Thursday, July 5, 2012

ONE DAY TRAVEL CARD:LONDON




Sekadar catatan buat teman-teman yang sama-sama mengharungi perjalanan sekitar ibukota London 

 Saya mula mengenali kad ini seawal 1986 bila kami perlu ke Central London (atau lebih tepat Malaysia Hall yang terletak di Bryanston Square. Tube yang terdekat ialah Marble Arch (central line). Waktu itu cuma GBP 1.60 (bagi tahun 1986) untuk semua zon. ketika itu ada Zon 1,2,3A,3B dan 3C. Tahun 1988 setelah 2 tahun berada di London, kadnya dinaikkan ke GBP 2.00. Tahun seterusnya Zon bagi One Day Travel card bertukar kepada Zon 1 hingga Zon 5.

 Yang lebih menariknya, kad ini boleh dipakai sepanjang hari dan boleh menaiki semua bas yang berwarna merah (Red London Bus) dan semua perkhidmatan kereta api bawah tanah (dikenali sebagai tube ) sekitar London.

 Kami pelajar Malaysia (ketika itu-1986) yang ditempatkan di St Mary College mula mengenali stesen keretapi bawah tanah South Woodford.Terletak di laluan utama (central line). Perjalanan ke stesen Marble Arch menggunakan keretapi tersebut (tube) mengambil masa sekitar 1 jam daripada South Woodford. Dalam tempoh sebulan, setiap hari Jumaat kami ke Marble Arch untuk menunaikan solat Jumaat di Malaysia Hall.

Bagi pelajar yang menuntut di Kampus Utama NELP (North East London Polytechnic) yang terletak di Dagenham, Stesen keretapi Laluan District(District Line) Barking tidaklah  asing bagi mereka yang menjadi tumpuan untuk mengambil tube apabila hendak ke Central London. Bagi pelajar di Kampus Holbrook, stesen utama ialah Plaistow yang juga terdapat kedai barangan orang-orang Asia.

Ingin tahu berapa harga One Day Travel Card Sekarang?
Sekitar GBP 7 hingga GBP 9 bergantung kepada zon yang dilalui.

OK-JUMPA LAGI DI KOTA LONDON PADA SUKAN OLIMPIK 2012

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...