(Ucapan terimakasih buat Abang Mi dan Kak Tini yang membolehkan kami menyertai kembara ini dan juga anak-anakku baik di Kuantan dan Sungai Petani - U know who you u are.....
Not to forget, my beloved wife, Jija for making the trip much memorable one for our overseas honeymoon. Tidak lupa Kak Ina dan brother Berkan dan abang driver ...)
Sekadar catatan penulis sempena lawatan ke Turki untuk maklumat generasi akan datang.
01OGOS2018
KUALA LUMPUR
Penerbangan Turkish Airlines dari KLIA pada 01Ogos18 lalu membawa seribu pengalaman pahit manis buat kami bagai percutian berbulan madu yang paling lama dalam sejarah hidup kami.
Pesawat TK061 mengambil masa hampir 11 jam untuk menyempurnakan perjalanannya.
Gara-gara masalah ketidakpuasan perut salah seorang penumpang, suasana kami dalam pesawat hampir mengecewakan dan hampir mengakibatkan bantuan oksigen dikeluarkan dari setiap corong di atas tempat duduk penumpang dalam kabin ekonomi . Hanya gelak ketawa saja yang dapat menutup kisah benar ini.
02OGOS2018
ISTANBUL-6.15PAGI
KEINDAHAN NEGARA ANTARA DUA BENUA DI TURKI
(Begitulah gambaran yang dijangka apabila menerima maklumat perjalanan dari Sis Ina)
Tepat Jam 5.15 pagi kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul (LTAI). Halangan pertama ialah menempuhi kaunter Imigrasi yang agak padat dengan penumpang berbilang negara dan waktu pagi merupakan waktu puncak di LTAI.
Masa untuk bersiap diri di lapangan terbang agak terhad disamping dapat menunaikan solat subuh yang agak lewat.
Sesudah keluar daripada LTAI, bas kami sudah siap sedia untuk mengharungi kesibukan Kota Istanbul seawal pagi. Menjangkakan kesibukan Istanbul, perjalanan dipendekkan dengan menggunakan feri untuk mengharungi sungai dan bergegas ke bandar pertama sebagaimana yang dijadualkan.
BURSA-12 TENGAHARI
Kami berkesempatan mendapat maklumat tentang Bursa daripada Berkan (pemandu pelancung kami berbangsa Turki yang dilahirkan di Jerman dan menetap di sana hampir 10 tahun) . Penduduk Bursa sekitar 1.1 juta orang. Bursa juga dikenali sebagai bandar 7 bukit (7 hills city). Terkenal juga sebagai pusat automobil tempatan dan kain. Terdapat gunung yang dikenali sebagai Ulu Dal (gunung yang besar) yang mana terdapat aktiviti mendaki gunung disini.
Makanan yang terkenal di sini ialah kebab (Iskander kebab) yang merupakan makanan tengahari rasmi kumpulan kami di Bursa.
Kami sempat bergambar berkumpulan berdekatan dengan Green Mosque dan Green Mausoleum.
sebelah kiri adalah kawasan Green Mosque dan Green Mausoleum. |
1.Grand Mosque
Di Bursa juga terdapat Masjid besar yang berusia lebih 600 tahun (grand mosque atau lebih dikenali sebagai Ulu cami). Disini bermula tamadun Islam pada zaman Kesultanan Utsman (Bani Ottoman).
Menariknya masjid ini terdapat 22 kubah. 1 daripada kubah ini tidak ditutup (kini diletakkan syiling lutsinar) bagi cahaya masuk menerangi masjid ini. Khabarnya, masjid ini didirikan atas tanah-tanah wakaf umat Islam dan termasuklah satu kawasan tanah asal milik seorang Yahudi. Disini letaknya perigi dan kini dijadikan kolam tempat mengambil wuduk didalam masjid.
Bagi membuktikan ajaran islam yang datangnya dari tanah suci Mekah (yang disampaikan oleh nabi Muhammad s.aw), terdapat kiswah (kain kaabah yang lama dipamerkan didalam masjid ini yang dibawa dari Mekah oleh salah seorang panglima Islam pada zaman kesultanan Ottaman (khalifah terakhir Islam-yang berakhir sekitar 1924 sebelum penguasaan Mustafa Kamal AlTartuk).
Tempat pertama kami singgah.Antara masjid tertua di Bursa. |
2.GREEN MOSQUE (Yesil Cami) /GREEN MAUSOLEUM
Green Mosque merupakan masjid pertama yang dibuka sekitar tahun 1400an. Dibina di antara tahun 1419 dan 1420 oleh Sultan Mehmed I Celbi. Arkitek bangunan ialah Haji Ivaz Pasha.
Melambangkan keagungan Empire Ottoman setelah 11 tahun
bermula setelah tamat peperangan Ankara 1402.Masjid ini dibina semula dari tahun 2010 hingga 2012. Merupakan salah satu bangunan warisan dunia yang direkodkan oleh UNESCO.
Bersama imam masjid hijau. |
Pokok maple (yang daunnya berwarna hijau) menjadikan masjid yang didirikan di situ diberi nama Masjid Hijau (Green Mosque) dan juga dindingnya yang diletakkan mozek hijau. Pada Kesultanan Utsman, ibu negara Turki dan pusat pemerintahannya berpusat di Bursa.
Di pintu masuk Green Mausoleum |
Dihadapan masjid itu dibina bangunan (berbentuk huruf T) yang merupakan pusat pentadbiran Turki (yang juga tempat ulama-ulama ketika itu bermesyuarat). Kini ianya menjadi makam Sultan Mehmet I Celebi dan ahli keluarganya (walaupun mereka tidak disemadikan di kawasan tersebut) dan diberi nama Green Mausoleum.
No comments:
Post a Comment