Saturday, January 23, 2021

COVID19-MAEPS

 Secebis kenangan di MAEPS

[Buat rakan-rakan baruku, Fauzee,Amir,Fitri,Helmi,Aliff dll.

Kredit kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut membantu dan berdoa agar kami segera sembuh. Dan juga jiran yang prihatin menghantar ubat, makanan sepanjang kami dikuarantin di rumah. Aamin ]


16Jan21

Pesanan dari ambulan KKM akhirnya sampai untuk kami bersiap sedia ke pusat Covid19- MAEPS,Serdang Selangor.


Ambulan ke PKD Titiwangsa.



Ambulan yang disertai 2 pesakit lain membawa kami ke PKD (Pusat Kesihatan Daerah) Titiwangsa. Berhimpun bersama 4 lagi pesakit (seorang lelaki dan 3 bukan warganegara dari Thailand) dan seterusnya berlepas sekitar jam 6.30 petang dengan van KKM.

Bermulalah penghidupan baru di MAEPS.





Kawasan 1, (di kenali sebagai STAGING AREA) kami beratur untuk didaftarkan dengan mengambil maklumat bila swab (ujian COVID19 diambil), kawasan kediaman (mengikut PKD yang ditetapkan), mengambil jangkasuhu dan menjawab soalan berkaitan penyakit yang dihadapi dan pemeriksaan ringkas (tekanan darah dan oksigen).

Sebenarnya tiada makanan yang disediakan sementara menunggu. Allah Maha Kaya bila pihak urusetia menghantar pada jam 9 malam sekitar 50 bungkusan makanan untuk pesakit seramai 200-300 orang.

Tepat jam 1130malam kami ditempatkan di Dewan C (untuk rakyat Malaysia lelaki). Sebenarnya ada 4 dewan (untuk pendatang asing dan wanita). Pendaftaran sekali lagi dengan doktor menerusi tingkap kaca dan hanyalah berhubung dengan interkom.

Bagi yang bermasalah seperti batuk, selsema, semput, pesakit akan diberi ubat dan berjumpa doktor di Klinik dalam dewan ini setiap pagi.

(nak jadi cerita, tempoh kuarantin ditambah untuk memantau mereka sehingga benar-benar sihat)

Pesakit dipasangkan tag identiti dan diberi selimut/cadar dan makanan untuk kudapan (roti dan jem).


Hari pertama

Cuma sempat tidur beberapa jam setelah katil diperuntukkan sekitar jam 2 pagi.




Jam 8.30 pagi. Sarapan yang disediakan mengikut lorong katil memuaskan. Minuman hanyalah teh atau nescafe. Air panas disediakan dibeberapa kawasan di dewan ini.

Seperti biasa jam 8.45pagi kita akan lihat satu barisan untuk mereka yang akan keluar pada hari tersebut. Pengumuman akan dibuat oleh pihak urusetia (KKM,ATM,APM,PDRM) tentang jumlah mereka yang keluar setelah tamat tempoh quarantin. Sorakan bergema boleh didengar seluruh dewan.

Surat Keluar (berserta MC) hendaklah ditunjukkan kepada petugas sebelum tag identiti dibuang sebelum dibenarkan keluar dari dewan.

Setiap kali ada rakan-rakan yang nak pulang, kami berkesempatan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.


Bersama Amir/Klang (memakai Jersi bola) yang telah selesai kuarantin.




Makan tengahari disediakan pelbagai.Kebiasaannya ayam atau ikan.

Untuk vegetarian dan yang berpantang(allergi) juga disediakan.

Nasi bersama ikan dengan sayur, kuah cili kicap dan sambal belacan.



Antara aktiviti yang dibuat oleh pesakit seperti berjogging mengelilingi katil (sejauh 200-300meter satu pusingan). Pihak urusetia mengadakan aerobic beramai-ramai. Ada juga yang bermain futsal dalam kawasan ini. 



Dari sudut kerohanian, solat berjemaah tidak dilupakan sepanjang berada di MAEPS. Kami turut mengadakan bacaan tahlil dan yassin beramai-ramai. Ada juga solat jenazah ghaib dilakukan seteleh mengetahui ada kematian pesakit COVID19 di MAEPS. Ada 2 sudut disediakan untuk solat. Bilik air dan tandas ada 8 kawasan disekeliling dewan.

Bagi yang nak cahaya matahari, ada beberapa kawasan - cermin kaca. Untuk yang inginkan melihat persekitaran hijau diluar dan matahari.

Tempat berbual-bual dengan rakan-rakan di tengah-tengah dewan-tempat mengecas telefon bimbit sambil minum teh/kopi


#MAEPS #COVID19


Monday, January 4, 2021

From Taiping with love - January 2021

 03-04Januari 2021

Hujan sepanjang jalan tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping.

TAIPING:

Makan tengahari di Taiping Mall

Antara tempat menarik sekitar Taman Tasik  Taiping.


Di restoran keluarga kami di Taiping bersama Keluarga Kak Zu termasuk anak Ramlan dan menantu Kak Zu


IPOH:

Dalam perjalanan pulang ke KL, kami singgah Ipoh untuk makan tengah hari.

Pakir kereta di Bandaraya Ipoh 




Nasi Vanggey

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...