Friday, July 16, 2010

2 HARI 1 MALAM -KEMBOJA (2)

03 Julai 2010
1.30 tengah hari:

Dalam perjalanan ke hotel tempat kami menginap, Naz sempat menunjukkan lokasi kedai makan yang turut dimiliki oleh seorang lagi rakyat Malaysia,Ismal - Restoran Mamak!

Kami membuat pendaftaran di hotel yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia juga, Holiday Villa Phnom Penh. Disambut oleh Sabariah, gadis muslim Kemboja yang boleh bertutur bahasa Melayu dan Inggeris.

2.00 petang:

Sesudah solat, kami terus bercadang berjalan kaki ke Central Market, Phnom Penh. Ianya mengambil masa kira-kira 10 minit dan perlu "tabah"untuk melintas jalan dan melihat persekitaran. Sebelum sampai ke pasar itu, kami sempat melihat jual beli secara borong diantara warga Kemboja menjual segala-galanya dari sayur-sayuran (segala jenis makanan) hinggalah bakul rotan (cuma lihat gambar dibawah). Kami juga ditegur sapa oleh warga Kemboja yang menawarkan berbagai perkhidmatan pengangkutan termasuk tuk-tuk (ala-ala beca yang dikendalikan oleh sebuah motor).
Pandangan dari hotel tempat kami menginap- Central Market, Phnom Penh.

Memandangkan pasar tersebut masih lagi dalam proses penyiapan sepenuhnya, kami terpaksa mengharungi pasar buah-buahan, ikan, daging, sayur-sayuran dan segala makanan basah. Pada mulanya, rasa-rasa macam kami dah sesat!!

Ditengah-tengah pasar itu, terdapat jualan barangan emas. Juga turut dijual cincin yang bertatahkan batu permata yang menarik.Sapphire, Topaz,.....dan macam-macam lagi. Cuma awas jangan terbeli yang tiruan!!!

Kedai pertama yang kami singgah dan yang pastinya sudah terjumpa apa yang kami cari. Layanan mesra seorang jejaka tampan yang menunjukkan hampir kesemua barangan yang ada benar-benar mearik perhatian kami untuk membeli cenderahati disini. Dari kain sutera yang halus dan pelabagai corak hinggalah kipas tangan yang diperbuat dari daun-daun yang disusun rapi (mungkinkah ianya daun mengkuang atau ....)

Bersambung......

No comments:

Post a Comment

BERKAMPUNG DI HOSPITAL.

Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...