Saturday, January 22, 2011

KEMBARA 2011 - KEMBOJA :10-12JAN2011

Tahun baru.Azam baru...begitulah yang dirancang.

(Ditulis khas buat anak-anakku dan generasi muda yang bakal mengembara, memperolehi pengalaman bila di rantauan dan mengenali umat Islam di seluruh pelusuk dunia...Insha'allah)






Tugasan untuk 2011 bermula lebih awal daripada yang saya jangkakan. Perjalanan saya untuk kali kedua ke Phnom Penh bukanlah sekadar untuk memenuhi tugasan yang penting bagi syarikat, tetapi dapat juga untuk julung-julung kalinya mengenali masyarakat Islam di Kemboja . Ianya bukan dirancang seperti rancangan Jejak Rasul ataupun apa saja yang program seumpama yang pernah dilihat di televisyen Malaysia. Ianya lebih kepada ziarah dan mengenali umat Islam di mana saja di bumi ini. Alhamdulilah, perjalanan saya ke Kemboja kali ini lebih bermakna.

Sesungguhnya pertemuan yang tidak dirancang ini menyentuh perasaan saya secara peribadi. Kami disambut oleh sekeluarga Islam yang merupakan sebahagian daripada ahli keluarga rakan saya yang memang berasal dari Kemboja. Keluarga Melayu Champa! Boleh bertutur bahasa Melayu sebagaimana kita di Malaysia.
Lagi membanggakan saya, Kami disambut bagaikan kami ini sebahagian daripada keluarga mereka walaupun ianya merupakan pertemuan yang pertama bagi saya.

Kali ini saya menginap di NagaWorld Hotel.


Hotel Naga World, Phnom Penh- sekitar jam 7 Pagi 11Jan11
Sejurus selepas ke hotel, mendaftar masuk dan menghantar bagasi ke bilik, kami telah menerima undangan untuk makan tengahari bersama Keluarga Az. Yang menariknya, ianya bersebelahan dengan masjid Dubai International, Phnom Penh (lihat gambar). Kami tiba disana selepas azan Zuhur dilaungkan. Alhamdulilah dengan mudah dapat saya menunaikan fardu zohor tanpa perlu memikirkan soal yang biasanya bermain

di fikiran saya - di mana arah kiblatnya, bilakah masuk waktu untuk bersolat.


Masjid Dubai International, Phnom Penh/12Jan11.

Makan tengahari saya agak istimewa kerana masakan cara Kemboja. Dihidangkan kari ayam, ikan haruan yang dibakar, ikan masin dan salad. Turut juga dihidang bermacam-macam jenis buah-buahan termasuk buah susu yang tidak pernah saya jumpa di Malaysia. Cuma agak terharu kerana layanan yang diberi terlalu istimewa walaupun kehidupan mereka tidak sehebat kita di Malaysia. serba kekurangan dari segala-galanya.

Bersambung......




ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...