Friday, July 22, 2016

REUNION LARKIN 1 -16JUL2016 (1)

Khas buat rakan-rakan yang mengenali saya sekitar tahun 1973 hingga 1978.


Entah apa mimpi saya menjadikan Whatapps sebagi medan untuk bertemu semula rakan-rakan yang sama menuntut di Sekolah Rendah Larkin 1, Johor Bahru.

15Jun2016 dengan berbekal hanya 5 nombor telefon bimbit  rakan-rakan yang dapat dikesan menerusi pelbagai cara termasuk Facebook, mengumpulkan rakan-rakan X-Larkin 1 bagi sessi 1973-1978 berjaya diusahakan.Hingga kini, hampir 40 orang telah dapat dihubungkan antara satu sama lain. Sehari sebelum itu, saya telah dihubungi rakan sekampung yang ingin menganjurkan reunion bersempena hari raya bagi bekas pelajar sessi 1974-1979 dan tugasan saya hanya sebagai pengacara majlis. Tak lebih dari itu.

Keinginan untuk bertemu rakan-rakan yang terpisah lebih 3 dekad ternyata menjadi kenyataan setelah tawaran untuk menyertai Majlis Tautan Kasih Bekas Pelajar Larkin 1, Johor Bahru  Batch 74-79 dibenarkan.

Respon daripada rakan-rakan amat mengalakkan walaupun tidak semua khasnya yang bermaustatin di Lembah Klang sama sekali tidak dapat turut serta.

16Julai 2016 adalah hari yang bersejarah buat semua rakan-rakan yang berkesempatan untuk bersama-sama menjayakan majlis tersebut.



Dengan berbekalkan keazaman dan keinginan untuk berjumpa rakan-rakan sekolah, ruangan KENALAN TERPISAH akhbar Kosmo telah mencari sasaran untuk menemui seramai yang mungkin.


Antara yang hadir seawal 11.30 pagi

Meja daftar Majlis 16Jul16


No comments:

Post a Comment

BERKAMPUNG DI HOSPITAL.

Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...