Wednesday, June 16, 2010

1979....Seluar Hijau dan SMTU

(Khas buat teman yang sama-sama belajar di SMTU dan mengharumkan nama sekolah..tidak lupa juga buat generasi baru untuk mengetahui sebahagian daripada sejarah silam....)
Tersebutlah alkisah saya ditempatkan di Sekolah Menengah Tasek Utara (SMTU) , Johor Bahru bagi kemasukan ke Tingkatan 1 untuk tahun 1979 . Dipendekkan cerita, sekolah ini terletak ditengah-tengah beberapa buat sekolah. Antaranya Sekolah Menengah Tun Fatimah (STF) disebelah kiri sekolah, Sek Men.Teknik, Johor Bahru (SMT)-dihadapan sekolah dan Sek Men.Vokasional Azizah [SMVA] -terletak di belakang sekolah.Hanya hutan saja yang memisahkan sekolah kami. lebih menarik tak jauh dari situ ada Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim [MPTI](bersempadan dengan STF)- di sinilah Cikgu Kamaruddin (bekas pelajar SMTU 1979-1983) bertugas sekarang. Bersebelahan SMT tu, terletaklah Jabatan Pendidikan Johor Bahru.

Bermulalah pengembaraan baru menempuh alam persekolahan peringkat menengah (Kalau di Indonesia disebut SMR -Sekolah Menengah Rendah bagi Tingkatan 1,2 dan 3) dan yang menariknya bila seluar sekolah yang berwarna biru kini bertukar warna hijau . Alhamdulilah, dah besar anak emak -Tingkatan 1 lah kata!!! (dulu sebelum itu, seluar untuk pelajar lelaki bagi sekolah menengah berwarna putih cerah!)

Maka melangkahlah kaki ke sekolah yang ceritanya di buka sekitar tahun 1973 dan diberi nama Tasek Utara bersempena dengan Demonstrasi Utara di sebuah tasik yang terletak tidak jauh dari sekolah ini. Nama utara itu diberi sempena demonstrasi pelajar-pelajar (khabarnya pelajar Universiti Malaysia termasuklah saudara Reformasi kita (terpaksa dirahsiakan namanya) tentang Utara malaysia, Baling (sebuah tempat di utara kedah)  yang dikatakan menghadapi masalah kemiskinan (ekoran kekurangan bahan makanan). Kini tasik tersebut telah dipercantikkan dan mempunyai sebuah restoran. Dulu ianaya terdapat 10 chalet di tepi tasik dan yang pastinya banyak kereta-kereta rosak sewaktu malam. Bas sekolah yang saya naiki sekitar tahun 1981-1983 akan melalui jalan berhadapan chalet tersebut dan pastinya banyak kereta-kereta rosak yang tersadai dapat kita lihat sewaktu malam melabuhkan tirainya.

Yang lebih menarik, tentu ada yang masih ingat..dimana letaknya Jalan Tasek Utara.  Ianya betul-betul terletak selepas tasik tersebut dan menghala ke Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru (SSI). yang pastinya disinilah pejabat RTM kawasan selatan terletak.

Satu-satunya temapt yang memjadi kebanggaan sebahagian daripada kami ialah Kelab Golf  Tasek Utara -berhadapan STF. Menghadap Jalan Tun Razak, Johor Bahru. Kini ianya dikenali sebagai Royal Johor Country Club. Disinilah sebahagian daripada antara kami(maksud saya pelajar-pelajar SMTU..taklah ramai )  yang tidak ke sekolah pada hari Ahad semata-mata mencari rezeki menjadi Caddy Golf di kelab ini.
Itulah sebab mereka berbangga sebab satu-satunya sekolah yang ada kelab Golf (ceritanya walaupun bukan suatu realiti ). Saya juga antara yang mencari rezeki di Kelab tersebut setelah tamat persolahan (SPM)
dengan menjadi Caddy Golf (masa tu Caddy Grade D...belum pandai lagi main golf) .

Tapi cemuhan yang agak keterlaluan bila kami dikatakan bersekolah di hutan (almaklumlah sekolah kami dikelilingi kawasan hutan yang ada Tarzan (buatan Malaysia) , orang asli (Sakai Laut) yang duduk dan mencari rezeki disekitar hutan tersebut , binatang seperti monyet, ular dan babi hutan. Yang menarik, kami dapat memancing di hutan yang berdekatan di sekolah. Semuanya dapat saya rasakan memandangkan saya perlu berjalan kaki dari depan MPTI, melalui belakang STF lorong khas untuk berjalan kaki (macam denai), disergah Tarzan Malaysia (Pelajar SMA (tingkatan 4-5) yang ponteng kelas dan memakai celana pendik sahaja  dan mengugut kami untuk mendapat wang saku kami) didalam hutan dan sekali-sekala terserempak dengan monyet (paling teruk Babi Hutan) dan akhirnya denai yang dilalui dibelakang Asrama pelajar perempuan SMT. Ianya suatu pengalaman yang menyeronokkan dan juga  mengerikan (bila berjalan seorang).

Bersambung.........

Sunday, June 13, 2010

1974..Pn.Ainon,Salleh ......

(Ditulis khas untuk bekas pelajar Sek Rendah Larkin 1 dan 2 sekitar tahun 1970an. Lebih-lebih lagi rakan kenalan FB... yang masih ingatkan saya dan juga rakan-rakan di Kelas 2D/1974..maaf kalau tak dapat ingat semua nama rakan-rakan!  1974: 36 tahun yang lalu!!!!!)

1974- Entah macam mana saya ditukarkan dari Sekolah Rendah Larkin 2 ke Sek Rendah Larkin 1.Ekoran daripada itu selama 2 tahun berturut-turut, saya bersekolah di sesi sebelah petang.
Ditempatkan di kelas tercorot (kalau mengikut prestasi peperiksaan tahun 1 -walaupun saya mendapat tempat ketiga sewaktu peperiksaan akhir tahun bagi Tahun 1/Kelas 1E..entah betul entah tidak...ataupun peratusnya tidak membanggakan). Itu tidak penting asalkan saya masih bersekolah. Jadinya masuk Kelas 2D. Guru Kelasnya Pn.Ainon.

Mengimbau kembali rakan-rakan sekelas.

Dibarisan hadapan:

Azizan,Johari,Zamri,....,Hanafi (allahyarham- dikhabarkan meninggal dunia pada usia 23 tahun) dan
Salleh Kassim (waktu terakhir berjumpa di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai, Johor dan kini di FB)

Dibarisan kedua :

Rozita,xxx,Rozi,Rashidah,xxx,
Pn.Ainon(Guru Kelas) - masih segar dalam ingatan saya - guru yang selalu meminta saya membelikan makanannya kuih karipap setiap kali waktu rehat dan dihantarkan ke bilik rehat guru-guru yang terletak tak jauh dari kantin sekolah;Masih ingat lagi, Pn.Ainon hanya menaiki bas dari bandaraya Johor Bahru untuk ke sekolah (jika dibandingkan dengan guru-guru sekarang..),
Fazlon,xxx,xxx,xxx,
Rosnah (masih ingat lagi Anak Pak Hussein -kontraktor yang terkenal, kali terakhir nampak Rosnah sedang bertugas sebagai jurujual jam tangan di Komples membeli belah Tun Abdul Razak (KOMTAR), JB pada tahun 1984- kalau tak silap!!)

Dibarisan tengah:

Rohaizat,Khairul,Tajuddin Abdul Wahab (bukan anak 3 Abdul dalam filem tu..Din sorry kalau kau baca blog ni!!- mana tak ingat nama penuhnya. Arwah bapa saya bertugas bersama-sama dengan ayahnya di Singapura sekitar tahun 1960an -British Military ),
Azman, Kasmayudin Margono (kawan yang duduk di Singapura dan setiap hari berulang alik ke sekolah dari Singapura...ini geng Dollah Kassim...ada siapa ingat siapa Dollah Kassim? Untuk makluman masa tu, pemain bolasepak Singapura yang terkenal bersama Samad Alipitchay, Quah Kim Song. Masa kita orang sekolah, hanya pasukan bolasepak Singapura, Selangor dan Pulau Pinang yang agak terkenal dan hebat bila sebut Piala Malaysia!!!,
Zamri, Megat,Ah Chong, Shamsul (dua sahabat karib -Ah Chong dan Shamsul...tanpa wakil MIC...),
Rashid,Norazman Suleiman (meninggal dunia awal tahun 2000..kalau tak silap kerana diabetes), Roslan dan Kamaruzaman.

Dibarisan terakhir:

Sabudin,Manickam (ada siapa boleh pastikan nama sebenarnya?, Herman Shah, Norazmi Ujang,xxx,
Rashid (Saya terhutang budi kepada bapa dan keluarganya yang menghantar saya pulang ke rumah setelah ketinggalan bas sekolah Pak Baharom pada suatu petang. Kebetulan petang tu, kami sekelas ditahan oleh seorang guru (pada waktu terakhir kelas) dan terpaksa pulang agak lewat. Inilah angkara kami bergaduh di dalam kelas dan membuat bising. akibatnya, tertinggal bas sekolah. Yang teruknya seperti saya kerana rumah agak jauh 8 km dari sekolah. Nasiblah bapa Rashid yang simpati menghantar saya pulang selepas diberi makan malam),,Panir, xxx,xxx,Yarulhaimi (tak ingat nama sebenar) dan saya (masih hansem masa tu..almaklumlah belum ada masalah dunia yang sebenar).

