Wednesday, November 23, 2011

05Ogos1982...Gunung Ledang..Lagenda atau Impian

Catatan khas buat semua rakan-rakan yang pernah bersama-sama menyertai perkhemahan di Gunung Ledang.
Gambar selepas Kejohanan Olahraga  Sek Men Tasek Utara, Johor Bahru pada tahun 1982.

Sebagaimana yang dirancang, seramai 25 orang ahli telah dijemput untuk menyertai perkhemahan sewaktu cuti penggal kedua 1982 ke Gunung Ledang,Tangkak.

Hari yang dijanjikan.05Ogos 1982. Hanya 8 orang ahli sahaja yang benar-benar ingin menyertainya. Untuk tidak menghampakan kami yang berlapan, rombongan perkhemahan diteruskan walaupun tanpa ketua pengakap kami, Saudara Jamal yang tak dapat menyertainya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Hisham (Penolong Ketua Pengakap) mengambil alih tugas beliau. Cikgu Mohamad turut sama hadir bagi memastikan kami meneruskan perjalanan dengan selamat.

Perjalanan bermula dengan menaiki bas merah South Johore dari Johor Bahru ke Air Hitam. Ianya mengambil masa hampir 2 jam. Ketika itu lebuhraya Utara Selatan yang menghubung Johor Bahru dan Tangkak belum ada lagi. Kami meneruskan perjalanan dengan bas kedua dari Air Hitam Ke Muar dan diikuti dengan bas ketiga dari Muar. Kami terpaksa berjalan kaki  dari jalan besar untuk ke Gunung Ledang. 

Ini merupakan kali pertama saya Ke Gunung Ledang dan berkhemah di luar kawasan sekolah. Kami memilih kawasan berhampiran kolam air. 2 khemah didirikan. Kawasan itu dikenali sebagai tahap pertama sebelum sampai ke puncak Gunung Ledang. Terdapat 5 tahap untuk sampai ke atas dan dianggarkan mengambil masa hampir 6 jam untuk sampai ke kemuncak.

.......

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...