Friday, May 20, 2022

PANGKOR -SUATU PENGALAMAN BARU

Ianya PERCUMA. Satu tarikan buat pelancong ke Pulau Pangkor.  


Tepat 6.30 petang.

Hampir setiap hari, bertempat di hadapan chalet ini, Sunset view Chalet, ramai orang bertumpu menanti sesuatu.


Chalet ini seolah menjadi tarikan hidupan liar ini, burung kenyalang (hornbill) di Pulau Pangkor.




Muncul seorang pemuda tepat pada waktunya bersama makanan untuk burung-burung Kenyalang
seolah-olah tempat mereka berkumpul setiap petang menagih simpati insan yang prihatin terhadap hidupan liar ini.

 
Makanannya hanyalah pisang yang telah dipotong kecil. Selepas hampir 15 minit menunggu, akhirnya muncul 8 ekor burung kenyalang dari pelbagai kawasan sekitar pulau ini.


Ada yang hinggap di hadapan chalet ini bagai menghargai pemuda tersebut dan pengusaha chalet tersebut.



Pemuda ini akan mempelawa mana-mana individu yang ingin menghulurkan makanan kepada burung-burung tersebut. Caranya hanyalah meletak makanan di hujung tangan dan berdiri di hadapan chalet tersebut dan burung tersebut bakal menyambar makanan yang disediakan.

Suatu pengalaman baru di Pulau Pangkor, berhampiran pantai Teluk Nipah.


PANGKOR
15MEI 2022

Tuesday, May 10, 2022

1970-1980AN : KEMPAS, JOHOR BAHRU

 Sekadar catatan 


Seawal tahun 1970, bila kami berpindah ke Kempas, kami hanya mengenali beberapa orang jiran yang berdekatan. Paling dekat Pak nin (Ithnin) dan keluarganya. Jarak rumah kami hanyalah 750 meter. Di selangi oleh tanah Mak Tua (sudah menjadi milik Pakcik Mohd Nor) dan Mak Ngah.

 Jiran yang berdekatan di Lorong Aman, tempat tanah pembukaan baru.

 





Friday, May 6, 2022

KEMBARA DUNIA 1993

(Tanpa menyinggung mana-mana pihak, ianya sekadar catatan peribadi. sekadar bercerita kisah lama)

MEDAN 1993 (menggunakan tiket percuma) 

Ini merupakan perjalanan pertama saya ke Medan,Indonesia. Bukan sekadar berbulan madu, tetapi turut mengunjungi saudara mara sebelah ninda saya, Hj.Abdullah Bin Jaafar dan moyang saya (keluarga Isteri kedua Jaafar Bin Ali)

Kami untuk pertama kalinya ke Medan melalui Lapangan Terbang Polonia. Kini, Lapangan Terbang ini tidak lagi digunakan untuk tujuan Komersil dan dijadikan lapangan terbang untuk tentera sahaja.

Kami disambut oleh sepupu saya M.Amin Lubis. Untuk perjalanan ini, saya diperkenalkan kepada 4 keluarga yang masih ada di Medan. 

Nota khas buat anak-anak saya, generasi muda:

1.Keluarga abang Amin (Bapanya yang merupakan ayah saudara saya (sepupu kepada ninda saya) telah meninggal dunia)

2.Keluarga Bonda Mardiana dan suaminya Usman Hasibuan.

3.Keluarga Ayahanda Hassan (seorang bekas Imam di kawsan kediamannya)

4.Keluarga Ayahnda Husni.

5.Keluarga Kakak Ujin (bondanya juga sudah meninggal dunia)

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...