Wednesday, November 23, 2011

05Ogos1982...Gunung Ledang..Lagenda atau Impian

Catatan khas buat semua rakan-rakan yang pernah bersama-sama menyertai perkhemahan di Gunung Ledang.
Gambar selepas Kejohanan Olahraga  Sek Men Tasek Utara, Johor Bahru pada tahun 1982.

Sebagaimana yang dirancang, seramai 25 orang ahli telah dijemput untuk menyertai perkhemahan sewaktu cuti penggal kedua 1982 ke Gunung Ledang,Tangkak.

Hari yang dijanjikan.05Ogos 1982. Hanya 8 orang ahli sahaja yang benar-benar ingin menyertainya. Untuk tidak menghampakan kami yang berlapan, rombongan perkhemahan diteruskan walaupun tanpa ketua pengakap kami, Saudara Jamal yang tak dapat menyertainya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Hisham (Penolong Ketua Pengakap) mengambil alih tugas beliau. Cikgu Mohamad turut sama hadir bagi memastikan kami meneruskan perjalanan dengan selamat.

Perjalanan bermula dengan menaiki bas merah South Johore dari Johor Bahru ke Air Hitam. Ianya mengambil masa hampir 2 jam. Ketika itu lebuhraya Utara Selatan yang menghubung Johor Bahru dan Tangkak belum ada lagi. Kami meneruskan perjalanan dengan bas kedua dari Air Hitam Ke Muar dan diikuti dengan bas ketiga dari Muar. Kami terpaksa berjalan kaki  dari jalan besar untuk ke Gunung Ledang. 

Ini merupakan kali pertama saya Ke Gunung Ledang dan berkhemah di luar kawasan sekolah. Kami memilih kawasan berhampiran kolam air. 2 khemah didirikan. Kawasan itu dikenali sebagai tahap pertama sebelum sampai ke puncak Gunung Ledang. Terdapat 5 tahap untuk sampai ke atas dan dianggarkan mengambil masa hampir 6 jam untuk sampai ke kemuncak.

.......

Sunday, October 9, 2011

25DIS2010- HARI KELUARGA BAKHIR

25Dis2010-Hari Keluarga di Teluk Kemang
25Dis 2010-Port Dickson.
Hampir agak lama sesuatu yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Pada 3 tahun berturut-turut, hari Keluarga Rohaya/Bakhir diadakan dengan acara bermain boling beramai-ramai.

25Dis2008- Bowling Hari Keluarga 2008 dengan temanya "Kuning"

 Atas permintaan bapa mertuaku, majlis keluarga kali ini agak berbeza. Ianya diadakan di luar ibukota dan semua keluarga dijemput hadir bersama-sama. Untuk tahun 2010, sejumlah 5 keluarga dapat dikumpulkan - Keluarga Kak Long (termasuk Angah sekeluarga), Keluarga Kak Lang (termasuk Keluarga Nana dan Dik Lin), Keluarga Kak Ila, Keluarga Khairiah dan keluarga saya. Kami ditempatkan di 4 buah apartment 3 bilik di Teluk Kemang, Port Dickson.Percutian keluarga selama 2 Hari 1 Malam. Pada malam, kami bersama-sama menjamu selera dengan masakan yang pelbagai dari semua keluarga, termasuklah sate yang didatangkan khas dari Port Dickson tajaan bapa mertuaku. Pada waktu petang, permainan bertemakan air diadakan ditepi pantai disamping membina istana pasir bagi setiap keluarga. Yang agak lebih menarik, menjelang tengah malam, sebahagian daripada ahli keluarga ke pantai sekali lagi mencari ketam sehinggalah awal pagi. Aktiviti terakhir pada pagi Ahad sebelum semua pulang, kanak-kanak berpeluang sekali lagi mandi beramai-ramai di kolam renang yang sedia ada di apartment tersebut.

