Monday, September 27, 2021

STESEN KERETA API KEMPAS

 Sekadar coretan kenang-kenangan

Seingat saya pada 1970, hampir setiap kami dapat mendengar bunyi keretapi yang berdekatan dari rumah kami. 

Sekitar 1980an, bermulalah perhentian keretapi Kempas dibina semula. Setiap petang dihujung, saya dan rakan-rakan sebaya akan bermain bola di tanah lapang tak jauh dari trek keretapi.

Setelah tamat pengajian di UK, saya mendapat kerja sekitar Holiday Inn. Cara yang paling baik dan murah ialah dengan menaiki keretapi dari stesen Kempas yang tak jauh dari rumah saya. Hanya terdapat 5 perkhidmatan rel bas setiap hari dari Senai ke Johor Bahru. 8.30pagi,9.30pagi, 11 tengahari, 4.30 petang dan 5.30petang.

Masa tu inspektor tiket rel bas adalah Muzamil, senior saya di sekolah menengah.




Hanya 1 hentian daripada Stesen Kempas ke tempat saya bekerja. Dan yang menarik tambangnya hanya RM0.30 sen.

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...