Monday, July 25, 2016

REUNION LARKIN 1- 16JUL16 (3)

16Julai 2016


Majlis tautan kasih Aidilfitri anjuran Batch 74-79 bertambah ceria dengan kehadiran rakan-rakan kami  dari Kuantan, Melaka, Kuala Lumpur dan Chaah,Segamat. 

Sebagai menghargai kehadiran satu-satunya bekas guru SRK Larkin 1 yang merupakan tunggak utama dalam memajukan sukan di sekolah kami, majlis menghadiahkan cenderahati buat Cikgu Ahmad Omar yang kini berusia 78 tahun.


Bersama Cikgu Ahmad Omar


 Cabutan bertuah juga antara agenda yang ditunggu-tungu sebahagian daripada yang hadir. Ianya merupakan sumbangan bekas-bekas pelajar yang hadir. Majlis juga merakamkan ucapan terimakasih diatas penajaan voucher makanan  daripada salah seorang bekas pelajar batch 1973-1978.




Majlis reunion ini juga turut  membantu mereka yang memerlukan bersempena dengan aidilftri kali ini. Sejumlah 6 orang anak-anak yatim di Johor Bahru telah menerima duit raya hasil sumbangan bekas-bekas pelajar yang hadir.



REUNION LARKIN 1 -16JUL16 (2)

16JULAI16- JOHOR BAHRU

Seawal Jam 11.30 pagi, pintu masuk dan ruang legar/lobi Pusat Pembangunan Usahawan MARA Negeri Johor Darul Takzim , Skudai telah menjadi tumpuan bekas-bekas pelajar Sekolah Rendah Larkin 1 bagi tahun 1973 hingga 1979 berkumpul setelah berpisah hampir 3 dekad. 


Ungku Masila,Zasman dan Zaharah

Bersama bekas pemain bolasepak Larkin 1 (sessi 1978)- Jamali Ishak

Bersama Amzan (juga bekas pemain bolasepak Larkin 1 (sessi 1978)

Bersama pengelola majlis dan rakan sekampung - Kamalulail Agos 
 Sambil menjamu selera dan diselang-selikan lagu-lagu raya, sessi beramah mesra bersama-sama bekas pelajar menjadi  menu utama untuk pertemuan yang bersejarah ini.





Ungku Masila - pendidik dan masih bertugas di Johor Bahru dan Zaharah (Jurutera)



Jamali - Bertugas di SAJ dan menceritakan harapannya buat bolasepak Johor Darul Takzim


Friday, July 22, 2016

PERTH 2016



Just another revisit to the town for second time.

REUNION LARKIN 1 -16JUL2016 (1)

Khas buat rakan-rakan yang mengenali saya sekitar tahun 1973 hingga 1978.


Entah apa mimpi saya menjadikan Whatapps sebagi medan untuk bertemu semula rakan-rakan yang sama menuntut di Sekolah Rendah Larkin 1, Johor Bahru.

15Jun2016 dengan berbekal hanya 5 nombor telefon bimbit  rakan-rakan yang dapat dikesan menerusi pelbagai cara termasuk Facebook, mengumpulkan rakan-rakan X-Larkin 1 bagi sessi 1973-1978 berjaya diusahakan.Hingga kini, hampir 40 orang telah dapat dihubungkan antara satu sama lain. Sehari sebelum itu, saya telah dihubungi rakan sekampung yang ingin menganjurkan reunion bersempena hari raya bagi bekas pelajar sessi 1974-1979 dan tugasan saya hanya sebagai pengacara majlis. Tak lebih dari itu.

Keinginan untuk bertemu rakan-rakan yang terpisah lebih 3 dekad ternyata menjadi kenyataan setelah tawaran untuk menyertai Majlis Tautan Kasih Bekas Pelajar Larkin 1, Johor Bahru  Batch 74-79 dibenarkan.

Respon daripada rakan-rakan amat mengalakkan walaupun tidak semua khasnya yang bermaustatin di Lembah Klang sama sekali tidak dapat turut serta.

16Julai 2016 adalah hari yang bersejarah buat semua rakan-rakan yang berkesempatan untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.



Dengan berbekalkan keazaman dan keinginan untuk berjumpa rakan-rakan sekolah, ruangan KENALAN TERPISAH akhbar Kosmo telah mencari sasaran untuk menemui seramai yang mungkin.


Antara yang hadir seawal 11.30 pagi

Meja daftar Majlis 16Jul16


ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...