02Ogos2010:
Ianya suatu perjalanan yang telah dirancang seawal Jun lalu.
Kelewatan pesawat MH160 berlepas tepat pada jam 1230 tengah hari selama 10 minit dari lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bukanlah yang dirancang. Ekoran kehilangan atau lebih senang disebut kelewatan 10 orang penumpang yang mungkin gagal mencari lokasi sebenar pesawat ataupun sengaja melengah-lengah perjalanan menyebabkan penerbangan kami lewat berlepas dari KLIA.
Tepat jam 5.25 petang, Kami sampai di Karachi setelah menharungi ruang udara beberapa buah negara termasuk Myanmar dan India. Cuaca yang tidak begitu elok (hujan) menyebabkan pesawat mengalami gangguan sewaktu melepasi Teluk Bengal.
Kami disambut dengan layanan mesra pegawai bertugas penerbangan sebaik melepasi aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Karachi. Melepasi pemeriksaan paspot dan kesihatan (skrin mengesan penumpang yang mengalami demam ekoran wabak H1N1), kami ditempatkan di tempat menunggu hotel tempat kami menginap.
Terpampang besar logo Mac Donald sebaik saja kami melangkah kaki keluar daripada lapangan terbang untuk menaiki teksi yang telah disediakan. Ianya mengambil masa lebih kurang 35 minit untuk sampai ke hotel. Melalui sebahagian kawasan perniagaan dan perumahan di sekitar Karachi. Bandar yang menempatkan kira-kira 18 juta penduduk. Cuaca agak panas dan berdebu sepanjang jalan dan sekali-sekala nampak logokan sampah-sarap ekoran hujan yang melanda Karachi baru-baru ini. Difahamkan, lebih menyedihkan tiada saliran air yang sempurna sekitar bandar tersebut.
bersambung.......
Semalam, Hari ini dan pastinya esok yang mendatang ....Kisah seorang budak kampung yang berasal dari Kempas,JB dan cuba menceritakan kisah hidupnya yang penuh 1001 macam cerita untuk dikongsi bersama...baik yang lucu,ceria dan juga yang sedih...itulah Kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BERKAMPUNG DI HOSPITAL.
Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...
-
The entrance to the Agrotechnology Park, Brunei. The road near the entrance of the Agrotechnology Park remind me of the view of cou...
-
09JUN24/ BAHAGIAN 2. Turut hadir, kawan-kawan dari BSN dan Malaysia Airlines. Dari kiri: Zanida dan suami, Hani dan Shahairi.
-
LONDON E15 (Dedicate this story to whom I loved and anyone knows me) This is the 7th house that we rented during college days. This photo w...
No comments:
Post a Comment