Tuesday, November 22, 2022

132 SIBLEY GROVE

 LONDON E15

(Dedicate this story to whom I loved and anyone knows me)

This is the 7th house that we rented during college days.


This photo was taken during my last trip to UK back in July 2023.

I wish to record this memory with all my friends that used to stay around these area.

The town known as East Ham. 

There were 5 of us. It has 6 rooms where i occupied 2 small rooms (studying room on the ground floor and bedroom on the first floor).

Allowed me to introduce my mates that stayed together for almost a year.

Khalizan - from Chenor, Pahang.

Sulaiman - from Bagan Serai, Perak (hope i recall correctly)

Majid - from Johor (i think Batu Pahat)

last but least -Abdul Razak Hamzah (i lost contact since 1990) -our junior.

All of them are Architectural student.

The house that located at 3 junctions that attracted many stories. Our left and right neighbours are English pensioners. This place witnessed two incidents (one night after another) where a drunk man (Asian) beat his wife by the road side and the police came few minutes after the incident ( i witnessed from my room the tragedy and ended up lost my sleeping time).

My study room becomes a spot for my friends at collegue to have discussions during the break.

Ridzwan (Pakistani), Alan Tong (Hongkee), Samin (Indian muslim from Essex) and our lovely ladies (rose among the thorns), Sangeeta Sharma (Indian)-lived nearby my house (across the road) used to come to my house during our 3rd and final year.

Our house got 2 kitchens, dry and wet kitchen. We had cherry tree that we cut and burnt subsequently and ended up a complaint from concerned neighbours.

We had one cat shared by us and our English neighbour. Why? Breakfast for the cat provided by us whilst during lunch or dinner, the cat will be served by the neighbour. (wow ..Malaysian and English food)

Our garden near the kitchen becomes our place for such gathering during Eid Mubarak.

Not far from our house, there where another house at Kensington Avenue (our Malaysian ladies that study Architectural  at the same college) and another house (where all Malaysian ladies that took Accounting studies, ACCA) nearby.

Not to forget my lawyer's friend ( Hanif -now famous lawyer in the city of Kuala Lumpur) who becomes my friends for football game at the park nearby.

I left the house on 02September 1989 after completed my degree.

As my dreams come true, i visited them in 1991 after i joined the aviation world and got free ticket to travel. and spent my first bonus (after working for a year) by treating them for bowlings at nearest Bowl in town.



Wednesday, October 26, 2022

Training ..

 This is part of my journey in MH.

Training on new scheduling system at Kelana Jaya in September 2022.


with Sabre team at the mock up aircraft area in training centre,MABA




Trainers and participants








PADDINGTON

Tempat pertama kami singgah di London ialah Paddington, tempat tumpuan orang ramai yang ingin menaiki keretapi ke destinasi-destinasi diluar London.

Dari Lapangan terbang Heathrow,London ada dua cara menaiki keretapi ke Paddington, Inginkan perjalanan yang sederhana, tanpa mengejar masa kami memilih menaiki tube, keretapi bawah tanah ke Paddington yang mengambil masa sekitar 40 minit.

Kami memilih 2 hotel sepanjang berada di Kota London. yang agak jauh, terletak di Sussex Garden. Satu lagi berdekatan dengan stesen keretapi Paddington. Berhadapan dengan taman untuk riadah.


Perhentian tube Paddington


ccccccc
Primark, salah satu gedung membeli belah di Oxford Street.

Yang menjadi tumpuan kini di Oxford Street, muncul kedai-kedai baru. Antaranya Sketches, Primark.






KEMBARA SCOTLAND: HARI KE 2 : LIVINGSTON,SCOTLAND

27JULAI 2022- EDINBURGH

Mengikut cadangan asal, kami berhasrat menaiki keretapi ke pusat membeli belah Livingston yang terletak di antara Edinburgh dan Glasgow bagi menjimatkan masa.

Lagi menarik, kami hanya perlu mengambil bas di hadapan hotel kami dan agak murah (berbanding menaiki keretapi). Perjalanan melalui kawasan perumahan, Penjara Utama di Scotland (kebetulan sahaja), kawasan perindustrian (termasuk Kilang Biskut Burton) , ladang tanaman utama di Scotland (gandum antaranya) dan kawasan hijau.

Bas yang kami naik adalah bas henti-henti dari Edinburgh ke Livingston.


Sebahagian pemandangan ke bandar Livingston, Kilang biskut Burton, Scotland 

Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Bas betul-betul berhenti di hadapan pusat membeli belah Livingston. Di kirinya bagai factory outlet, di sebelah kanan, pusat membeli belah awam (shopping mall) untuk kawasan tersebut. 

Pusat membeli belah ini dikenali sebagai Livingston Designer Outlet (LDO)

Bak kata pepatah, bukannya besar dunia ini (what a small world) , kami berjumpa dengan keluarga Malaysia (yang menghadiri Majlis Graduasi anaknya di Kota London  dan kebetulan rakan di syarikat saya bekerja di Kuala Lumpur) di Livingston.


Kedai makanan di dalam LDO.




Tuesday, August 23, 2022

KEMBARA SCOTLAND: EDINBURGH 4 HARI 3 MALAM

 Antara tempat menarik di Edinburgh, istana lama yang menjadi tumpuan ramai.

Istana Edinburgh difahamkan merupakan kediaman rasmi raja-raja United Kingdom, termasuk King Edward V, Queen Elizabeth 1. Kini ianya menjadi tumpuan pelancong melihat Istana ini secara dekat.

Ianya bagi Muzium Diraja.










Berlatar belakang Istana Edinburgh

Sekitar Edinburgh






Bas naik turun sekitar Edinburgh (Hop in Hop off sightseeing bus)

Wednesday, August 17, 2022

KEMBARA SCOTLAND : 4 HARI 3 MALAM: LONDON-EDINBURGH/LIVINGSTON/GLASGOW

LONDON-EDINBURGH-LIVINGSTON-GLASGOW

26JULAI 2022-LONDON

 Perjalanan kami ke Scotland pada Selasa 26 Julai 2022 (mengikut laluan timur UK) dibatalkan ekoran kerosakan rel keretapi di sebahagian perjalanan menuju ke Edinburgh.

Langkah seterusnya untuk membeli tiket bas di Stesen Victoria, London (di sini disebut Coach -National Express) juga menemui jalan buntu apabila semua tiket bas habis dijual untuk Hari Selasa 26 Julai 2022.

Berpatah balik ke Stesen Kings Cross dan cuba mencari penyelesaian (Plan B), akhirnya berjaya setelah 3 jam berlegar sekitar Kota London. Kami menaiki keretapi ke Glasgow (dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Edinburgh) dengan menggunakan laluan barat UK (agak jauh sedikit). Perjalanan bermula dari stesen yang lain, Euston, London.

Seandainya kami merancang ke Scotland pada Rabu 27Julai 2022, ianya pasti gagal ekoran mogok keretapi United Kingdom. Mogok untuk menuntut gaji naik dan pelbagai kemudahan adalah normal dan diumumkan kepada umum beberapa hari sebelum terjadinya mogok. Beberapa hari sebelum kami sampai ke London, mogok pekerja penerbangan di Heathrow turut diadakan yang mengakibatkan beberapa syarikat seperti British Airways membatalkan sebahagian penerbangan mereka ke Eropah.

26JULAI 2022-EDINBURGH 

Akhirnya, kami sampai Stesen keretapi Edinburgh Waverley setelah 5 jam perjalanan dari stesen keretapi Euston,London yang melalui laluan ke Glasgow (kira-kira jam 6 petang waktu tempatan).



sekitar Edinburgh


Pemuzik Jalanan di Edinburgh

Yang menarik bila ada pemuzik jalanan yang menghiburkan orang ramai. Yang menyedihnya bila ada peminta sedekah yang berada di hadapan kedai-kedai utama di Princess Street, Edinburgh. Lebih mengejutkan sebahagian daripada mereka bukannya orang tempatan. Ada yang dari timur tengah dan akan memberi salam ( sambil meminta simpati ) bila berhadapan dengan orang Islam.

Kami menginap di Hotel Cityroomz yang turut menawarkan sarapan pagi ala Continental
(roti bakar, jem, telur, kepingan keju dan juga cereal) dengan bayaran tambahan (sekitar GBP 6 hingga 8 bergantung bila bayaran dibuat). Kami menaiki teksi (black cab) dari stesen keretapi ke hotel ini (sekitar GBP 6) ekoran bagasi yang kami bawa.

Hotel Citiroomz, Edinburgh



Untuk makan tengah hari atau makan malam, terdapat banyak restoran muslim  dari Asia Barat, India dan Pakistan. Untuk sekadar membeli roti, cokelat dan air mineral, terdapat Sainsbury di hadapan hotel kami menginap.

