KEMBARA DUNIA
14Oktober 2026..mungkinkah ia hari terakhir bagi saya dalam
dunia pengangkutan udara?
Kalau mengikut umur wajib bersara pada 60 tahun, selama 36 tahun 6 bulan dan 5 hari, saya
mendambakan diri dengan Penerbangan Malaysia dalam beberapa fasa.
Untuk mengukur banyaknya saya ‘mengembara’ menggunakan tiket
percuma mahupun yang berdiskaun dan berbayar penuh, belum tentu menjadi batu pengukur sejauh mana saya
mengembara.
TIKET PERCUMA PERTAMA
Tentu ada tertanya-tanya ? Ke mana?
KUCHING- 1991
Setelah bertugas hampir 6 bulan bersama MAS, saya ditakdirkan untuk menghadiri Mesyuarat Jualan 1991 untuk kawasan Sabah, Sarawak dan Brunai di Kuching. Ini ekoran pengurus saya tidak suka sama sekali untuk berjalan jauh.
Untuk pertama kalinya, saya menginap di Hotel Hilton Kuching (hotel no 1 di Kuching ketika itu)
LONDON-1991.
Destinasi percuma yang pertama.
Ada pepatah dikalangan kami, kalau tak pergi mengembara ke
LONDON sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tak lah dinamakan kakitangan Penerbangan
Malaysia (MAS dan kini MAB).
Dengan berbekalkan RM2000 ringgit, saya seorang diri
mengembara ke bumi bertuah London.
Kebetulan setelah setahun bekerja, saya mendapat bonus
pertama daripada MAS (sebulan gaji, sekitar RM1200).
Seusai sampai di LT Heathrow, London, perkara pertama saya
buat ialah menelefon rakan serumah (kali terakhir duduk bersama mereka pada
Ogos 1989). Malangnya telefonnya tak berdering dan seolah-olah dipakai oleh
salah seorang mereka (engaged). Apalagi panik dibuatnya. Terus saya mendapatkan
tiket tube (1 day travelcard) untuk terus ke East Ham (132,Sibley Grove).
Alhamdulilah, sampai di rumah terakhir saya di London.
Rupa-rupanya gagang telefon tidak diletakkan dengan sempurna yang mengakibatkan
panggilan masuk tidak berjaya.
Antara barangan pelik yang saya bawa adalah Rice Cooker yang
dikirim oleh seseorang di Finsley Park. Juga Kaset lagu Ekamatra (lagu
popularnya Pusara di lebuh raya) untuk rakan yang sama-sama main snooker di
Manor Park.
Malam pertama tanpa jet lag, kami ke pusat bowling East Ham.
Dapat berjumpa sahabat lama, main Samin Asharaf. Kelahiran Britain, keluarga
berasal dari India. Bapanya seorang doktor di Essex.
Main sekadar suka-suka. Waktu pulang ke rumah, kereta yang
dipandu Samin di tahan polis.
Silapnya kerana tak mengikut laluan yang betul di simpang
East Ham-Barking Road. 2 sebab je yang bakal ditanya oleh pihak peronda. Satu,
kami mabuk! Tak ada sesiapa pun yang mabuk. Jadi kesimpulan mereka adalah kami
tak biasa dengan East Ham High Street. Mengaku ajelah.
Hari kedua, terus ke Finchley Park. Berjumpa dengan
seseorang. Menghantar rice cooker yang di pesan. Mendapat wang RM100
seolah-olah saya yang menjual kepadanya tanpa niat.
Hari ketiga berjumpa dengan Sean. Pastinya kaset Ekamatra
miliknya. Sekadar melepas rindu lagu-lagu anak muda di Malaysia Ketika itu.
JEDDAH-1992
Destinasi kedua. Mencari damai dihati.
Cadangnya saya nak membawa bonda ke tanah suci pada tahun tersebut tapi dia
menggunakan wang sedia ada untuk menunaikan haji.
Jadi niat saya menunaikan haji ditangguhkan. Sebaliknya saya
menunaikan Umrah pada bulan Dis1992.
Yang melucukan saya langsung tak pergi berkursus apalagi
mengambil suntikan yang diperlukan.
Sheikh (rakan kami di pejabat yang menguruskan pakej Umrah
syarikat) menolong saya untuk pakej umrah tersebut. Paling murah RM800 (tidak
termasuk tambang pesawat).
Ketibaan saya sepatutnya diraikan oleh Pengurus Lapangan Terbang MAS di Jeddah. Dengan izin Allah, saya diketemukan dengan Pengelola Umrah yang terkenal Hj.Nasrun (Alfatihah dibaca buat arwah). Beliaulah yang sepatutnya menguruskan Umrah saya. Dengan sifat rendah dirinya, dia mempelawa saya bersarapan di Lapangan Terbang Jeddah sementara menantikan kenderaan yang bakal membawa saya ke Madinah dulu.
Perjalanan bermula dengan menaiki kereta Mercedes milik
seorang Arab (yang bergelar pemandu upahan Haji Nasron) membawa kami ke
Madinah.
Pada tanggal 25Disember setelah beberapa hari di Mekah dan
setelah selesai menunaikan umrah, kami
diraikan oleh Haji Nasrun (yang mengurus pakej Umrah kami) di kediaman beliau.
Dijamukan Nasi Bukhari dengan kambing. Disini saya berkesempatan berbual dengan
orang-orang tua dari Malaysia yang menetap di Saudi sejak tahun 50-60an. Salah satu hobi mereka ialah menghisap Shisha.
Macam menghisap rokok. Mulanya sekadar tembakau yang dihisap
tetapi ditokoh tambah dengan perasa buah-buahan.Begitulah ceritanya.
Sepanjang di Mekah, saya ditemani pemandu pelancong yang
dilantik oleh agen Umrah ini.Seorang anak muda yang dihantar ke Saudi untuk
mengubah nasib hidupnya. Di khabarkan hidupnya bermasalah di Malaysia ekoran
menghisap (faham maksud saya). Ibubapanya yang mengambil jalan terbaik untuk
mengubah hidupnya. (Terkini sekitar hujung tahun 90an, beliau sudah pulang ke
Muar dan mendirikan rumahtangga- Alhamdulilah!)
.......