Thursday, May 27, 2010

TEHRAN 3HARI 2 MALAM..dalam pencarian...



Gambar diatas sempat dirakam sewaktu berada didalam perjalanan kami dari IKA (Imam Khomeini Airport) ke hotel tempat kami bermalam. Kami menaiki van Toyota yang disewa sekitar US Dollar 100 setiap hari termasuk pemandunya yang berbangsa Parsi dan boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik. Yang menariknya, hampir semua bangunan sama ada pejabat ataupun kediaman di hiasi dengan gambar yang menarik. Antaranya gambar pemimipin Iran, ayat-ayat suci Al-Quran dan juga gambar hidupan laut. Ianya mengambil masa 1 jam 40 minit untuk kami sampai ke hotel yang terletak di bandar Tehran dan berdekatan dengan Pejabat Konsulat Malaysia.
Kami sempat juga merakam gambar diatas. Satu-satunya tol di tehran yang dimesti dilalui selepas keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tehran, IKA.




Kami berkesempatan untuk berehat seketika pada malam pertama sambil menikmati makan malam di salah sebuah restoran yang terletak berhampiran dengan bukit-bukit sekitar bandar Tehran yang lebih dikenali dengan nama Darban. Makan malam kami sekitar US Dollar 20 bagi setiap orang. Kami dihidangkan dengan salad sayur-sayuran hijau dan buah-buahan, nasi beriani , roti, kebab ayam/daging , yogurt dan air mineral. Makan malam mengikut tradisi rakyat Iran. Agak mahal tetapi mengenyangkan dan lazat. Cuaca agak sejuk dikawasan itu sekitar 18 darjah celcius. Untuk memanaakan badan, kami dilengkapi dengan pemanas dibawah meja makan kami. Selepas menjamu selera, kami melihat penjualan jeruk-jeruk buah-buahan seperti walnut dan  pelbagai jenis beri. 

Di Darban, terdapat juga penjualan kain rentang yang ditulis ayat-ayat suci dan kata-kata aluan seperti Assalamualaikum Ya Fatimah Az-zahra (lihat gambar dibawah)

Sesungguhnya keletihan kami hampir sepanjang hari berada didalam pesawat yang mengambil masa sekitar 6 jam dan berada didalam kenderaan mengharungi kesesakan lalu lintas di Tehran sama sekali hilang bila diakhiri dengan makan malam yang agak istimewa sebelum kami beradu.
Keesokan harinya agak lebih mencabar bila terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas di Tehran dan tugasan yang berat apabila meneruskan kerja-kerja yang belum selesai.

Thursday, May 13, 2010

TEHRAN 3 HARI 2 MALAM

03MAY2010  11: 10 pagi

Penerbangan IR740 berlepas dari KLIA menuju ke Tehran.Kami bakal tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa yang baru di Tehran, IKA (Imam Khomeini Airport) menggunakan nama pemimpin Iran yang terkenal suatu ketika dulu yang agak disegani pemimpin dunia yang lain seperti Mikael Gorbachev. Tentu ada yang masih ingat bagaimana beliau disemadikan tidak jauh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa ini. Kafan, kain yang meliputi jasad beliau hampir koyak direbut oleh rakyat yang memberi penghormatan terakhir di kubur yang dikhaskan oleh beliau. Hari ini, Kawasan perkuburannya yang dikenali sebagai Qom telah dijadikan suatu kawasan untuk dilawati setiap pengunjung ke Tehran.

03MAY2010 3:40 Petang

Kami sampai dengan selamatnya di bumi Iran dengan seribu satu pertanyaan khasnya bagi saya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tehran. Seperti yang semua maklum, Iran yang telah mendapat tentangan hebat dari PBB/uncle Sam sehingga hari ini iaitu halangan/sekatan ekonomi ke atas Iran yang sama sekali, pada pandangan kita akan melemahkan pentadbiran baru Ahmad Nejad untuk meneruskan rancangan pembangunan di Iran. Anggapan itu sama sekali meleset setelah kami menjejakkan kaki di bumi Iran.

03MAY2010 4:17 Petang

Walaupun laluan pemeriksaan paspot agak selesa dengan pemberian visa semasa sampai di Iran (untuk lawatan selama 14 hari), bagasi kami agak lewat untuk diterima. Urusan pengangkutan  kami telah diuruskan oleh rakan yang bertugas di Pejabat Pelancungan Malaysia di Iran.


Kami disambut oleh En.Meeraj, pemandu khas kami sepanjang kami berada di Tehran. Kami difahamkan beliau boleh bertutur Bahasa Inggeris disamping bahasa rasmi Iran, Persian. Beliau mengarahkan kami menukarkan sebahagaian wang yang kami bawa dengan wang Iran, Riyal. Agak terkejut dengan jumlah wang yang diterima walaupun kami cuma  ingin menukar 50 Dollar Amerika (5 100 000 Iran Riyal). 


Nota: 1 Dollar Amerika bersamaan 10 200 Iran Riyal. 

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...