Monday, April 16, 2012

2Hari 1Malam- Program Firqah ....


Tugasan mula diserahkan kepada pelajar sebelum memulakan perjalanan Program Firqah 2012.


SABTU14APRIL2012:MASJID TANAH.
Keluarga saya menawarkan diri untuk menjadi tuanrumah kepada 3 pelajar Imtiaz Melaka bermalam di rumah kami di Kuala Lumpur. Program Firqah diberi nama. Pelajar bersama dengan anak kepada keluarga tersebut dikehendaki memenuhi tugasan yang telah diberikan sepanjang mereka berada bersama keluarga anak.Saya dan isteri diberi tugas sebagai ibu dan bapa angkat kepada mereka. Disini tugasan diberikan kepada dua-dua pihak untuk memenuhi objektif yang dikehendaki sekolah.

Terdahulu, pihak sekolah telah menganjurkan jaulah jiran yang memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk mengenali jiran yang berdekatan dengan sekolah disamping merapatkan hubungan silatulrahim diantara mereka. Kemudian, program jaulah Masjid yang mendedahkan pelajar kepada masyarakat setempat dan ahli masjid kariah tersebut. Disamping menunaikan solat di masjid, beriktikaf, membaca alQuran bersama-sama di Masjid.

Tepat jam 10pagi, 3 pelajar yang terpilih, Ammar,Safwan dan Hakimi menyertai anak saya Adam untuk pulang ke rumah kami di Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam.





Dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulilah.Makanan tengah hari disajikan buat anak-anak Imtiaz di Kompleks Muhibah, Taman Nirwana memandangkan masa yang suntuk untuk kami sekeluarga menyediakan makanan bagi waktu tengah hari.

Antara tugasan yang perlu dilaksanakan oleh anak- anak Imtiaz ialah solat berjemaah dan makan bersama keluarga Angkat. Dalam hubungan mengenali masyarakat setempat keluarga angkat, anak-anak Imtaz juga perlu mengenali sekurang-kurangnya 3 orang tanpa mengenal usia atau pangkat.
Ammar,Safwan,Hakimi dan Adam bersama Raffee(yang berdiri)  untuk minum petang.
Hujan pada waktu petang Sabtu itu menggagalkan mereka bermain bola bersama-sama dengan rakan-rakan Adam. Walaubagaiamanapun, agak menarik mereka dapat berkenalan dengan jiran yang kebetulan singgah di rumah kami. Apalagi Auntie Zila menjadi mangsa yang pertama! Hakimi menjadi pencatat nota, manakala Ammar dan Safwan memulakan bicara untuk menemubual Auntie Zila! Disini dapat kita lihat kemahiran anak-anak berinteraksi dengan kenalan baru. Mereka juga berkesempatan mengenali Rafee, anak auntie Zila yang turut sama menyertai minum petang di rumah kami.Orang ketiga yang mereka temubual dan berkenalan adalah Akhi Adam, abang Adam yang masih menuntut di Tingkatan Lima.

Bersama-sama membaca AlQuran selepas Solat Maghrib.
Maghrib menjelang. Sesudah solat berjemaah, tugasan seterusnya bermula. Mereka berempat membaca Surah Arrahman. Untuk tidak menghampakan anak-anak yang belum pernah menjejakkan kaki ke kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur, kami bersama-sama solat berjemaah di Masjid KLCC.

BERSAMBUNG....................................................../1


Berlatarbelakangkan Masjid dan KLCC-sesudah solat Isyak.






Tuesday, April 10, 2012

Januari 1989 - Cambridge, Surat dari seberang dan Kertas Kursus yang belum selesai.

Isnin 02Januari 1989

Cuba untuk menyelesaikan kertas kursus dan tugasan yang diberi oleh Dr.Saebi (salah seorang pensyarah kolej dari Iraq). Menonton perlawanan bolasepak EPL secara langsung bagi mengisi masa lapang sebelum meneruskan ulangkaji pelajaran yang lalu.

Subjek 256- 2 jam. Subjek 360 -2 jam.


Selasa 03Januari1989.

Tepat jam 9.35pagi, keretapi kami berlepas dari Stesen Liverpool Street. Perjalanan yang tidak dirancang.Menemani sahabat serumah Khalizan ke Cambridge,salah satu universiti termasyhur di UK.
Kami sampai jam 10.40 pagi. Hampir kesemua kawasan kolej di Universiti Cambridge kami lawati. Yang penting, Khalizan dapat mengambil gambar-gambar dan maklumat yang diperlukan untuk projeknya (Architecture).

Sesuatu yang agak pelik. Kuliah sebahagian pelajar di sini adalah didalam gereja lama yang dijadikan lecture hall. Yang menarik, sebahagian besar masyarakat sekeliling Cambridge adalah pelajar-pelajar
dan mereka gemar berbasikal sekitar kolej dan pekan Cambridge.

Kami pulang sekitar jam 4 petang setelah selesai tugasan dan pusing sekitar pusat membeli belah di Cambridge.

Hari ini, saya menerima dua pucuk surat yang menarik. Pertama, Zahir,rakan sebilik sewaktu di Shah Alam dulu yang sudahpun lulus dan menerima Ijazah dalam bidang Ekonomi pada Disember 1988. Kedua, surat dari seorang rakan kelas AUSMAT yang masih menuntut di UUM (teka siapa?).

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...