Friday, July 16, 2010

1975...Kelas 3A PUNYA CERITA....

ools3A..agak gah bunyinya sebabnya kelas A. Hasil usaha penat lelah belajar (dan juga Doa ibu dan ayah yang membesarkan saya!!), saya berjaya memasuki Kelas 3A.  Ianya merupakan tahun yang agak kurang memberangsangkan bagi saya bersekolah. Almaklumlah disebabkan penyakit yang menimpa. Pelajaran pun jadi merosot bukan disebabkan saingan dari rakan-rakan sahaja tetapi juga hidungku yang berair dan berhingus sepanjang tahun. Rasanya kalau tak silap hampir setiap bulan saya ke Hospital Besar Johor Bahru (kini dikenali sebagai Hospital Tun Aminah Johor Bahru). Saya disahkan mendapat penyakit resdung. Entahlah..ada yang cakap sinus.

Disinilah bermula cabaran sebenar bersekolah. Berkawan dengan rakan-rakan yang pandai, pintar dan serba boleh.

Guru Kelas saya ialah Puan Hajjah Hawa, Ustaz saya En.Yusof (dikhabarkan telah meninggal dunia).

Kawan-kawan saya...

Dibarisan hadapan (dari Kiri):

Ungku Marshila,
Sharifah Hawa (now can catch her on FB..khabarnya dengan Maybank  sekarang), xxx,Noraidah,
Fauziah  (cikgu sekarang.. and on FB )
Cikgu Hawa, Cikgu Yusof , 
xxx, Siti, xxx, Zaharah  (Engineer.....baru saja menelefon saya baru-baru ni) dan Radiah.

Dibarisan tengah (dari kiri):

Azman (terima kasih kerana menghubungi saya menerusi FB), Saharudin,
Lee , Norasmadi, xxx, Hizam (kini di Pasir Gudang and on FB too now), Herman, salleh, Khairul, Zambree, xxx,
Zalina (antara  pelajar perempuan yang tentunya saya ingat kerana kesopanannya ..very feminine....sorry Zalina if you read this..suka-suka aje!) ,xxx,xxx,xxx,xxx, Noranaha dan Sharifah Musainah.

Dibarisan belakang (dari Kiri):

Fikri,Tajuddin,Malik (kini di Pasir Gudang and on FB too) , Azizan, Kamil, apalagi sayalah, Shahizan (sekarang ni bertugas di Penjara..warden katanya), Nizam, Fuad, Zamri, xxx, Razak Ahmad (yang berjaya ke MCKK dan seterusnya ke US), xxx, Azlin Shah, Zol, Yusof ( town planner)dan Azizi.

Nota:
Maaf tak dapat mengingati semua nama kawan-kawan (yang hanya tercatat xxx).

Kenangan yang tak dapat dilupakan semasa di Tahun 3:

***Satu-satunya keputusan peperiksaan yang paling teruk saya perolehi sewaktu bersekolah rendah 
apabila mendapat tempat ke 39 (daripada 41 orang pelajar )  semasa peperiksaan penggal pertama Tahun 3.

***Bila dikenakan tindakan disiplin oleh guru yang paling garang ketika itu, Cikgu Ahmad Omar bersama-sama 3 pelajar yang lain (untuk pertama kalinya sepanjang bersekolah).

Seterusnya.. 1976 Tahun 4 yang lebih mencabar!!!!

BERSAMBUNG........

2 HARI 1 MALAM -KEMBOJA (2)

03 Julai 2010
1.30 tengah hari:

Dalam perjalanan ke hotel tempat kami menginap, Naz sempat menunjukkan lokasi kedai makan yang turut dimiliki oleh seorang lagi rakyat Malaysia,Ismal - Restoran Mamak!

Kami membuat pendaftaran di hotel yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia juga, Holiday Villa Phnom Penh. Disambut oleh Sabariah, gadis muslim Kemboja yang boleh bertutur bahasa Melayu dan Inggeris.

2.00 petang:

Sesudah solat, kami terus bercadang berjalan kaki ke Central Market, Phnom Penh. Ianya mengambil masa kira-kira 10 minit dan perlu "tabah"untuk melintas jalan dan melihat persekitaran. Sebelum sampai ke pasar itu, kami sempat melihat jual beli secara borong diantara warga Kemboja menjual segala-galanya dari sayur-sayuran (segala jenis makanan) hinggalah bakul rotan (cuma lihat gambar dibawah). Kami juga ditegur sapa oleh warga Kemboja yang menawarkan berbagai perkhidmatan pengangkutan termasuk tuk-tuk (ala-ala beca yang dikendalikan oleh sebuah motor).
Pandangan dari hotel tempat kami menginap- Central Market, Phnom Penh.

