Friday, June 11, 2010

Suatu titik permulaan...Bertemunya sahabat lama 1979-1983........


Taman Impian Emas, Johor Bahru - 05Jun2010 - Jam 3 petang.
Suatu Pertemuan yang menjanjikan ............

Ianya pertemuan yang tidak dirancang walaupun pelan asalnya dicadangkan oleh saya.
Yang hadir walaupun 5 orang..ianya penuh bermakna bagi menyambung silatulrahim yang terputus oleh keadaan yang tidak mengizinkan.

Dijangka pada mulanya hampir 20 orang yang bakal hadir. Namun kita merancang..tuhan menentukan.

Wakil 3 utarid 1981- Mohd. Yusof Same (seterusnya bertukar sekolah)
Wakil 5 Utarid 1983- Zasman Mohd.Ghulam
Wakil 5 Zuhrah 1983 - 3 orang:
Cikgu Kamaruddin (Satu penghormatan buat guru yang mendidik kita hingga menjadi seorang ihsan yang berguna kepada agama,bangsa dan tanah airnya ...bunyinya macam patriotik aje) ,
Norhan Omar (yang mengelar dirinya Cik Gu) dan
Sam (nama sebenarnya tak dapat ditulis disini atas sebab-sebab teknikal..gurau aje Sam).

Yang patut datang tapi atas urusan keluarga (dan lain -lain hal)  dan tak dapat bersama kami
(sebagai tanda penghargaan atas nama sebuah persahabatan):

Brader Roff (nama sebenar juga terpaksa dirahsiakan..bekas pelajar 5 marikh 1983).
Feeza (juga seorang pendidik -pakar soalan ramalan untuk UPSR -bekas pelajar 5 Utarid 1983).
Sharifah Aloyah (kini menetap di Kemaman - bekas pelajar 5 Utarid 1983)
Kakak Zuenina Maharom.(menetap di KL dan kampungnya di Larkin Jaya -bekas pelajar 1976-1980)
Khaidir (yang kini menetap di Lembah kelang - bekas pelajar Tingkatan 5 -1985).
Kak Marlina (Guru di Melaka -Bekas pelajar Tahun 1976-1978)
....dan semua rakan2 di KL: Idris,Halim dan Fauzi (bekas pelajar 5 Utarid -1983)

Panggilan telefon dan SMS yang berterusan dibuat bagi memastikan yang lain, yang duduk berdekatan datang walaupun sekejap sekadar berbual kosong demi tujuan yang mulia.

Mengimbau kembali kenangan lalu sewaktu kami bersekolah di Sek.Men Tasek Utara sekitar tahun 1979 hinggalah 1983, maka banyaklah cerita yang diluah seorang demi seorang. Almaklumlah hampir 3 jam kami berborak di Restoran Taman Impian Emas (terima kasih kepada tuan punya kedai dan juga Cik Gu yang membayar kos minuman kami. Didoakan murah rezeki dan jangan lupa belanja kami lagi..)

Walaupun topik utama perjumpaan untuk bercerita tentang kerjaya masing-masing, ianya juga diselang-seli dengan lawak atau cerita lucu sepanjang persekolahan.

Sebagai contoh, budak kelas 3 Utarid (1981).Cikgu Hamidah (guru matematik) yang mendera pelajarnya berlari keliling padang sekolah gara-gara tak siap kerja rumah. lepas tu cikgu pulak yang menangis sebab kena usik dengan pelajarnya (termasuklah saya).

Dalam bercerita panjang, teringat kami kepada sebahagian guru-guru dan rakan-rakan  yang telah pulang ke rahmatullah. Antaranya Cikgu Omar (guru sukan) -meninggal akibat sakit jantung ,
Cikgu Sidek (penolong kanan) -kerana hati bengkak ,
Muhamad Musbah (5 utarid 1983).
Alfatihah untuk mereka

dan juga kenalan saya Anoop Singh, .....

nota: yang pasti, pertemuan kedua dirancang di kantin SMTU pada hari raya nanti!!!! Insha'allah.

No comments:

Post a Comment

BERKAMPUNG DI HOSPITAL.

Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...