Bandar Edinburgh juga dihiasi dengan tarikan seperti patung-patung binatang yang mempromosi haiwan persekitaran dan kempen lindungi haiwan.


Patung Zirafah paling banyak di Edinburgh.

Tak jauh dari jalan ke Istana Edinburgh.

Malam pertama kami lengkapi dengan hidangan roti nan, capati dan  kari ayam  dari Restoran Madras yang berdekatan sebelum melelapkan mata setelah seharian dalam perjalanan dari London ke Edinburgh.

Monday, August 15, 2022

KEMBARA SCOTLAND: HARI KE TIGA(3)- GLASGOW

Hari ketiga di Scotland.

(SEKADAR CATATAN BUAT TEMAN-TEMAN YANG MENGENALI SAYA SEKITAR TAHUN 1980AN SEHINGGA KINI)

Seawal pagi, kami ke bandar ketiga di Scotland, Glasgow.

Tempat yang pertama memasuki bandar Glasgow adalah Kampus Universiti Straclyde, Glasgow. Disinilah sahabat kami belajar selama 3-4 tahun. Ini merupakan bandar pertama yang saya jejaki di Scotland sewaktu menuntut di London. Bila berada disini, teringat saya kepada rakan-rakan yang sama menuntut di Shah Alam sebelum ini. Paling rapat, arwah Azhar Ahmad, Arwah Hadi, Azman Aripin, Azman Chips, Lockman, Anwar, Mazlan, Ahmad Sirwan dan Yaziz Hamid. (MAAF kalau ada nama yang tertinggal)



Akhirnya kami sampai (sekitar jam 8.20pagi) di perhentian bas utama di Buchanan Street. Sewaktu belajar dulu, saya sampai di sini waktu subuh (waktu musim sejuk, Disember 1986) berseorangan dan disambut oleh Arwah Azhar dan rakan-rakan lain.

Monumen di pintu keluar Perhentian Bas Utama
 Buchanan Street, Glasgow.

Kami menyusuri jalan-jalan sekitar bandar Glasgow. Jalan-jalan tanpa tujuan utama sekadar melihat bandar tersebut dan membeli  cenderahati untuk keluarga sendiri.

sarapan pagi sebelum bersiar-siar sekitar Glasgow



Antara bangunan baru di Glasgow


Antara bangunan-bangunan yang menarik perhatian kami.

Salah sebuah bank di Scotland.

Bercerita pasal bank-bank di Scotland, terdapat tiga bank utama yang masing-masing mengeluarkan wang kertas - Bank Of Scotland, Royal Bank of Scotland dan Bank of Straclyde. Agak mengejutkan bagi pelawat asing dari luar London yang mendapat wang yang berlainan daripada wang United Kingdom (yang ada gambar Queen Elizabeth II).

Kawasan tempat membeli-belah di Glasgow


Kawasan sekitar bandar Glasgow dihubungi dengan keretapi bawah tanah (underground train)

Di hadapan Buchanan Street station, salah sebuah stesen bawah tanah Glasgow.

Dihadapan salah sebuah restoran halal di Glasgow



Di stesen keretapi Glasgow ..yang menghubungkan laluan ke London


Kami juga berkesempatan membeli cenderahati di kedai salah sebuah kelab bolasepak yang terkenal di Scotland, Celtic FC.


Dihadapan kedai Sukan Celtic Football Club, Scotland.

Wednesday, June 15, 2022

MASJID TERAPONG PANGKOR

 Masjid Al-Badr 1000 selawat diberi nama.

Masjid terletak di Teluk Bharu, Pulau Pangkor.

Masjid terapong Pangkor



Ini adalah salah satu tarikan di Pulau Pangkor.

Hanya sekitar 20 minit dari penginapan kami. Tidak jauh juga dari jeti feri Pangkor.



Pintu masuk ke Masjid

Masjid terapong Pangkor


Pandangan dari tepi jalan


Spot untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Masjid.


Menurut cerita pemandu teksi saya, pelan asalnya berubah hingga terbina masjid ini.

Di sini ramai pelancong akan mengambil gambar. Pelan asal (dikhabarkan) di tepi masjid ini.


