Tuesday, April 10, 2012

Januari 1989 - Cambridge, Surat dari seberang dan Kertas Kursus yang belum selesai.

Isnin 02Januari 1989

Cuba untuk menyelesaikan kertas kursus dan tugasan yang diberi oleh Dr.Saebi (salah seorang pensyarah kolej dari Iraq). Menonton perlawanan bolasepak EPL secara langsung bagi mengisi masa lapang sebelum meneruskan ulangkaji pelajaran yang lalu.

Subjek 256- 2 jam. Subjek 360 -2 jam.


Selasa 03Januari1989.

Tepat jam 9.35pagi, keretapi kami berlepas dari Stesen Liverpool Street. Perjalanan yang tidak dirancang.Menemani sahabat serumah Khalizan ke Cambridge,salah satu universiti termasyhur di UK.
Kami sampai jam 10.40 pagi. Hampir kesemua kawasan kolej di Universiti Cambridge kami lawati. Yang penting, Khalizan dapat mengambil gambar-gambar dan maklumat yang diperlukan untuk projeknya (Architecture).

Sesuatu yang agak pelik. Kuliah sebahagian pelajar di sini adalah didalam gereja lama yang dijadikan lecture hall. Yang menarik, sebahagian besar masyarakat sekeliling Cambridge adalah pelajar-pelajar
dan mereka gemar berbasikal sekitar kolej dan pekan Cambridge.

Kami pulang sekitar jam 4 petang setelah selesai tugasan dan pusing sekitar pusat membeli belah di Cambridge.

Hari ini, saya menerima dua pucuk surat yang menarik. Pertama, Zahir,rakan sebilik sewaktu di Shah Alam dulu yang sudahpun lulus dan menerima Ijazah dalam bidang Ekonomi pada Disember 1988. Kedua, surat dari seorang rakan kelas AUSMAT yang masih menuntut di UUM (teka siapa?).

No comments:

Post a Comment

BERKAMPUNG DI HOSPITAL.

Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...