Thursday, August 12, 2010

AKU TERIMA NIKAHNYA..........

3 Ramadhan 1431H
Itu merupakan lafaz yang diucapkan kira-kira 17 tahun yang lalu.
Tapi yang menariknya, saya baru selesai membaca sebuah buku tulisan Saudara Hasrizal Abdul Jamil.
Antara kata-kata yang menarik didalam bukunya
"......Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin.Masukkan sekali urusan lampin.kerana rumahtangga bukan Utopia Cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. ......"

Dikulit buku pula tercatat
"Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi akan menjadikan kita lebih memikirkan soalan PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Sebuah buku yang harus dibaca dan mengambil ikhtibar atas sesuatu yang telah kita laku sebagai suami, ayah dan juga anak....

Bersambung....

Tuesday, August 3, 2010

Karachi Oh Karachi...Ogos 2010

02Ogos2010:
Ianya suatu perjalanan yang telah dirancang seawal Jun lalu.
Kelewatan pesawat MH160 berlepas tepat pada jam 1230 tengah hari selama 10 minit dari lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bukanlah yang dirancang. Ekoran kehilangan atau lebih senang disebut kelewatan 10 orang penumpang yang mungkin gagal mencari lokasi sebenar pesawat ataupun sengaja melengah-lengah perjalanan menyebabkan penerbangan kami lewat berlepas dari KLIA.

Tepat jam 5.25 petang, Kami sampai di Karachi setelah menharungi ruang udara beberapa buah negara termasuk Myanmar dan India. Cuaca yang tidak begitu elok (hujan) menyebabkan pesawat mengalami gangguan sewaktu melepasi Teluk Bengal.

Kami disambut dengan layanan mesra pegawai bertugas penerbangan sebaik melepasi aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Karachi. Melepasi pemeriksaan paspot dan kesihatan (skrin mengesan penumpang yang mengalami demam ekoran wabak H1N1), kami ditempatkan di tempat menunggu hotel tempat kami menginap.

Terpampang besar logo Mac Donald sebaik saja kami melangkah kaki keluar daripada lapangan terbang untuk menaiki teksi yang telah disediakan. Ianya mengambil masa lebih kurang 35 minit untuk sampai ke hotel. Melalui sebahagian kawasan perniagaan dan perumahan di sekitar Karachi. Bandar yang menempatkan kira-kira 18 juta penduduk. Cuaca agak panas dan berdebu sepanjang jalan dan sekali-sekala nampak logokan sampah-sarap ekoran hujan yang melanda Karachi baru-baru ini. Difahamkan, lebih menyedihkan tiada saliran air yang sempurna sekitar bandar tersebut.

bersambung.......

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...