Thursday, April 8, 2010

09April 1990 - 20 tahun yang lalu

09April1990 - Hari pertama aku melapur diri sebagai Pelatih Pengurusan di syarikat penerbangan rasmi Malaysia - Penerbangan Malaysia. Ditawarkan bekerja untuk pertama kalinya setelah menamatkan pengajian di luar negeri. Disinilah bermula dunia pekerjaan yang sebenar bagi diriku. Ditawarkan gaji permulaan dibawah 1K selama 2 tahun. Sebelum itu, aku bertugas di syarikat insuran dan seterusnya menjaja setiap hari menjual buku-buku ilmiah di Grolier. Dengan berbekalkan ketabahan menghadapi dunia pekerjaan yang menjanjikan 1001 macam keistimewaan (sewaktu mula bekerja..ceritanya), tawaran seumpama ini untuk bertugas di Penerbangan Malaysia adalah sesuatu yang membanggakan bagiku dan keluarga.

Pada mulanya aku bercadang menjadi seorang juruterbang (orang utara slang Inggeris cakap pilot) . Walaupun hampir memohon jawatan tersebut tetapi tidak kesempaian setelah menerima  sepucuk telegram dari MAS bagi jawatan Pelatih Pengurusan. Surat permohonan  tersebut telah dibakulsampahkan sejurus
membaca isi kandungan telegram tersebut.

Hari pertama mula melapurkan diri di Bangunan Kabin Tambahan, Subang (kini bergelar Admin 3 Building, Kompleks B, MAS).

Hari ini genaplah 20 tahun (secara sedar atau tidak) aku berkhidmat di Penerbangan Malaysia.

Bersambung.......

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...