1976
Berbagai peristiwa menarik masih saya ingat lagi sewaktu berada di Tahun 4.
AKU SEORANG ABANG
Saya bergelar abang kerana mendapat seorang adik lelaki pada 6 Mar 1976.
AHLI KUMPULAN PENGAKAP KE 25 JOHOR BAHRU
Untuk pertama kalinya, sekolah saya menubuhkan pasukan pengakap atau lebih dikenali sebagai Kumpulan Pengakap ke 25 Johor Bahru.Dan yang menarik bila saya salah seorang yang dipilih untuk menyertainya.
Hanya 5 pelajar daripada setiap kelas dipilih. Saya dipilih secara "undi" kerana salah seorang daripada rakan kelas saya menolak tawaran tersebut. Yang paling saya ingat, ketika itu, pemilihan dibuat kepada mereka yang berkemampuan dari segi kewangan. Saya dipilih secara kebetulan! Ekoran daripada itu, ayahku terpaksa mencari wang lebih untuk membeli pakaian seragam pengakap. Sewaktu itu, kos membeli baju dan seluar (yang ditempah khas dengan tukang jahit datang ke sekolah mengukur saiz pakaian kami) , topi , talipinggang dan skaf adalah sekitar hampir RM70 (kalau tak silap!) . Dengan berbekalkan wang saku sekolah sebanyak 20 sen, secara logiknya aku tak mampu untuk menyimpan dan membeli pakaian seragam pengakap yang semahal itu!! Cuma malangnya majlis penubuhan pasukan pengakap sekolah dirasmikan sewaktu hujan lebat. Dan diiringi dengan petir dan kilat.
PESTA PEMBANGUNAN BATU PAHAT
Pada tahun yang sama, saya berpeluang menyertai rombongan sekolah ke Batu Pahat. Ke Pesta Pembangunan yang mengambil masa satu hari. Bertolak seawal pagi, kami ke sana untuk melihat pameran yang berkisar dengan hal pembangunan negeri Johor yang diadakan hampir setiap tahun di tapak pesta itu.
Sewaktu itu Menter Besar Johor ialah Allahyarham Tan Sri Othman Saat. Ianya dianngap lawatan sambil belajar bagi saya dan rakan-rakan. Seterusnya kami makan tengah hari di Pantai Minyak Beku. Disinilah bermula nama Batu Pahat diambil kira. Terdapat monumen yang berbentuk pahat dan batu yang ditemukan di pantai ini. Seterusnya, kami berpeluang ke Tasik Merdeka (ianya adalah lombong tinggalan yang diubah suai untuk menjadi taman bunga dan tempat riadah bagi masyarakat setempat) untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang. Disinilah tempat perlancongan yang kini dinamakan Wet Wet Land, Batu Pahat. Tidak lupa, hampir setiap orang yang ke Batu Pahat dari Johor Bahru akan melalui pekan koboi, Air Hitam. Disinilah terdapat kerepek-kerepek yang dihasilkan oleh masyarakat setempat untuk dijual kepada umum. Juga sayur-sayuran segar yang baru dipetik dijual oleh peniaga-peniaga berbangsa China.
Semalam, Hari ini dan pastinya esok yang mendatang ....Kisah seorang budak kampung yang berasal dari Kempas,JB dan cuba menceritakan kisah hidupnya yang penuh 1001 macam cerita untuk dikongsi bersama...baik yang lucu,ceria dan juga yang sedih...itulah Kehidupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BERKAMPUNG DI HOSPITAL.
Bilik 901 KPJ Tawakal, KL Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pant...
-
The entrance to the Agrotechnology Park, Brunei. The road near the entrance of the Agrotechnology Park remind me of the view of cou...
-
09JUN24/ BAHAGIAN 2. Turut hadir, kawan-kawan dari BSN dan Malaysia Airlines. Dari kiri: Zanida dan suami, Hani dan Shahairi.
-
LONDON E15 (Dedicate this story to whom I loved and anyone knows me) This is the 7th house that we rented during college days. This photo w...
No comments:
Post a Comment