Tuesday, August 23, 2022

KEMBARA SCOTLAND: EDINBURGH 4 HARI 3 MALAM

 Antara tempat menarik di Edinburgh, istana lama yang menjadi tumpuan ramai.

Istana Edinburgh difahamkan merupakan kediaman rasmi raja-raja United Kingdom, termasuk King Edward V, Queen Elizabeth 1. Kini ianya menjadi tumpuan pelancong melihat Istana ini secara dekat.

Ianya bagi Muzium Diraja.










Berlatar belakang Istana Edinburgh

Sekitar Edinburgh






Bas naik turun sekitar Edinburgh (Hop in Hop off sightseeing bus)

Wednesday, August 17, 2022

KEMBARA SCOTLAND : 4 HARI 3 MALAM: LONDON-EDINBURGH/LIVINGSTON/GLASGOW

LONDON-EDINBURGH-LIVINGSTON-GLASGOW

26JULAI 2022-LONDON

 Perjalanan kami ke Scotland pada Selasa 26 Julai 2022 (mengikut laluan timur UK) dibatalkan ekoran kerosakan rel keretapi di sebahagian perjalanan menuju ke Edinburgh.

Langkah seterusnya untuk membeli tiket bas di Stesen Victoria, London (di sini disebut Coach -National Express) juga menemui jalan buntu apabila semua tiket bas habis dijual untuk Hari Selasa 26 Julai 2022.

Berpatah balik ke Stesen Kings Cross dan cuba mencari penyelesaian (Plan B), akhirnya berjaya setelah 3 jam berlegar sekitar Kota London. Kami menaiki keretapi ke Glasgow (dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Edinburgh) dengan menggunakan laluan barat UK (agak jauh sedikit). Perjalanan bermula dari stesen yang lain, Euston, London.

Seandainya kami merancang ke Scotland pada Rabu 27Julai 2022, ianya pasti gagal ekoran mogok keretapi United Kingdom. Mogok untuk menuntut gaji naik dan pelbagai kemudahan adalah normal dan diumumkan kepada umum beberapa hari sebelum terjadinya mogok. Beberapa hari sebelum kami sampai ke London, mogok pekerja penerbangan di Heathrow turut diadakan yang mengakibatkan beberapa syarikat seperti British Airways membatalkan sebahagian penerbangan mereka ke Eropah.

26JULAI 2022-EDINBURGH 

Akhirnya, kami sampai Stesen keretapi Edinburgh Waverley setelah 5 jam perjalanan dari stesen keretapi Euston,London yang melalui laluan ke Glasgow (kira-kira jam 6 petang waktu tempatan).



sekitar Edinburgh


Pemuzik Jalanan di Edinburgh

Yang menarik bila ada pemuzik jalanan yang menghiburkan orang ramai. Yang menyedihnya bila ada peminta sedekah yang berada di hadapan kedai-kedai utama di Princess Street, Edinburgh. Lebih mengejutkan sebahagian daripada mereka bukannya orang tempatan. Ada yang dari timur tengah dan akan memberi salam ( sambil meminta simpati ) bila berhadapan dengan orang Islam.

Kami menginap di Hotel Cityroomz yang turut menawarkan sarapan pagi ala Continental
(roti bakar, jem, telur, kepingan keju dan juga cereal) dengan bayaran tambahan (sekitar GBP 6 hingga 8 bergantung bila bayaran dibuat). Kami menaiki teksi (black cab) dari stesen keretapi ke hotel ini (sekitar GBP 6) ekoran bagasi yang kami bawa.

Hotel Citiroomz, Edinburgh



Untuk makan tengah hari atau makan malam, terdapat banyak restoran muslim  dari Asia Barat, India dan Pakistan. Untuk sekadar membeli roti, cokelat dan air mineral, terdapat Sainsbury di hadapan hotel kami menginap.

Bandar Edinburgh juga dihiasi dengan tarikan seperti patung-patung binatang yang mempromosi haiwan persekitaran dan kempen lindungi haiwan.


Patung Zirafah paling banyak di Edinburgh.

Tak jauh dari jalan ke Istana Edinburgh.

Malam pertama kami lengkapi dengan hidangan roti nan, capati dan  kari ayam  dari Restoran Madras yang berdekatan sebelum melelapkan mata setelah seharian dalam perjalanan dari London ke Edinburgh.

Monday, August 15, 2022

KEMBARA SCOTLAND: HARI KE TIGA(3)- GLASGOW

Hari ketiga di Scotland.

(SEKADAR CATATAN BUAT TEMAN-TEMAN YANG MENGENALI SAYA SEKITAR TAHUN 1980AN SEHINGGA KINI)

Seawal pagi, kami ke bandar ketiga di Scotland, Glasgow.

Tempat yang pertama memasuki bandar Glasgow adalah Kampus Universiti Straclyde, Glasgow. Disinilah sahabat kami belajar selama 3-4 tahun. Ini merupakan bandar pertama yang saya jejaki di Scotland sewaktu menuntut di London. Bila berada disini, teringat saya kepada rakan-rakan yang sama menuntut di Shah Alam sebelum ini. Paling rapat, arwah Azhar Ahmad, Arwah Hadi, Azman Aripin, Azman Chips, Lockman, Anwar, Mazlan, Ahmad Sirwan dan Yaziz Hamid. (MAAF kalau ada nama yang tertinggal)



Akhirnya kami sampai (sekitar jam 8.20pagi) di perhentian bas utama di Buchanan Street. Sewaktu belajar dulu, saya sampai di sini waktu subuh (waktu musim sejuk, Disember 1986) berseorangan dan disambut oleh Arwah Azhar dan rakan-rakan lain.

Monumen di pintu keluar Perhentian Bas Utama
 Buchanan Street, Glasgow.

Kami menyusuri jalan-jalan sekitar bandar Glasgow. Jalan-jalan tanpa tujuan utama sekadar melihat bandar tersebut dan membeli  cenderahati untuk keluarga sendiri.

sarapan pagi sebelum bersiar-siar sekitar Glasgow



Antara bangunan baru di Glasgow


Antara bangunan-bangunan yang menarik perhatian kami.

Salah sebuah bank di Scotland.

Bercerita pasal bank-bank di Scotland, terdapat tiga bank utama yang masing-masing mengeluarkan wang kertas - Bank Of Scotland, Royal Bank of Scotland dan Bank of Straclyde. Agak mengejutkan bagi pelawat asing dari luar London yang mendapat wang yang berlainan daripada wang United Kingdom (yang ada gambar Queen Elizabeth II).

Kawasan tempat membeli-belah di Glasgow


Kawasan sekitar bandar Glasgow dihubungi dengan keretapi bawah tanah (underground train)

Di hadapan Buchanan Street station, salah sebuah stesen bawah tanah Glasgow.

Dihadapan salah sebuah restoran halal di Glasgow



Di stesen keretapi Glasgow ..yang menghubungkan laluan ke London


Kami juga berkesempatan membeli cenderahati di kedai salah sebuah kelab bolasepak yang terkenal di Scotland, Celtic FC.


Dihadapan kedai Sukan Celtic Football Club, Scotland.

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...