Berdekatan pintu masuk ke Masjid (rombongan cik Kiah ke Pangkor)



Pintu masuk masjid

Maklumat masjid 

Perjalanan ke masjid ini menambahkan pengalaman bagi setiap pelancong.
Yang menarik berdekatan pintu masuk masjid (di perhentian bas berhdapan masjid) bila ada orang tempatan yang menjual rangka ikan Buntal yang dikeraskan.

PULAU PANGKOR
MEI 2022




Friday, May 20, 2022

PANGKOR -SUATU PENGALAMAN BARU

Ianya PERCUMA. Satu tarikan buat pelancong ke Pulau Pangkor.  


Tepat 6.30 petang.

Hampir setiap hari, bertempat di hadapan chalet ini, Sunset view Chalet, ramai orang bertumpu menanti sesuatu.


Chalet ini seolah menjadi tarikan hidupan liar ini, burung kenyalang (hornbill) di Pulau Pangkor.




Muncul seorang pemuda tepat pada waktunya bersama makanan untuk burung-burung Kenyalang
seolah-olah tempat mereka berkumpul setiap petang menagih simpati insan yang prihatin terhadap hidupan liar ini.

 
Makanannya hanyalah pisang yang telah dipotong kecil. Selepas hampir 15 minit menunggu, akhirnya muncul 8 ekor burung kenyalang dari pelbagai kawasan sekitar pulau ini.


Ada yang hinggap di hadapan chalet ini bagai menghargai pemuda tersebut dan pengusaha chalet tersebut.



Pemuda ini akan mempelawa mana-mana individu yang ingin menghulurkan makanan kepada burung-burung tersebut. Caranya hanyalah meletak makanan di hujung tangan dan berdiri di hadapan chalet tersebut dan burung tersebut bakal menyambar makanan yang disediakan.

Suatu pengalaman baru di Pulau Pangkor, berhampiran pantai Teluk Nipah.


PANGKOR
15MEI 2022

Tuesday, May 10, 2022

1970-1980AN : KEMPAS, JOHOR BAHRU

 Sekadar catatan 


Seawal tahun 1970, bila kami berpindah ke Kempas, kami hanya mengenali beberapa orang jiran yang berdekatan. Paling dekat Pak nin (Ithnin) dan keluarganya. Jarak rumah kami hanyalah 750 meter. Di selangi oleh tanah Mak Tua (sudah menjadi milik Pakcik Mohd Nor) dan Mak Ngah.

 Jiran yang berdekatan di Lorong Aman, tempat tanah pembukaan baru.

 





Friday, May 6, 2022

KEMBARA DUNIA 1993

(Tanpa menyinggung mana-mana pihak, ianya sekadar catatan peribadi. sekadar bercerita kisah lama)

MEDAN 1993 (menggunakan tiket percuma) 

Ini merupakan perjalanan pertama saya ke Medan,Indonesia. Bukan sekadar berbulan madu, tetapi turut mengunjungi saudara mara sebelah ninda saya, Hj.Abdullah Bin Jaafar dan moyang saya (keluarga Isteri kedua Jaafar Bin Ali)

Kami untuk pertama kalinya ke Medan melalui Lapangan Terbang Polonia. Kini, Lapangan Terbang ini tidak lagi digunakan untuk tujuan Komersil dan dijadikan lapangan terbang untuk tentera sahaja.

Kami disambut oleh sepupu saya M.Amin Lubis. Untuk perjalanan ini, saya diperkenalkan kepada 4 keluarga yang masih ada di Medan. 

Nota khas buat anak-anak saya, generasi muda:

1.Keluarga abang Amin (Bapanya yang merupakan ayah saudara saya (sepupu kepada ninda saya) telah meninggal dunia)

2.Keluarga Bonda Mardiana dan suaminya Usman Hasibuan.

3.Keluarga Ayahanda Hassan (seorang bekas Imam di kawsan kediamannya)

4.Keluarga Ayahnda Husni.

5.Keluarga Kakak Ujin (bondanya juga sudah meninggal dunia)

Monday, April 11, 2022

KEMBARA DUNIA - 2010-2014

 sejauh mana saya dapat mengembara


2-5 Ogos 2010 

KARACHI,PAKISTAN 

KUL-KHI-DXB-KUL 

Agak malang bila rancangan untuk makan malam (pada hari pertama) di tepi pantai terpaksa dibatalkan ekoran pembunuhan ahli politik  di Karachi. Beliau dibunuh sewaktu mengambil wuduk di masjid ketika waktu Magrib.

