Friday, September 30, 2016

14OGOS2016 KUALA LUMPUR - PERTEMUAN BERSEJARAH BEKAS PELAJAR S.K.LARKIN1 1973-1978


(Khas buat rakan-rakan yang sama-sama menghadiri REUNION LARKIN1 (1973-1978) di
Mines Golf and Resort, Sri Kembangan)

AHAD 14OGOS 2016
KUALA LUMPUR
Rancangan seterusnya menemukan semula rakan-rakan yang sama-sama bersekolah dari Darjah 1 hingga Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Larkin 1, Johor Bahru bagi tahun 1973 hingga 1978 di Lembah Klang telahpun menjadi kenyataan.







Terimakasih Mohamad atas kesudian menjadi tuan rumah buat pertama kalinya.
Seawal jam 12 tengah hari, bertempat di Mines Golf and Resort, rakan-rakan mula memenuhi lokasi yang dijanjikan.


Yang Hadir

Abdul Razak Ahmad
Fakri
Hazelin
Jamali
Malik Jauhari
Mohamad
Mohd Yusof Same
Noranaha Othman
Sharifah Musainah
Tajuddin Abdul Wahab
Ungku Masila
Zasman Mohd Ghulam

Makan tengah hari yang dihidangkan begitu sedap.
Seusai solat Zohor, pertemuan bersejarah ini dimulakan dengan baca doa selamat buat semua rakan-rakan dan guru-guru SK Larkin 1 yang telah meninggalkan kami.
Antaranya
Cikgu Joned
Cikgu Yusuf
Fadzil Ahmad
Rohana Abu
Hanafi
Yarulhaimi
Norazman Suleiman

(Alfatihah buat mereka!)

Ucapan alu-aluan dari tuan rumah, Mohamad menghangatkan suasana sebelum mantan Ketua Pengawas tahun 1978 meneruskan ucapannya. Penghormatan buat Sharifah Musainah.

Selaku pengacara, sokongan dan kerjasama rakan-rakan dalam menjayakan pertemuan khas ini turut membantu saya mengendali program ini dengan bersemangat.

Sambil minum petang dengan menu yang menarik;Teh Tarik, Bubur kacang dan karipap panas, slide istimewa untuk rakan-rakan dipertontonkan sambil menguji ingatan rakan-rakan. Bermula dari tahun 1966 hinggalah sekarang 2016.



ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...