Thursday, May 13, 2021

18OKTOBER 1966-09MEI2021

 MOHD NIZAM BIN TAHIR

Sekadar catatan peribadi bagi mengingatkan saya kepada KEMATIAN (yang pasti) dan juga kepada sahabat saya semasa bersekolah di Sek Ren Keb Larkin 1 (1975-1978) yang telah pulang ke rahmatullah pada Ahad 09Mei21 selepas waktu Isyak (menurut sumber terdekat). Difahamkan juga beliau ada mengalami sakit tulang belakang dan masalah urat saraf beberapa bulan lalu. Bertugas di EPSON, Jalan Kempas.


Mohd Nizam Bin Tahir adalah anak tunggal dalam keluarga yang saya kenali rapat sejak Darjah 4 tahun 1976. Tinggal di Larkin Perdana. Makcik arwah juga saya kenal merupakan jiran terdekat saya di Kempas,Johor Bahru.

Antara aktiviti kami (beberapa orang kawan sahaja yang dipilihnya) adalah bertukar hadiah ketika ulang tahun kelahiran kami pada tahun 1976. Saya dihadiahkan permainan MASTERMIND (antara wish list saya sewaktu itu). Seperkara lagi, saya masih ingat lagi bila arwah akan memberi hadiah (berupa poster/ bunga) sewaktu Hari Guru kepada guru kelas. Tidaklah seperti saya yang tidak mampu (ketika itu) untuk menyatakan penghargaan kepada guru-guru sekolah.

Kredit kepada Jamali yang menyediakan gambar ini.

Sebagai kenalan, hanya bacaan doa dan Al-fatihah dapat kita sampaikan kepada arwah.Semuga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dirahmati Allah.Aaamin.

Nota:

Meninggalkan seorang balu, Puan Sarbanon dan tiga orang anak. Terimakasih buat rakan-rakan yang membantu pengurusan kematiannya dan sumbangan kewangan bagi ahli keluarganya.

#NizamTahir

#Ex-Larkin1,JB

#Ex-SSI,JB

#Ex-Teknik JB



Wednesday, May 12, 2021

RAYA 2021- Raya PKP

DESA PANDAN,KUALA LUMPUR

13MEI2021

 Sekadar catatan buat semua yang mengenali saya.

Tahun 2020, sambutan hari raya di Malaysia diraikan secara sederhana ekoran COVID19 dan penutupan sempadan negeri-negeri di Malaysia. Tahun ini 2021, perkara yang sama berulang kembali.

Jadinya tahun ni, raya sendiri je memandangkan tiada aktiviti ziarah dibenarkan sama sekali. 

Bagi keluarga saya (Keluarga Ruhaya/Bakhir) yang berada sekitar di Kuala Lumpur, pada malam raya kami mengadakan takbir raya secara online. Ini diikuti dengan tahlil arwah (bagi mengenang kembali pemergian ahli keluarga yang terdekat), khasnya Mak Lang (Norafiza Ahmad) yang meninggal dunia setelah dimasukkan ke Hospital Sg Buloh hampir dua minggu pada tahun ini.  (Alfatihah buat Mak Lang yang kami sayangi).


Pada hari raya, sekali lagi online video dengan ahli keluarga diadakan bagi menyampaikan ucapan aidil fitri untuk semua memandangkan tiada aktiviti ziarah dibenarkan.


Sama-sama kita berdoa agar COVID19 ini berakhir.


Nota:  Terimakasih kepada Ammar yang mengetuai tahlil tersebut.

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...