Thursday, October 6, 2011

4 KEMATIAN SATU PERKAHWINAN - 2011

4 KEMATIAN SATU PERKAHWINAN - 2011

Inilah yang berlaku keatas keluarga isteriku pada tahun ini (sehingga 07Oktober 2011)
Kematian demi kematian ahli keluarga yang tidak diduga dan di tengah-tengahnya majlis perkahwinan anak saudara (ini tidak termasuk kematian ibu saudaraku Faridah Abdullah (04Jun2011) yang disayangi).
Fatin (01SEP1991-24APR2011)
AHAD 24 April 2011- Sejurus kami selesai makan malam di Tesco Ampang, kami dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan Fatin Nadia (gambar diatas) meninggal dunia ekoran daripada pelanggaran motosikal yang ditunggangnya di Pulau Carey, Banting. Kami sekeluarga baru saja selesai meraikan hari ulangtahun ayah yang ke 68 di Setapak. Allahyarhamah Fatin memang tidak bersama kami pada majlis tersebut ekoran daripada persiapan beliau untuk menghadiri temuduga pada keesokan hari.Seluruh anggota keluarga Bakhir/Rohaya bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Allahyarhamah gagal diselamatkan ekoran pelanggaran yang agak kuat walaupun motorsikalnya bertembung dengan sebuah motosikal yang lain. Perlanggaran yang kuat ke atas muka, tangan dan pinggangnya mengakibatkan beliau menghembuskan  nafas yang terakhir sewaktu berada didalam ambulan untuk dihantar ke hospital terdekat. Pada usia 21 tahun, kehilangannya benar-benar dirasai oleh kami sekeluarga dan lebih-lebih lagi abang iparku dan isterinya. Lebih menyedihkan, ianya merupakan anak sulung mereka dan satu-satunya anak perempuan mereka dan baru saja tamat pengajian di UPM.



SYED(24JUL1984-14JUL2011)
Syed Sulaiman bersama isteri pada hari raya 2010.

14JUL2011
Allahyarham Syed Sulaiman (gambar diatas) disemadikan di Tanah Perkuburan Keramat, Selangor. Perkahwinan beliau hanya mampu bertahan sehingga 1 tahun, 1 bulan dan 1 hari. Penyakit Kanser yang dihidap beliau tidak berkesudahan dan diikuti dengan Leukimia yang dihidapinya pada saat-saat terakhir. Ekoran daripada demam selama beberapa hari setelah bertungkus lumus membantu perkahwinan adik beliau, tiada pilihan yang lebih baik bagi beliau untuk bertahan. Berada di Hospital Ampang hampir sebulan lamanya, akhirnya beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Khamis sekitar jam 8 malam. Ini merupakan kejutan kedua bagi kami sekeluarga. Beliau adalah menantu kepada kakar iparku dan suami kepada anak saudara kami, Linda. Mengharungi hari demi hari di Hospital Ampang yang turut melibatkan kami sekeluarga untuk berkunjung hampir setiap dua hari melihat perkembangan beliau. Dari ditempat di wad biasa hingga ke wad khas untuk mereka yang menghidap Kanser. Difahamkan beliau menyembunyi hal yang sebenar daripada pengetahuan Umi sewaktu keluar dari Hospital UKM sebelum ini. Beliau sepatutnya mendapatkan rawatan yang terperinci untuk mengurangkan sakitnya. Dianggap satu-satunya anak yang benar-benar memahami perasaan Umi dan sanggup meninggalkan rakan sebaya untuk bermain di luar rumah demi menjaga Uminya yang sakit pada sewaktu ketika dahulu. Merupakan seorang suami yang penyayang dan memahami kekurangan pada dirinya. Pekerjaan terakhirnya ialah membuka warung ice-blended yang turut diminati oleh anak-anak kami setiap kali ke Danau Kota. Kini, ianya tinggal kenangan. Perginya anak saudara kami yang kedua menemui Yang Maha Esa.



