Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE.
Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengakhiri tugasan saya di Penerbangan Malaysia (MH).
Perasaan bercampur aduk.Selalunya terlintas difikiran seseorang yang bakal bersara (tanpa ada pencen tidak seperti kakitangan kerajaan).
1.Dapatkah menghabis sisa hidup ini dengan bergantung wang KWSP yang masih ada.
Best plan for retiree, in my opinion, is retire.
Kemaskan yang wajib, tambah yang sunat (nasihat seseorang yang baru sahaja menyempurnakan rukun Islam yang ke lima)
Sejujurnya jika sudah habis membayar wang rumah dan kereta sewaktu bersara, apa yang diperlukan hanyalah keperluan untuk:
1.Makan Minum seharian.
2.Pakaian yang cukup.
3.Ini lebih MUSTAHAK - jaga kesihatan dan wang yang mencukupi untuk ubat kecuali sihat dan tidak ada penyakit yang kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.
4.Menghabiskan usia emas di masjid (5 waktu) sambil menghadiri kuliah agama, bercampur dengan masyarakat dalam pelbagai aktiviti kawasan perumahan.
5.Baca AlQuran berulang-ulang. Baca, Faham dan Amal.
6.Simpanan wang secukupnya untuk hari tua.
Zasman
25Nov2023
No comments:
Post a Comment