Nota: xxx - Nama rakan-rakan yang saya lupa (almaklumlah.....bertahun lamanya)


Tahun seterusnya saya masuk 3A. ...Gempak .....(tunggulah  cerita seterusnya)

Friday, June 11, 2010

Suatu titik permulaan...Bertemunya sahabat lama 1979-1983........


Taman Impian Emas, Johor Bahru - 05Jun2010 - Jam 3 petang.
Suatu Pertemuan yang menjanjikan ............

Ianya pertemuan yang tidak dirancang walaupun pelan asalnya dicadangkan oleh saya.
Yang hadir walaupun 5 orang..ianya penuh bermakna bagi menyambung silatulrahim yang terputus oleh keadaan yang tidak mengizinkan.

Dijangka pada mulanya hampir 20 orang yang bakal hadir. Namun kita merancang..tuhan menentukan.

Wakil 3 utarid 1981- Mohd. Yusof Same (seterusnya bertukar sekolah)
Wakil 5 Utarid 1983- Zasman Mohd.Ghulam
Wakil 5 Zuhrah 1983 - 3 orang:
Cikgu Kamaruddin (Satu penghormatan buat guru yang mendidik kita hingga menjadi seorang ihsan yang berguna kepada agama,bangsa dan tanah airnya ...bunyinya macam patriotik aje) ,
Norhan Omar (yang mengelar dirinya Cik Gu) dan
Sam (nama sebenarnya tak dapat ditulis disini atas sebab-sebab teknikal..gurau aje Sam).

Yang patut datang tapi atas urusan keluarga (dan lain -lain hal)  dan tak dapat bersama kami
(sebagai tanda penghargaan atas nama sebuah persahabatan):

Brader Roff (nama sebenar juga terpaksa dirahsiakan..bekas pelajar 5 marikh 1983).
Feeza (juga seorang pendidik -pakar soalan ramalan untuk UPSR -bekas pelajar 5 Utarid 1983).
Sharifah Aloyah (kini menetap di Kemaman - bekas pelajar 5 Utarid 1983)
Kakak Zuenina Maharom.(menetap di KL dan kampungnya di Larkin Jaya -bekas pelajar 1976-1980)
Khaidir (yang kini menetap di Lembah kelang - bekas pelajar Tingkatan 5 -1985).
Kak Marlina (Guru di Melaka -Bekas pelajar Tahun 1976-1978)
....dan semua rakan2 di KL: Idris,Halim dan Fauzi (bekas pelajar 5 Utarid -1983)

Panggilan telefon dan SMS yang berterusan dibuat bagi memastikan yang lain, yang duduk berdekatan datang walaupun sekejap sekadar berbual kosong demi tujuan yang mulia.

Mengimbau kembali kenangan lalu sewaktu kami bersekolah di Sek.Men Tasek Utara sekitar tahun 1979 hinggalah 1983, maka banyaklah cerita yang diluah seorang demi seorang. Almaklumlah hampir 3 jam kami berborak di Restoran Taman Impian Emas (terima kasih kepada tuan punya kedai dan juga Cik Gu yang membayar kos minuman kami. Didoakan murah rezeki dan jangan lupa belanja kami lagi..)

Walaupun topik utama perjumpaan untuk bercerita tentang kerjaya masing-masing, ianya juga diselang-seli dengan lawak atau cerita lucu sepanjang persekolahan.

Sebagai contoh, budak kelas 3 Utarid (1981).Cikgu Hamidah (guru matematik) yang mendera pelajarnya berlari keliling padang sekolah gara-gara tak siap kerja rumah. lepas tu cikgu pulak yang menangis sebab kena usik dengan pelajarnya (termasuklah saya).

Dalam bercerita panjang, teringat kami kepada sebahagian guru-guru dan rakan-rakan  yang telah pulang ke rahmatullah. Antaranya Cikgu Omar (guru sukan) -meninggal akibat sakit jantung ,
Cikgu Sidek (penolong kanan) -kerana hati bengkak ,
Muhamad Musbah (5 utarid 1983).
Alfatihah untuk mereka

dan juga kenalan saya Anoop Singh, .....

nota: yang pasti, pertemuan kedua dirancang di kantin SMTU pada hari raya nanti!!!! Insha'allah.

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...