24JUN11- Perkahwinan pertama bagi tahun 2011 -diantara Syukri dan Siti. Anak saudara kami yang ke 6 (selepas Angah,Ayong, Nana, Dik Lin dan Fauzi) yang mendirikan rumahtangga. Anak pertama kepada kakak iparku, Norazura dan Ramli Ngah.Majlis disempurnakan di Taman Sri Rampai Setapak.



SITI RAHIMAH@Ayong (28APR1982-26SEP2011)

ISNIN 26SEP2011
Dia tetap dengan pendiriannya untuk pulang berhariraya di Rantau Panjang, Kelantan walaupun di terpaksa meninggalkan rawatan dialisisnya ( 1 hari). Tidak cukup dengan itu, beliau mengadakan rumah terbuka walaupun kesihatannya agak terganggu setelah pulang daripada kampung suaminya. Keesokan harinya, Ahad.Kami dikejutkan dengan maklumat yang beliau dibawa ke hospital ekoran daripada sakit perut yang dialaminya. Tiada pilihan, beliau dimasukkan ke wad di Hospital Besar Kuala Lumpur (GH_KL). Ini merupakan kali ketiga beliau dimasukkan ke hospital pada tahun ini. Ekoran daripada kesibukan bekerja dan isteriku yang berulang-alik menghantar anak-anak ke sekolah, kami langsung tak ke hospital untuk menziarah beliau. Rasa terkilan juga dihati bila memikirkan hal ini. Setelah hampir 2 minggu beliau di hospital, kami sekali lagi menerima panggilan penting untuk segera ke hospital kerana keadaan beliau tidak stabil apabila beliau tidak sedarkan diri. Pihak hospital mengambil keputusan untuk membuat ujian selanjutnya bagi menentukan keadaan beliau. Beliau ditempatkan di wad ICU, Tingkat 3, GHKL. Beliau hanya mampu bertahan selamat sehari di  ICU sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada Isnin 26September jam 11 tengahari. Ia merupakan ramadhan terakhir bagi beliau. Disemadikan di Tanah perkuburan taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Meninggalkan suami yang tercinta, Azizi.

Abang Ram @Pak Ngah@ Cikgu Ramli Ngah
(06JUN1958-03OKT2011)

ISNIN-03OCT2011 - Kami belum bersedia untuk menerima berita selanjutnya. Baru hampir seminggu kami dikejutkan dengan kematian anak saudara perempuan kami yang kedua, berita yang menyayat hati dan perasaan kami terpaksa diterima tanpa kerelaan sesiapa pun. Allah lebih menyayangi beliau. Dalam perjalanan ke GHKL, Abang Ram (atau dikenali sebagai Pak Ngah dikalangan anak-anak saudaranya atauapun Cikgu Ramli dikalangan pelajarnya) ditimpa kemalangan yang membabitkan beliau. Difahamkan sekitar jam7.30 pagi berhampiran IJN, motosikal yang ditunggangnya jatuh dan seterusnya dilanggar oleh sebuah kereta. Kematiannya disahkan ekoran kecederaan didada dan badannya yang agak serius. Ditempatkan di wad kecemasan hampir 3 jam. Walaubagaimanapun, dengan keadaan beliau yang sudah menjalani pembedahan jantung pada tahun lalu dan mengidap diabetes, keadaannya tidak dapat diselamatkan oleh pihak hospital. Sekali lagi, kami sekeluarga bergegas ke wad forensik dan bilik mayat untuk melihat keadaan sebenar.
Belia disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota ( hanya selang beberapa kubur dari kubur Ayong).

Sesungguhnya setiap peristiwa yang terjadi ada hikmahnya. Bagi yang masih hidup, teruskan dengan penuh kesungguhan memenuhi tuntutan agama agar beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Alfatihah buat Fatin,Syed,Ayong dan Pak Ngah.

