sejauh mana saya dapat mengembara
2-5 Ogos 2010
KARACHI,PAKISTAN
KUL-KHI-DXB-KUL
Agak malang bila rancangan untuk makan malam (pada hari pertama) di tepi pantai terpaksa dibatalkan ekoran pembunuhan ahli politik di Karachi. Beliau dibunuh sewaktu mengambil wuduk di masjid ketika waktu Magrib.
Lebih malang keesokan hari, mesyuarat terpaksa ditangguh ekoran perintah berkurung (curfew) sekitar bandar Karachi.
Menetap di Hotel Sheraton,Karachi,Pakistan.
03-05 Jun 2014
Menaiki pesawat MH (dari Kuala Lumpur ke London) dan BA (dari London, Heathrow ke Berlin).
Perjalanan sejauh 18jam dengan menaiki 2 pesawat untuk sampai ke Berlin. Agak lama dan keletihan.
Nota: Untuk pertama kali, saya ke Jerman,setelah kedua-dua negera bersatu ; Jerman Barat dan Jerman Timur (yang dulunya dikuasai Komunis).
Antara rakan-rakan penerbangan yang menyertai mesyuarat ini adalah Robert Steil (Air Berlin selaku tuan rumah mesyuarat pertama ini) , Ron Burke (British airways) , Ranga (dari Sri Lankan Airlines) , Olga (S7,Russia), Karema (Qatar Airways) yang penuh bergaya ala model , berpakaian secara korporat dan menarik perhatian semua, berasal dari San Francisco , Nisreen (Royal Jordanian) dan Rikke (dari Fin Air) yang pernah menuntut di Manchester, United Kingdom.
Untuk mesyuarat bersama ahli-ahli ONeworld , saya berseorangan mewakili syarikat.
Bermalam di Hotel Berlin, satu-satu tempat yang dipenuhi anak kapal beberapa syarikat penerbangan.
Menanti teksi yang tak kunjung tiba.entah apa silapnya dengan pesanan melalui email dengan hotel berkenaan. Akhirnya, mengambil keputusan menaiki teksi yang sedia ada. Pemandunya seorang yang berbangsa Turki dan dapat memahami bahasa Ingeris dengan mudah.
Selebihnya, tidak halal untuk dimakan.
7.30pagi, kami disediakan kenderaan untuk ke ibupejabat Air Berlin (kini nama syarikat ini telah pupus ekoran kerugian yang dahsyat).
Satu perkara menarik ialah hampir setiap syarikat akan menyediakan satu patung besar beruang yang diwarnakan pelbagai. Katanya nama BERLIN di ambil sempena gelaran BEAR LAND. Mungkin disini dulunya banyak beruang yang memenuhi kawasan ini. Ibu pejabat Air Berlin menyediakan patung beruang yang berwarna merah mengikut warna rasmi syarikat ini (PUTIH dan MERAH).
No comments:
Post a Comment