Lebih malang keesokan hari, mesyuarat terpaksa ditangguh ekoran perintah berkurung (curfew) sekitar bandar Karachi.

Menetap di Hotel Sheraton,Karachi,Pakistan.


03-05 Jun 2014 

Menaiki pesawat MH (dari Kuala Lumpur ke London) dan  BA (dari London, Heathrow ke Berlin).

Perjalanan sejauh 18jam dengan menaiki 2 pesawat untuk sampai ke Berlin. Agak lama dan keletihan.

Nota: Untuk pertama kali, saya ke Jerman,setelah kedua-dua negera bersatu ; Jerman Barat dan Jerman Timur (yang dulunya dikuasai Komunis).

Antara rakan-rakan penerbangan yang menyertai mesyuarat ini adalah Robert Steil (Air Berlin selaku tuan rumah mesyuarat pertama ini) , Ron Burke (British airways) , Ranga (dari Sri Lankan Airlines) , Olga (S7,Russia), Karema (Qatar Airways) yang penuh bergaya ala model , berpakaian secara korporat dan menarik perhatian semua, berasal dari San Francisco ,  Nisreen (Royal Jordanian) dan  Rikke (dari Fin Air) yang pernah menuntut di Manchester, United Kingdom.

Untuk mesyuarat bersama ahli-ahli ONeworld , saya berseorangan mewakili syarikat.

Bermalam di Hotel Berlin, satu-satu tempat yang dipenuhi anak kapal beberapa syarikat penerbangan.

Menanti teksi yang tak kunjung tiba.entah apa silapnya dengan pesanan melalui email dengan hotel berkenaan. Akhirnya, mengambil keputusan menaiki teksi yang sedia ada. Pemandunya seorang yang berbangsa Turki dan dapat memahami bahasa Ingeris dengan mudah.

Seawal 6.30 pagi kami bersarapan di hotel Berlin dan disajikan sarapan Continental. Yang pasti, hanya roti bakar, telur goreng dan bijirin  (corn flakes) yang dapat memenuhi citarasa saya untuk sarapan pagi.
Selebihnya, tidak halal untuk dimakan.

7.30pagi, kami disediakan kenderaan untuk ke ibupejabat Air Berlin (kini nama syarikat ini telah pupus ekoran kerugian yang dahsyat).

Satu perkara menarik ialah hampir setiap syarikat akan menyediakan satu patung besar beruang yang diwarnakan pelbagai. Katanya nama BERLIN di ambil sempena gelaran BEAR LAND. Mungkin disini dulunya banyak beruang yang memenuhi kawasan ini. Ibu pejabat Air Berlin menyediakan patung beruang yang berwarna merah mengikut warna rasmi syarikat ini (PUTIH dan MERAH).




Saturday, April 2, 2022

HAFAZAN IS EASY?

 Berpeluang menghadiri ceramah Dr Shafie Al Amin pada 21Apr2012

Apakah peranan ibubapa membantu  membina generasi AlQuran?

Bila anak dan ibubapa menghafal Al Quran bersama. Ini dapat membina taqwa individu dengan membaca AlQuran pada mulanya.

Menghafal hanya memerlukan modul yang betul, resipinya dan mengikut cara-caranya (kita panggil SOP -Standard Operating Procedure)

Mengetahui hukum membaca AlQuran?

-Fardu ain.

-Mempelajarinya dapat membaiki diri kita. 

-Secara tidak langsung, memperbaiki minat membaca kita.



Friday, April 1, 2022

KEMBARA DUNIA 1- 1991-1992

 

KEMBARA DUNIA   

14Oktober 2026..mungkinkah ia hari terakhir bagi saya dalam dunia pengangkutan udara?

Kalau mengikut umur wajib bersara pada 60 tahun, selama  36 tahun 6 bulan dan 5 hari, saya mendambakan diri dengan Penerbangan Malaysia dalam beberapa fasa.

Untuk mengukur banyaknya saya ‘mengembara’ menggunakan tiket percuma mahupun yang berdiskaun dan berbayar penuh, belum tentu menjadi batu pengukur sejauh mana saya mengembara.

TIKET PERCUMA PERTAMA

Tentu ada tertanya-tanya ? Ke mana?

 KUCHING- 1991

Setelah bertugas hampir 6 bulan bersama MAS, saya ditakdirkan untuk menghadiri Mesyuarat Jualan 1991 untuk kawasan Sabah, Sarawak dan Brunai di Kuching. Ini ekoran pengurus saya tidak suka sama sekali untuk berjalan jauh.