Untuk Catatan (Sehingga artikel ini ditulis)
Jumlah Kakak ipar (sebelah Isteri) - 5
Jumlah Abang ipar (sebelah Isteri) - 1
Jumlah anak saudara (sebelah Isteri) - 23
Jumlah cucu saudara (sebelah Isteri)- 3

Zasman Mohd Ghulam
07Oktober 2011

Saturday, September 3, 2011

1977 - UJIAN PENILAIAN-DARJAH 5...."UPSR?"

1977 - Tahun ke 5 .
  Peperiksaan utama waktu dulu adalah pada tahun 5. Ujian Penilaian.dengan 5 Subjek sama seperti UPSR (sekarang). Cuma bezanya Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Melayu.

 Hanya seorang saja yang dapat 5A bagi Sekolah Rendah Larkin 1 -Abdul Razak Ahmad.
Saya hanya mendapat 2A,2B,1C.

Guru Darjah kami adalah Pn Ooi.
Kelas: 5 Biru.

Duduk dari kiri: Fauziah, Zaharah,Noraidah,Fauziah Abdullah, Sharifah Musainah, Pn.Ooi,Pn.Yong,Azlin Shah, Abdul Razak Ahmad,Jefri, Zulkifli,Hizam.

Berdiri (tengah) dari kiri: Malik,Naim,Herman, Chong, Rohana (telah meninggal dunia), Hazelin,Hamidah,Rosnah,Noranaha,Aniza,..,..., Zalina,...,...,Hanizam,...Salleh.

Berdiri (belakang) dari kiri:,,,,,,,Zasman (berlindung kerana panas sangat sewaktu gambar ini diambil!), Norhisham,.......Nizam Tahir

Tuesday, July 26, 2011

LONDON-BRUSSELS - JULY 1989 - PART 2

LONDON-BRUSSELS - JULY 1989 - PART 2

18JUL1989


As soon as we completed our Subuh prayer, we had to say goodbye to the mosque officials –the imam and the Burmese bilal as well as thanked them for the one night stay at the mosque. At around 6am, we stopped at the small post office nearby the railway station to mail our postcard from Brussels. We had our breakfast (only bread and eggs) at Gare central, the railway central station in Brussels. Cost us 153 BEF for two. Luckily, I brought the travel guide book which I borrowed from the local library in London in order to get some travelling tips whilst we were in Belgium. The book also helped me to use the right word to order the right food at the restaurant. We tried to avoid eating any non-halal food.

We bought one day travel card 280BEF. Our first destination was the Heysel Stadium . Anyone can recall what was the worst event recorded for the football at this stadium in 1987? It was the football tragedy where numbers of football fans died before the match between Juventus and Liverpool teams.

Then, we passed the mini Europe Village. Both of us did not enter the village as it was too costly. We only bought some souvenier outside the area for remembrance. In the city of Brussels, we had the chance to see the EU headquarters (European Community) where you will be able to see all flags of European countries including the Union Jack.

In terms of cleanliness around the town, we were impressed as compared to some part of London streets. At the place known as Botanique, at last, we managed to get a room at the Youth Hostel.

Thursday, June 23, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM X-LARKIN 1 - 04JUN2011 - (3)

Ini merupakan agenda terakhir bagi majlis makan malam. Bergambar beramai-ramai sekadar ingatan untuk masa hadapan. Yang pasti, janji untuk bersama dengan lebih ramai lagi bekas pelajar mungkin tercapai.
Mungkin juga ianya bakal berlangsung di luar Johor Bahru dengan lebih menarik.

Harapan tinggal harapan. Sesungguhnya saya merasa bangga kerana dapat menyertai majlis ini.
Terimakasih buat Ebrina dan rakan-rakan yang menjadikan ia suatu kenyataan.





JUMPA LAGI.


