Wednesday, June 16, 2010

1979....Seluar Hijau dan SMTU

(Khas buat teman yang sama-sama belajar di SMTU dan mengharumkan nama sekolah..tidak lupa juga buat generasi baru untuk mengetahui sebahagian daripada sejarah silam....)
Tersebutlah alkisah saya ditempatkan di Sekolah Menengah Tasek Utara (SMTU) , Johor Bahru bagi kemasukan ke Tingkatan 1 untuk tahun 1979 . Dipendekkan cerita, sekolah ini terletak ditengah-tengah beberapa buat sekolah. Antaranya Sekolah Menengah Tun Fatimah (STF) disebelah kiri sekolah, Sek Men.Teknik, Johor Bahru (SMT)-dihadapan sekolah dan Sek Men.Vokasional Azizah [SMVA] -terletak di belakang sekolah.Hanya hutan saja yang memisahkan sekolah kami. lebih menarik tak jauh dari situ ada Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim [MPTI](bersempadan dengan STF)- di sinilah Cikgu Kamaruddin (bekas pelajar SMTU 1979-1983) bertugas sekarang. Bersebelahan SMT tu, terletaklah Jabatan Pendidikan Johor Bahru.

Bermulalah pengembaraan baru menempuh alam persekolahan peringkat menengah (Kalau di Indonesia disebut SMR -Sekolah Menengah Rendah bagi Tingkatan 1,2 dan 3) dan yang menariknya bila seluar sekolah yang berwarna biru kini bertukar warna hijau . Alhamdulilah, dah besar anak emak -Tingkatan 1 lah kata!!! (dulu sebelum itu, seluar untuk pelajar lelaki bagi sekolah menengah berwarna putih cerah!)

Maka melangkahlah kaki ke sekolah yang ceritanya di buka sekitar tahun 1973 dan diberi nama Tasek Utara bersempena dengan Demonstrasi Utara di sebuah tasik yang terletak tidak jauh dari sekolah ini. Nama utara itu diberi sempena demonstrasi pelajar-pelajar (khabarnya pelajar Universiti Malaysia termasuklah saudara Reformasi kita (terpaksa dirahsiakan namanya) tentang Utara malaysia, Baling (sebuah tempat di utara kedah)  yang dikatakan menghadapi masalah kemiskinan (ekoran kekurangan bahan makanan). Kini tasik tersebut telah dipercantikkan dan mempunyai sebuah restoran. Dulu ianaya terdapat 10 chalet di tepi tasik dan yang pastinya banyak kereta-kereta rosak sewaktu malam. Bas sekolah yang saya naiki sekitar tahun 1981-1983 akan melalui jalan berhadapan chalet tersebut dan pastinya banyak kereta-kereta rosak yang tersadai dapat kita lihat sewaktu malam melabuhkan tirainya.

Yang lebih menarik, tentu ada yang masih ingat..dimana letaknya Jalan Tasek Utara.  Ianya betul-betul terletak selepas tasik tersebut dan menghala ke Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru (SSI). yang pastinya disinilah pejabat RTM kawasan selatan terletak.

Satu-satunya temapt yang memjadi kebanggaan sebahagian daripada kami ialah Kelab Golf  Tasek Utara -berhadapan STF. Menghadap Jalan Tun Razak, Johor Bahru. Kini ianya dikenali sebagai Royal Johor Country Club. Disinilah sebahagian daripada antara kami(maksud saya pelajar-pelajar SMTU..taklah ramai )  yang tidak ke sekolah pada hari Ahad semata-mata mencari rezeki menjadi Caddy Golf di kelab ini.
Itulah sebab mereka berbangga sebab satu-satunya sekolah yang ada kelab Golf (ceritanya walaupun bukan suatu realiti ). Saya juga antara yang mencari rezeki di Kelab tersebut setelah tamat persolahan (SPM)
dengan menjadi Caddy Golf (masa tu Caddy Grade D...belum pandai lagi main golf) .

Tapi cemuhan yang agak keterlaluan bila kami dikatakan bersekolah di hutan (almaklumlah sekolah kami dikelilingi kawasan hutan yang ada Tarzan (buatan Malaysia) , orang asli (Sakai Laut) yang duduk dan mencari rezeki disekitar hutan tersebut , binatang seperti monyet, ular dan babi hutan. Yang menarik, kami dapat memancing di hutan yang berdekatan di sekolah. Semuanya dapat saya rasakan memandangkan saya perlu berjalan kaki dari depan MPTI, melalui belakang STF lorong khas untuk berjalan kaki (macam denai), disergah Tarzan Malaysia (Pelajar SMA (tingkatan 4-5) yang ponteng kelas dan memakai celana pendik sahaja  dan mengugut kami untuk mendapat wang saku kami) didalam hutan dan sekali-sekala terserempak dengan monyet (paling teruk Babi Hutan) dan akhirnya denai yang dilalui dibelakang Asrama pelajar perempuan SMT. Ianya suatu pengalaman yang menyeronokkan dan juga  mengerikan (bila berjalan seorang).

Bersambung.........

No comments:

Post a Comment

BERKAMPUNG DI HOSPITAL.

Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...