Memandangkan pasar tersebut masih lagi dalam proses penyiapan sepenuhnya, kami terpaksa mengharungi pasar buah-buahan, ikan, daging, sayur-sayuran dan segala makanan basah. Pada mulanya, rasa-rasa macam kami dah sesat!!

Ditengah-tengah pasar itu, terdapat jualan barangan emas. Juga turut dijual cincin yang bertatahkan batu permata yang menarik.Sapphire, Topaz,.....dan macam-macam lagi. Cuma awas jangan terbeli yang tiruan!!!

Kedai pertama yang kami singgah dan yang pastinya sudah terjumpa apa yang kami cari. Layanan mesra seorang jejaka tampan yang menunjukkan hampir kesemua barangan yang ada benar-benar mearik perhatian kami untuk membeli cenderahati disini. Dari kain sutera yang halus dan pelabagai corak hinggalah kipas tangan yang diperbuat dari daun-daun yang disusun rapi (mungkinkah ianya daun mengkuang atau ....)

Bersambung......

2 HARI 1 MALAM - KEMBOJA (1)

Tidak terlintas sama sekali di fikiran saya untuk ke Kemboja. Walaubagaimanapun, ianya sebagai memenuhi impian saya untuk melawat kesemua bandar-bandar utama di negara-negara ASEAN. Setakat ini saya telah
berkunjung ke Medan, Bangkok, Chiengmai, Hat Yai dan Singapura.

Tanggal 03Julai 2010 lalu, disebalik kesibukan urusan harian di pejabat, mengendalikan anak-anak yang masih sekolah (yang juga bakal menghadapi PMR) dan ibuku yang baru pulih daripada rawatan kecil (saraf di tangannya yang perlu dibedah)  dan bapa mentua yang kurang sihat (jantungnya yang tidak stabil), kesempatan dihujung minggu yang agak singkat dapat diluangkan bersama isteri untuk ke Phnom Penh, Kemboja.

Ianya bukan sesuatu telah dirancang. Bagai masa yang perlu diluangkan untuk berehat sambil melihat keindahan negeri orang. Saya sempat diusik oleh rakan yang agak cetek pemikirannya dan berfikiran yang agak negatif tentang perjalanan saya ke Kemboja. Disebutkan saya dan isteri yang ingin melawat negeri orang yang berperang!!! Walhal, hakikatnya, ianya bagai suatu syurga membelibelah yang disifatkan oleh sebahagian rakan-rakan saya yang pernah berkunjung ke Phnom Penh (Terimakasih Sham/Nur diatas tip lawatan yang diberi). Bagi rakan sepejabat saya pula, ianya merupakan kampung kedua -setelah beliau berumahtangga dengan warga Kemboja (lebih menarik bila berkahwin dengan anak Pak Imam di salah sebuah masjid di Kemboja).

Jam 9.20 pagi:

Penerbangan MH754 berlepas ke Kemboja. Hanya mengambil masa sekitar 1 jam 50 minit untuk sampai. Lebih menarik dihidangkan nasi lemak sambal udang sebagai sarapan pagi diatas pesawat.

Jam 10.40 pagi:
Saya dan isteri disambut oleh pegawai bertugas Naz.

Jam 11.30 tengah hari:

Bertemankan isteri beliau yang baru beberapa hari berada di bumi asing ini, kami ke Cafe Malaya untuk makan tengah hari. lebih menarik bila berkesempatan berjumpa dengan tuan punya kedai.
Dengan berslogankan "Where friends congregate" (dimana kawan-kawan berkumpul), tempat makan tersebut benar-benar menarik perhatian saya. Lebih-lebih ianya milik Anak Malaysia dan mencari rezeki (dan kini berkeluarga) di Kemboja. Pendek kata setiap yang datang akan meletakkan kad perniagaan (business card) mereka di ruangan papan kenyataan yang disediakan. Khabarnya, disinilah tempat bertemu warga Malaysia sambil menjamu selera.

Cafe Malaya dianggap strategik lokasinya memandangkan ianya tidak jauh dari Central Market,Phnom Penh dan juga tempat saya menginap.

BERSAMBUNG..........................................................................

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...