Thursday, June 16, 2011

MAJLIS MAKAN MALAM X-LARKIN 1 - 04JUN2011 - (2)

Antara yang awal datang..early bird..excited
    Kami menjangka pada mulanya majlis ini terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Lagi kecewa bila kami tersesat untuk mendapatkan lokasi sebenarnya. Ianya bukan di Le Granduer Palm Resort Hotel tapi di Palm Resolf Country and Golf Club, Senai (letak bersebelahan antara satu). Terimakasih pada Ebrina dan rakan-rakan yang menganjurkannnya. Disebabkan cuba untuk membawa Cikgu Joned (yang dikhabarkan matanya agak kabur dan memerlukan perhation- juga akan ke Amerika Syarikat pada keesokan hari), AJK penganjur sampai agak lewat sampai ke lokasi ini. Cikgu Ooi dan Mrs. Yong (guru matematik) yang pada mulanya bersedia untuk hadir juga tak dapat bersama-sama kami. Walaubagaimanapun, ianya tidak mematahkan semangat bagi yang hadir memeriahkan malam itu.  

  Tema yang ditetapkan pada malam tersebut adalah HIJAU. Warna rasmi lencana sekolah. Yang menarik, cenderati yang disediakan oleh Ebrina juga hijau .dan juga kad lagu rasmi sekolah yang dikarang oleh Cikgu Ahmad Hashim (bapa kepada Yasmin Ahmad) .


BERSAMBUNG..... 

MAJLIS MAKAN MALAM X-LARKIN 1 - 04JUN2011


04Jun2011- Johor Bahru-
Majlis Makan Malam Bekas Pelajar
Sekolah Rendah Larkin 1, Johor Bahru

Bukan jumlah yang penting bagi pertemuan bekas pelajar Sekolah Rendah Larkin 1 pada 04Jun yang lalu, tetapi ingatan yang disematkan dan atas hasil usaha rakan-rakan (khasnya bekas pelajar tahun 1977) yang menganjurkan majlis makan malam tersebut. Kehadiran saya hanyalah suatu kebetulan yang seolah-olah dirancang.lebih-lebih lagi kepulangan saya ke Johor Bahru untuk menghadiri kenduri arwah di kampung  yang dirancang oleh ibu disamping menghabiskan cuti sekolah bersama-sama keluarga tersayang. 

Becerita tentang bekas pelajar yang sekelas dengan saya (Darjah 6 Biru 1978 dibawah bimbingan Guru Kelas - Datin Hjh. salbiah Dawam) , hanya saya dan Mohd Hizam (lihat gambar) sempat meluangkan masa menghadiri majlis ini. Rakan yang lain kebanyakkannaya bermaustatin di Lembah Kelang. Ada yang tak dapat menghadirikan diri kerana beriadah bersama keluarga di luar Johor Bahru. Pada mulanya, saya berhasrat menemui Azlin Shah (yang kebetulan terpaksa bertugas di luar negara), Norhan (tidak berada di Johor Bahru), Cikgu Fauziah (yang kurang sihat) , Radiah, Zaharah, Azman Othman, Mohd Yusof Same, Salleh Kassim, Jamali Ishak dan Cikgu Ungku Masila. Kesemuanya adalah rakan sekelas kami sewaktu Darjah 6 Biru tahun 1978.


Hizam dan saya.
Kenangan bersama 6 Biru-1978 dengan Datin Salbiah Dawam.
Tepat jam 9 Malam , bermulalah kata bicara selaku juru acara majlis dan diikuti dengan  dengan bacaan Alfatihah dan doa buat ibubapa dan guru-guru yang telah meninggalkan kami dan juga rakan-rakan yang telah meninggalkan kami lebih dahulu. Alfatihah juga buat Saudara Fadil (meninggal dunia ekoran sakit buah pinggang) dan Rohana.

