Thursday, March 29, 2012

London-Manchester-Paris - Dis11 -bahagian 2

26Disember-Kota London-Oxford Street.
Dua peristiwa yang tak sepatutnya kami lihat sewaktu membeli-belah di Oxford Street,London.

Pertama, seorang wanita sekitar 30an cuba keluar dari sebuah kedai dengan membawa pakaian dan beg tangan tanpa membayarnya (shoplifting) dan bergelut dengan dengan pengawal keselamatan kedai tersebut sebelum lari keluar kedai.

Kedua, pembunuhan seorang remaja 16 tahun dihadapan sebuah kedai sukan di Oxford Street setelah bergaduh diantara dua kumpulan remaja. Berlaku sekitar 2 petang ketika kami sekeluarga ingin pulang ke hotel.

Perjalanan hari pertama tidak menjanjikan apa-apa. sekadar melihat kesibukan Kota London dengan ratusan manusia yang mencari peluang untuk membeli barangan yang dihajati. Ini merupakan kali pertama saya menyertai ratusan manusia yang lain membeli-belah pada Boxing Day di London walaupun pernah tinggal selama 3 tahun di UK.

Anak saya menaruh harapan agar permintaannya ditunaikan keesokan hari.
Here we go : Manchester.......

Bersambung.

The day has come: 07Jul1989

07Jul1989

Went for my friday prayer at Malaysia Hall. Earlier went to see my dentist at Romford Road .A lovely couple that run the clinic for years. Dr Patel and wife. Well managed clinic.

It was the best ever day i had in London after almost 3 years abroad.
It was the day when my final exam result is announced.

Guess what ..I got 2.1 (2nd  Class Upper- Honours) in my final exam.

My other Malaysian friend, the girl got 1st class. Only  4 of the students got the 1st Class.

We were treated by Mohamad at his house to celebrate our success in past exam.

.........

Friday, March 16, 2012

MELAKA 2012

Untuk pertama kalinya, saya menjejakkan kaki ke Pantai Tanjung Bidara,Melaka. Terletak bersebelahan dengan Kem Terendak Melaka.Kali terakhir (pertama kalinya), saya menjejaki kaki ke Kem Terendak bila bapa saudara sebelah ibu (Ayah Chor) bertugas di KemTerendak sekitar tahun 1977 dan kebetulan kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan Ayahnda Mohd.Yunos b.Musa (sepupu ibu saya) di Tengkera,Melaka.

Taklimat daripada ustaz sebelum bermulanya Sukaneka Imtiaz Melaka 2012
Kali ini kehadiran saya di Tanjung Bidara untuk meraikan sukaneka anak-anak Imtiaz Melaka dan menghadiri majlis penutup Minggu Orientasi untuk pelajar-pelajar Imtiaz Melaka 2012.

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN. Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE. Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengak...