Thursday, February 10, 2011

DALAM KENANGAN AHMAD FUAD (1966- 07FEB2011)

Kematian.
Sesungguhnya ia adalah pasti.
Hanya Waktu dan keadaan yang ditentukan oleh Yang Maha Esa.
(Sekadar mengingati diri ini yang penuh ketidakpastian dalam hidup dan
kadangkala lupa tentang hukum-hakam...)

Sekadar renungan - Sebahagian sajak yang ditulis oleh Saudara Ahmad Sadikin

untuk buku program NELP/PEL/UEL Reunion and Family Day -1 Julai 2007 Putrajaya yang mengingatkan saya pada KEMATIAN

.......

Teman,
Usia semakin pendek
Entah bila ia akan berlabuh
Entah siapa dulu, engkau atau aku
Yang bakal menyusul
Biarlah itu Allah yang menentu
Disini ku kirim salam
Buat teman Sepengajian

.......
Kuala Lumpur
19Jun2007

Sekadar catatan buat rakan-rakan yang mengenali Allahyarham Ahmad Fuad Abdul Wahab (bekas penuntut Accounting and Finance, UEL - Barking Precinct)



BANDAR SRI DAMANSARA- 07FEB2011:
Tepat jam 5.15 petang, saya agar terharu menerima panggilan tentang permergian sahabat (Allahyarham Ahmad Fuad) yang sama-sama belajar di Shah Alam dan kemudian di London (walaupun kampus yang berbeza).

Memandangkan hampir semua nombor telefon  rakan-rakan gagal dikesan, saya hanya berjaya menelefon salah seorang sahabat untuk memaklumkan kepada semua yang dikenali. Alhamdulilah, pesanan ringkas sempat dibuat didalam Facebook. Sempat juga untuk saya menulis lokasi untuk menziarahi Allahyarham untuk kali terakhir setelah mendapat maklumat terkini.

Tepat jam 6.30 petang, saya sampai ke Masjid Bandar Sri Damansara untuk memberi penghormatan yang terakhir buat seorang sahabat.

Allahyarham sewaktu majlis Malam Malaysia di London :1988
Dan pada masa yang sama, merupakan suatu pertemuan yang tidak dirancang untuk menemui rakan-rakan lain yang pernah sama-sama menuntut di KPP- Shah Alam  27 tahun yang lalu dan sebahagian juga yang sama-sama belajar di Kota London.

Alfatihah untuk Allahyarham!

Jenazah Allahyarham disolatkan sesudah Solat Magrib. Rakan-rakan yang hadir sempat menyertai tahlil ringkas yang dibuat sebelum Solat Magrib. Surah yang dibaca pada rakaat pertama solat Magrib benar-benar menyentuh perasaan saya lebih-lebih lagi bila saya dapat memahami maksud ayat yang dibacakan oleh imam. Ianya berkisar Kematian.
Kali terakhir saya berbual dengan Allahyarham adalah sekitar tahun 2007 sebelum Majlis Reunion untuk bekas pelajar UEL. Malangnya Allahyarham tidak dapat menyertai atas urusan peribadi.

Dikalangan rakan-rakan, kami merasa bangga kerana Allahyarham adalah salah seorang yang mendapat pengiktirafan atau penghormatan menjadi salah seorang CEO (CEO BERNAS) pada usia yang agak muda
ketika itu.

Pemergian Allahyarham pada usia 45 tahun agak mengejutkan. Sesungguhnya,yang hidup seperti kita harus meneruskan perjuangan masing-masing sementara
MENANTI HARI ESOK.


Bersama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang mendapat rahmat dan perlindungan Yang Maha Esa.

ALFATIHAH!

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...