Cikgu Dollah memulakan bicara bagi pihak guru-guru. Tak lupa juga guru Kelas 6 Biru -1978, Datin Hajjah Salbiah Dawam mengimbau kembali nostalgia lalu sewaktu bertugas di Sek Ren Mohd Khir Johari dan diikuti Sek Rendah Larkin 1 sebelum mengakhiri tugasnya di Kuala Lumpur sebelum bersara.

Jamuan makan malam dimulakan sesudah itu. Terdengarlah suara dan gelak ketawa sesama bekas pelajar sekali-sekala dan juga CERITA daripada Cikgu Dollah dan Datin bagi menceriakan malam tersebut.
Jejak Kasih juga menjadi sebahagian agenda pada malam tersebut. .......
Bersambung.....

Monday, May 16, 2011

Terimakasih Cikgu!!!


Buat guru-guru yang ku kenali,

SELAMAT HARI GURU

Ibu pernah mengimpikan untuk menjadi seorang guru. Akan tetapi, cita-citanya tak kesampaian.

Datuk sebelah ayah, Haji Gempal Bin Alang merupakan seorang guru suatu ketika dulu. Jawatan terakhir yang diperolehinya adalah Guru Besar. Dikatakan merupakan Bekas Guru Besar Sekolah Rendah Tok Sajak, Batu Kurau. Kini, kakakku (Cikgu Norzarinawati) menurut jejak langkahnya menjadi guru juga. Bapa mertuaku juga bekas seorang guru (lebih dikenali sebagai Ustaz) di salah sebuah sekolah agama di Lembah Kelang.

Rakan-rakan sewaktu di bangku sekolah dulu turut menjadi guru. Antaranya Cikgu Feeza, Cikgu Roslan Yatiman dan Cikgu Masila.Tidak lupa Cikgu Kamaruddin (kini di MPTI,JB).

Yang tidak pernah dilupakan juga, Cikgu Miskam - Guru Tingkatan 1 Utarid, Sekolah Menengah Tasek Utara pada tahun 1979. Yang paling dibangga bila beliau ditabalkan menjadi penerima anugerah Maulidur Rasul SAW peringkat kebangsaan 1425H/2004M diatas sumbangannya dalam dunia pendidikan (lihat gambar diatas)

Akhirnya, ingin saya menulis nama guru-guru yang pernah mengajar saya sebagai merakam penghargaan buat mereka yang bergelar guru

SEK KEB LARKIN 1
Pn.Ainon Omar, Hajjah Hawa, Cikgu Yusof (Allahyarham), En.Ahmad Omar, Pn. Ooi, Pn. Yong (my Maths teacher) , Hajjah Salbiah Dawam........

SEK MENENGAH TASEK UTARA
Hj.Miskam, Pn.Jamilah,Pn FBI (Fatimah Ibrahim dan Fadilah Ibrahim),Pn.Munirah, En.Karim Man, Mr.Lai, En.Sulaiman, En.Leman Yaakop..........

dan semua guru yang pernah mengajarku di ITM..Cik Hawa, Mr.Andrew (my accounting teacher),
Mrs. Wilkinson, dan .......... juga di UEL,London (Dr.Murphy, Mr.Murphy, Mr Richardson,..........



Bekas Pelajar

Subang
16MEI2011

Monday, April 18, 2011

1989 -Tahun Akhir di LONDON

1 Januari 1989 - Saya kurang ingat dimana sebenarnya saya ketika menyambut tahun baru bagi tahun 1989.
Yang pasti agak lewat saya bangun pada 01Jan1989.
Setelah membeli khabar "News of the World", saya meneruskan usaha saya menaip semula tesis bagi tahun akhir saya. Setelah itu saya ke Barking menemui rakan-rakan seperjuangan.


03Januari 1989 - Saya menemani sahabat saya ke Cambridge- satu daripada universiti yang termasyur di UK dan juga terkenal.kalau sebut sahaja pelajar lulusan Cambridge atau Oxford, yang pastinya ia adalah pelajar yang pandai dan terpilih.

