Friday, July 16, 2010

2 HARI 1 MALAM - KEMBOJA (1)

Tidak terlintas sama sekali di fikiran saya untuk ke Kemboja. Walaubagaimanapun, ianya sebagai memenuhi impian saya untuk melawat kesemua bandar-bandar utama di negara-negara ASEAN. Setakat ini saya telah
berkunjung ke Medan, Bangkok, Chiengmai, Hat Yai dan Singapura.

Tanggal 03Julai 2010 lalu, disebalik kesibukan urusan harian di pejabat, mengendalikan anak-anak yang masih sekolah (yang juga bakal menghadapi PMR) dan ibuku yang baru pulih daripada rawatan kecil (saraf di tangannya yang perlu dibedah)  dan bapa mentua yang kurang sihat (jantungnya yang tidak stabil), kesempatan dihujung minggu yang agak singkat dapat diluangkan bersama isteri untuk ke Phnom Penh, Kemboja.

Ianya bukan sesuatu telah dirancang. Bagai masa yang perlu diluangkan untuk berehat sambil melihat keindahan negeri orang. Saya sempat diusik oleh rakan yang agak cetek pemikirannya dan berfikiran yang agak negatif tentang perjalanan saya ke Kemboja. Disebutkan saya dan isteri yang ingin melawat negeri orang yang berperang!!! Walhal, hakikatnya, ianya bagai suatu syurga membelibelah yang disifatkan oleh sebahagian rakan-rakan saya yang pernah berkunjung ke Phnom Penh (Terimakasih Sham/Nur diatas tip lawatan yang diberi). Bagi rakan sepejabat saya pula, ianya merupakan kampung kedua -setelah beliau berumahtangga dengan warga Kemboja (lebih menarik bila berkahwin dengan anak Pak Imam di salah sebuah masjid di Kemboja).

Jam 9.20 pagi:

Penerbangan MH754 berlepas ke Kemboja. Hanya mengambil masa sekitar 1 jam 50 minit untuk sampai. Lebih menarik dihidangkan nasi lemak sambal udang sebagai sarapan pagi diatas pesawat.

Jam 10.40 pagi:
Saya dan isteri disambut oleh pegawai bertugas Naz.

Jam 11.30 tengah hari:

Bertemankan isteri beliau yang baru beberapa hari berada di bumi asing ini, kami ke Cafe Malaya untuk makan tengah hari. lebih menarik bila berkesempatan berjumpa dengan tuan punya kedai.
Dengan berslogankan "Where friends congregate" (dimana kawan-kawan berkumpul), tempat makan tersebut benar-benar menarik perhatian saya. Lebih-lebih ianya milik Anak Malaysia dan mencari rezeki (dan kini berkeluarga) di Kemboja. Pendek kata setiap yang datang akan meletakkan kad perniagaan (business card) mereka di ruangan papan kenyataan yang disediakan. Khabarnya, disinilah tempat bertemu warga Malaysia sambil menjamu selera.

Cafe Malaya dianggap strategik lokasinya memandangkan ianya tidak jauh dari Central Market,Phnom Penh dan juga tempat saya menginap.

BERSAMBUNG..........................................................................

No comments:

Post a Comment

BERKAMPUNG DI HOSPITAL.

Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...