Untuk pertama kalinya, saya menginap di Hotel Hilton Kuching (hotel no 1 di Kuching ketika itu)


LONDON-1991.

Destinasi percuma yang pertama.

Ada pepatah dikalangan kami, kalau tak pergi mengembara ke LONDON sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tak lah dinamakan kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS dan  kini MAB).

Dengan berbekalkan RM2000 ringgit, saya seorang diri mengembara ke bumi bertuah London.

Kebetulan setelah setahun bekerja, saya mendapat bonus pertama daripada MAS (sebulan gaji, sekitar RM1200).

Seusai sampai di LT Heathrow, London, perkara pertama saya buat ialah menelefon rakan serumah (kali terakhir duduk bersama mereka pada Ogos 1989). Malangnya telefonnya tak berdering dan seolah-olah dipakai oleh salah seorang mereka (engaged). Apalagi panik dibuatnya. Terus saya mendapatkan tiket tube (1 day travelcard) untuk terus ke East Ham (132,Sibley Grove).

Alhamdulilah, sampai di rumah terakhir saya di London. Rupa-rupanya gagang telefon tidak diletakkan dengan sempurna yang mengakibatkan panggilan masuk tidak berjaya.

Antara barangan pelik yang saya bawa adalah Rice Cooker yang dikirim oleh seseorang di Finsley Park. Juga Kaset lagu Ekamatra (lagu popularnya Pusara di lebuh raya) untuk rakan yang sama-sama main snooker di Manor Park.

Malam pertama tanpa jet lag, kami ke pusat bowling East Ham. Dapat berjumpa sahabat lama, main Samin Asharaf. Kelahiran Britain, keluarga berasal dari India. Bapanya seorang doktor di Essex.

Main sekadar suka-suka. Waktu pulang ke rumah, kereta yang dipandu Samin di tahan polis.

Silapnya kerana tak mengikut laluan yang betul di simpang East Ham-Barking Road. 2 sebab je yang bakal ditanya oleh pihak peronda. Satu, kami mabuk! Tak ada sesiapa pun yang mabuk. Jadi kesimpulan mereka adalah kami tak biasa dengan East Ham High Street. Mengaku ajelah.

Hari kedua, terus ke Finchley Park. Berjumpa dengan seseorang. Menghantar rice cooker yang di pesan. Mendapat wang RM100 seolah-olah saya yang menjual kepadanya tanpa niat.

Hari ketiga berjumpa dengan Sean. Pastinya kaset Ekamatra miliknya. Sekadar melepas rindu lagu-lagu anak muda di Malaysia Ketika itu.


JEDDAH-1992

Destinasi kedua. Mencari damai dihati.

Cadangnya saya nak membawa bonda ke tanah suci pada tahun tersebut tapi dia menggunakan wang sedia ada untuk menunaikan haji.

Jadi niat saya menunaikan haji ditangguhkan. Sebaliknya saya menunaikan Umrah pada bulan Dis1992.

Yang melucukan saya langsung tak pergi berkursus apalagi mengambil suntikan yang diperlukan.

Sheikh (rakan kami di pejabat yang menguruskan pakej Umrah syarikat) menolong saya untuk pakej umrah tersebut. Paling murah RM800 (tidak termasuk tambang pesawat).

 Ketibaan saya sepatutnya diraikan oleh Pengurus Lapangan Terbang MAS di Jeddah. Dengan izin Allah, saya diketemukan dengan Pengelola Umrah yang terkenal Hj.Nasrun (Alfatihah dibaca buat arwah). Beliaulah yang sepatutnya menguruskan Umrah saya. Dengan sifat rendah dirinya, dia mempelawa saya bersarapan di Lapangan Terbang Jeddah sementara menantikan kenderaan yang bakal membawa saya ke Madinah dulu.

Perjalanan bermula dengan menaiki kereta Mercedes milik seorang Arab (yang bergelar pemandu upahan Haji Nasron) membawa kami ke Madinah.

Pada tanggal 25Disember setelah beberapa hari di Mekah dan setelah selesai  menunaikan umrah, kami diraikan oleh Haji Nasrun (yang mengurus pakej Umrah kami) di kediaman beliau. Dijamukan Nasi Bukhari dengan kambing. Disini saya berkesempatan berbual dengan orang-orang tua dari Malaysia yang menetap di Saudi sejak tahun 50-60an. Salah satu hobi mereka ialah menghisap Shisha.

Macam menghisap rokok. Mulanya sekadar tembakau yang dihisap tetapi ditokoh tambah dengan perasa buah-buahan.Begitulah ceritanya.

Sepanjang di Mekah, saya ditemani pemandu pelancong yang dilantik oleh agen Umrah ini.Seorang anak muda yang dihantar ke Saudi untuk mengubah nasib hidupnya. Di khabarkan hidupnya bermasalah di Malaysia ekoran menghisap (faham maksud saya). Ibubapanya yang mengambil jalan terbaik untuk mengubah hidupnya. (Terkini sekitar hujung tahun 90an, beliau sudah pulang ke Muar dan mendirikan rumahtangga- Alhamdulilah!)

 

.......

Saturday, March 5, 2022

IBUBAPA YANG SEMPURNA?

 Sekadar catatan dan perkongsian dengan rakan-rakan yang bergelar IBU BAPA.


07April2012

Seminar Keibubapaan dan Sentuhan Hati


Katanya kebahagiaan bermula dari keluarga dan seterusnya kehidupan harian.
Kejayaan yang kita ingini adalah untuk keluarga dan juga pekerjaan kita.
Tugasan hakiki kita adalah tanggungjawab yang perlu kita hadapi dan mengatasi segala cabaran.

Anak-anak lahirnya dengan dua perkara -sesuatu yang positif dan juga negatif.
Hakikatnya, bagaimanakah anak-anak harus dilayan dalam kehidupan sebenar?
Realitinya sama seperti diri kita sendiri. Anak-anak juga manusia biasa. Ada perasaan. 
Benar-benar ingin disayangi. Sebagai ibu bapa, kita harus menyelami perasaan anak-anak dan menguasai skill Empathy dalam hal ini.

Empathy dalam erti kata sebenar.. meletakkan hati dan perasaan kita dalam hal seseorang (put your heart in someone's heart....not easy to translate it)

beri kasihsayang pada anak-anak BUKAN dibenci
Ditolong BUKAN disakiti
Difahami BUKAN dihakimi
Diterima BUKAN ditolak

Anak-anak MEMULAI kehidupan dengan CUBA mengetahui sesuatu perkara.

Kurangnya PRIHATIN ibubapa mengakibatkan kita

'membunuh' jiwa anak,
pergaulan bebas remaja yang berleluasa,
anak-anak mencari perhatian sesuatu secara salah.

TANPA ibubapa sedari, anak-anak sedang mempelajari sesuatu 
(istilahnya SPIRITUAL FILTER) bagi memahami tujuan dan aksi mereka dalam kehidupan

BAHAGIAN KEDUA
KEMAHIRAN IBUBAPA YANG DIKEHENDAKI

Ibubapa perlu membuang sesuatu yang negatif didalam minda mereka.
Ada sikap berlemah lembut dalam mengatasi isu anak-anak.

1.Memberi Hadiah pada harijadi anak-anak adalah sesuatu yang berharga.
2.Berbual dengan anak-anak dengan perkataan yang baik-baik
3.Memberi kata perangsang bila anak-anak kita gagal dalam sesuatu hal yang positif
seperti tidak mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan.
4.Sentuhan-belaian kasih sayang yang perlu ada
5.Masa bersama anak-anak sewaktu makan, bercuti.

Kaedah mendidik anak-anak
1.Usia dari lahir sehingga 7 tahun- tidak dipukul tapi memujuk.
2.7-14 tahun, kena ada disiplin, rotan/pukul sekadar peringatan.
3.15-21 tahun - elak dipukul,jadikan kawan.

Bagi yang duduk di asrama, ibu bapa perlu menziarah mereka dengan kekerapan yang bersesuaian:-

TINGKATAN  1-3 : SEBULAN SEKALI.
TINGKATAN 4-6: 2 KALI SEBULAN.

KENAPA ANAK-ANAK KELUAR MALAM TANPA TUJUAN?

Masakini, anak-anak dipengaruhi oleh:-

Antaranya: TV,Telefon,Komputer dan PS (tak semua)  kini...dengan FB,IG dll



Friday, March 4, 2022

TAZKIRAH1 02MAR2012-SERONOKNYA MEMBACA ALQURAN

Jumaat 02Mar2012

Melaka

Buat ingatan diri dan sesiapa sahaja yang membaca blog saya.

