Friday, May 20, 2022

PANGKOR -SUATU PENGALAMAN BARU

Ianya PERCUMA. Satu tarikan buat pelancong ke Pulau Pangkor.  


Tepat 6.30 petang.

Hampir setiap hari, bertempat di hadapan chalet ini, Sunset view Chalet, ramai orang bertumpu menanti sesuatu.


Chalet ini seolah menjadi tarikan hidupan liar ini, burung kenyalang (hornbill) di Pulau Pangkor.




Muncul seorang pemuda tepat pada waktunya bersama makanan untuk burung-burung Kenyalang
seolah-olah tempat mereka berkumpul setiap petang menagih simpati insan yang prihatin terhadap hidupan liar ini.

 
Makanannya hanyalah pisang yang telah dipotong kecil. Selepas hampir 15 minit menunggu, akhirnya muncul 8 ekor burung kenyalang dari pelbagai kawasan sekitar pulau ini.


Ada yang hinggap di hadapan chalet ini bagai menghargai pemuda tersebut dan pengusaha chalet tersebut.



Pemuda ini akan mempelawa mana-mana individu yang ingin menghulurkan makanan kepada burung-burung tersebut. Caranya hanyalah meletak makanan di hujung tangan dan berdiri di hadapan chalet tersebut dan burung tersebut bakal menyambar makanan yang disediakan.

Suatu pengalaman baru di Pulau Pangkor, berhampiran pantai Teluk Nipah.


PANGKOR
15MEI 2022

No comments:

Post a Comment

BERKAMPUNG DI HOSPITAL.

Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...