Wednesday, April 13, 2011

AKU TERIMA NIKAHNYA (Bahagian 2)

Perkahwinan Nana-Dee: 2008


Apakah kesudahannya sebuah perkahwinan yang hanya menghalalkan cara tanpa memahami tugasan masing-masing.
Si suami seolah-olah melupakan sesuatu. Si isteri pula mengharapkan sesuatu yang lebih daripada biasa.


2008 - Anak Saudara ke 3 sebelah isteri melangsungkan perkahwinannya. Bertempat di Flat Danau Kota, bertemakan warna hijau, berlangsunglah perkahwinan yang dirancang. Saya sempat mengambil tugasan sebagai juruacara majlis. Sekadar melaksanakan tugas bagi memudahkan majlis bagi kedua-dua pihak keluarga pengantin  menepung tawar kedua-dua mempelai sambil mengucapkan  tahniah. Disinilah bermulanya pengenalan ahli keluarga bagi ke dua pihak. Dari datuk-nenek hinggalah kesemua pakcik dan makcik diperkenalkan kepada kedua mempelai. Inilah yang dikatakan sesi suai kenal bagi pengantin dan keluarga kesemuanya dalam merapatkan silatulrahim yang dikehendaki agama. 

Thursday, February 10, 2011

DALAM KENANGAN AHMAD FUAD (1966- 07FEB2011)

Kematian.
Sesungguhnya ia adalah pasti.
Hanya Waktu dan keadaan yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.
(Sekadar mengingati diri ini yang penuh ketidakpastian dalam hidup dan
kadangkala lupa tentang hukum-hakam...)

Sekadar renungan - Sebahagian sajak yang ditulis oleh Saudara Ahmad Sadikin

untuk buku program NELP/PEL/UEL Reunion and Family Day -1 Julai 2007 Putrajaya yang mengingatkan saya pada KEMATIAN

.......

Teman,
Usia semakin pendek
Entah bila ia akan berlabuh
Entah siapa dulu, engkau atau aku
Yang bakal menyusul
Biarlah itu Allah yang menentu
Disini ku kirim salam
Buat teman Sepengajian

.......
Kuala Lumpur
19Jun2007

Sekadar catatan buat rakan-rakan yang mengenali Allahyarham Ahmad Fuad Abdul Wahab (bekas penuntut Accounting and Finance, UEL - Barking Precinct)



BANDAR SRI DAMANSARA- 07FEB2011:
Tepat jam 5.15 petang, saya agar terharu menerima panggilan tentang permergian sahabat (Allahyarham Ahmad Fuad) yang sama-sama belajar di Shah Alam dan kemudian di London (walaupun kampus yang berbeza).

Memandangkan hampir semua nombor telefon  rakan-rakan gagal dikesan, saya hanya berjaya menelefon salah seorang sahabat untuk memaklumkan kepada semua yang dikenali. Alhamdulilah, pesanan ringkas sempat dibuat didalam Facebook. Sempat juga untuk saya menulis lokasi untuk menziarahi Allahyarham untuk kali terakhir setelah mendapat maklumat terkini.

Tepat jam 6.30 petang, saya sampai ke Masjid Bandar Sri Damansara untuk memberi penghormatan yang terakhir buat seorang sahabat.

Allahyarham sewaktu majlis Malam Malaysia di London :1988
Dan pada masa yang sama, merupakan suatu pertemuan yang tidak dirancang untuk menemui rakan-rakan lain yang pernah sama-sama menuntut di KPP- Shah Alam  27 tahun yang lalu dan sebahagian juga yang sama-sama belajar di Kota London.

Alfatihah untuk Allahyarham!