'SERONOKNYA MEMBACA ALQURAN'

Oleh Ustaz Shukri  (Mantan CEO PPZ Wilayah Persekutuan)

bertempat di Imtiaz Melaka,Masjid Tanah

Siapakah ahli Syurga?

1.Pertemuan dan perpisahan sesama ihsan kerana Allah

2.Jiran yang berdekatan dengan Tahfiz AlQuran, lebih-lebih lagi pelajarnya Hafal Alquran

3.Yang hadir bersama dalam majlis ilmu.


Peninggalan rasul kita hanyalah AlQuran dan Hadis.

5 bahagian/asas dalam menjaga AlQuran:-

1.Memiliki AlQuran (paling minimum bagi seorang muslim)

2.Membaca Al Quran.

3.Hafal AlQuran.

4.Memahami isi AlQuran.

5,Mengamal dan menghayati Al Quran.

Kelebihan yang berhubung dengan AlQuran

Ah lul Quran -yang dekat dengan Tuhan dengan membaca Al Quran.

Kejayaan anak-anak dalam mempelajari dan menghafal AlQuran bukan sekadar gelaran untuk mereka, Alhafiz. Ianya lebih kepada tanda kita bersyukur kerana Allah gerakkan hati ibubapa untuk juga turut menjadi Ah lul Quran.

Kita antara manusia yang memberi kebaikan kepada Ummah dengan menjadikan AlQuran sebagai asas.

Didalam mencari keredaan Allah dalam hidup kita adalah dengan berusaha mendekati Al Quran dalam kehidupan kita.

Alangkah indahnya.. Antara bicara manusia sebelum mati.

1.Alangkah baik kalau kita banyak membuat kebajikan sebelum mati.

 (mencari pahala dalam kehidupan)

2.Memberi barang yang baru kepada orang yang memerlukan. Termasuk memberi makanan kepada semua (kepada jiran dan mereka yang memerlukan)

Secara tidak langsung, berkongsi keuntungan bersama (DIVIDE AND PROFIT TOGETHER). 

Apakah peranan ibubapa dan pelajar (yang mengikuti kursus hafazan AlQuran)?

PELAJAR

1.Ubah gaya hidup pelajar (sama ada dengan kehadiran atau tidak kedua-dua ibubapa) 

 semasa di asrama/sekolah.

2.Tukar cara pembelajaran.

3.Memikul Tanggungjawab kepada Al Quran (anak-anak adalah adalah harapan masyarakat)

Nota: Menjadi Hafiz bukan sekadar untuk menjadi imam sewaktu bersolat,  tetapi untuk semua  (antaranya syafaat kepada kedua ibubapa di akhirat). Ini adalah salam akhirat bagi pelajar-pelajar.

IBU BAPA

1.Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak bagi mereka mencari ilmu yang berterusan dan memberi kuat semangat untuk terus berusaha.

2.memastikan mereka memiliki akhlak yang mulia.




Wednesday, January 26, 2022

PAK MALAU.......

LANGKAWI -19JAN2022.

 Hari terakhir kami di Langkawi. 

Saya sekeluarga bercadang untuk bersarapan di Warung Pak Malau dan tidak mengambil sarapan di hotel tempat kami menginap.




Masih ingat lagi filem Melayu "Sri Mersing" lakonan Allahyarham Nordin Ahmad dengan pantunnya yang tidak boleh dilupakan, Kajang Pak Malau? 


Di pintu masuk warung Pak Malau.

Saya berkesempatan menemui penguasaha warung ini. Lebih senang dikenali sebagai Pak Malau. Difahamkan beliau dulu bertugas di Penerbangan Malaysia sekitar awal tahun 1990 di Kuala Lumpur.

Selain daripada nasi dagang (yang menjadi makanan utama untuk sarapan), nasi lemak dan kuih-muih turut dijual.

Tempat letak kereta agak jauh memandangkan ramai yang bersarapan di sini. Lebih menarik, kawasan ini dibelakang sawah padi yang menghijau. Turut dipamirkan pelbagai barangan lama seperti batu giling cili, kereta lama Morris Minor dan mesin getah.

Ianya suatu pengalaman yang indah buat saya dan keluarga.


Bersama Pak Malau di kaunter pembayaran setelah sarapan.

Sarapan kami bersama keluarga.


ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...