekoran daripada hujan yang melanda kawasan perkhemahan kami, rancangan kami dihentikan awal dan menginap di Tangkak, rumah keluarga bimbingan kami, En.Mohamad Saidin. Cuma yang menarik bila kami perlu menaiki bas awam dari Johor Bahru ke Tangkak. Dari Johor Bahru ke Air Hitam, kemudian dari Air Hitam ke Muar dan akhirnya Muar ke Tangkak (Gunung  Ledang). Lagi menarik, sewaktu bermalam di Tangkak, kami sempat ke pasar malam (tak jauh dari rumah keluarga  En.Mohamad Saidin) dan menonton filem kantonis di pawagam Ophir Tangkak. Yang paling mencabar, bila kami di kejar anjing sewaktu pulang dari pawagam (panggung wayang gambar).



MAJLIS MAULID NABI S.A.W

Menjadi impian saya untuk menyertai mana-mana perarakan Maulidulrasul bila tiba masanya (12Rabiulawal).

Antaranya, di peringat negeri, kami berarak daripada Padang Istana di Bukit Zaharah, Johor Bahru hingga ke Masjid Negeri ,masjid Sultan Abu Bakar. Lepas selawat dan selesai majlis, kami dihidangkan nasi minyak (antara yang terbaik) dalam dulang dan akan dikongsikan oleh 4 orang. Tidak lupa juga berebut untuk bersalaman dengan tetamu khas baik Menteri Besar maupun Sultan Johor. Tanpa disedari, ada seorang hamba Allah yang selalunya  menabur wang kertas 1 Ringgit di sekitar masjid selepas solat Zohor sewaktu majlis maulidulrasul ini. Difahamkan beliau menerima wang tersebut dan diarah menyampaikan kepada mereka yang hadir. Saya sempat menerima wang yang melayang itu dihadapan saya ketika itu.









 

 

 

 

 

Monday, April 3, 2023

SHAH ALAM .....

 Sewaktu bermalam di salah sebuah hotel di Seksyen 19 Shah Alam, kami sempat membeli nasi lemak yang agak viral ini, Nasi Lemak Tamparuli yang terletak berdekatan stesen KTM Shah Alam.

Difahamkan pengusahanya berasal dari Sabah, Tamparuli. Cuma di sini hanya boleh dibawa pulang ekoran tiada kawasan untuk makan. Nasi lemak yang biasa berharga RM4.50 (sekitar tahun 2022) dan ada juga yang disajikan dengan ayam goreng, sambal sotong, paru dan daging mengikut selera kita.

Kesimpulannya, memang sedap nasi lemak ini.




Wednesday, March 22, 2023

LAST GATHERING WITH STRATEGIC AND PLANNING

 Our last gathering with all colleagues within the division in Strategic and Planning under Bryan Foong.

Back in 2022.


ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...