Jenazah Allahyarham disolatkan sesudah Solat Magrib. Rakan-rakan yang hadir sempat menyertai tahlil ringkas yang dibuat sebelum Solat Magrib. Surah yang dibaca pada rakaat pertama solat Magrib benar-benar menyentuh perasaan saya lebih-lebih lagi bila saya dapat memahami maksud ayat yang dibacakan oleh imam. Ianya berkisar Kematian.
Kali terakhir saya berbual dengan Allahyarham adalah sekitar tahun 2007 sebelum Majlis Reunion untuk bekas pelajar UEL. Malangnya Allahyarham tidak dapat menyertai atas urusan peribadi.

Dikalangan rakan-rakan, kami merasa bangga kerana Allahyarham adalah salah seorang yang mendapat pengiktirafan atau penghormatan menjadi salah seorang CEO (CEO BERNAS) pada usia yang agak muda
ketika itu.

Pemergian Allahyarham pada usia 45 tahun agak mengejutkan. Sesungguhnya,yang hidup seperti kita harus meneruskan perjuangan masing-masing sementara
MENANTI HARI ESOK.


Bersama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang mendapat rahmat dan perlindungan Yang Maha Esa.

ALFATIHAH!

Saturday, January 22, 2011

KEMBARA 2011 - KEMBOJA :10-12JAN2011

Tahun baru.Azam baru...begitulah yang dirancang.

(Ditulis khas buat anak-anakku dan generasi muda yang bakal mengembara, memperolehi pengalaman bila di rantauan dan mengenali umat Islam di seluruh pelusuk dunia...Insha'allah)






Tugasan untuk 2011 bermula lebih awal daripada yang saya jangkakan. Perjalanan saya untuk kali kedua ke Phnom Penh bukanlah sekadar untuk memenuhi tugasan yang penting bagi syarikat, tetapi dapat juga untuk julung-julung kalinya mengenali masyarakat Islam di Kemboja . Ianya bukan dirancang seperti rancangan Jejak Rasul ataupun apa saja yang program seumpama yang pernah dilihat di televisyen Malaysia. Ianya lebih kepada ziarah dan mengenali umat Islam di mana saja di bumi ini. Alhamdulilah, perjalanan saya ke Kemboja kali ini lebih bermakna.

Sesungguhnya pertemuan yang tidak dirancang ini menyentuh perasaan saya secara peribadi. Kami disambut oleh sekeluarga Islam yang merupakan sebahagian daripada ahli keluarga rakan saya yang memang berasal dari Kemboja. Keluarga Melayu Champa! Boleh bertutur bahasa Melayu sebagaimana kita di Malaysia.
Lagi membanggakan saya, Kami disambut bagaikan kami ini sebahagian daripada keluarga mereka walaupun ianya merupakan pertemuan yang pertama bagi saya.

Kali ini saya menginap di NagaWorld Hotel.


Hotel Naga World, Phnom Penh- sekitar jam 7 Pagi 11Jan11
Sejurus selepas ke hotel, mendaftar masuk dan menghantar bagasi ke bilik, kami telah menerima undangan untuk makan tengahari bersama Keluarga Az. Yang menariknya, ianya bersebelahan dengan masjid Dubai International, Phnom Penh (lihat gambar). Kami tiba disana selepas azan Zuhur dilaungkan. Alhamdulilah dengan mudah dapat saya menunaikan fardu zohor tanpa perlu memikirkan soal yang biasanya bermain

di fikiran saya - di mana arah kiblatnya, bilakah masuk waktu untuk bersolat.


Masjid Dubai International, Phnom Penh/12Jan11.

Makan tengahari saya agak istimewa kerana masakan cara Kemboja. Dihidangkan kari ayam, ikan haruan yang dibakar, ikan masin dan salad. Turut juga dihidang bermacam-macam jenis buah-buahan termasuk buah susu yang tidak pernah saya jumpa di Malaysia. Cuma agak terharu kerana layanan yang diberi terlalu istimewa walaupun kehidupan mereka tidak sehebat kita di Malaysia. serba kekurangan dari segala-galanya.

Bersambung......




ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...