03OGOS2018
Sebuah kehidupan.Bak kata pepatah,
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Selain daripada aiskrim turki (yang dijual 10 lira setiap aiskrim) berdekatan Green Mosque,Bursa,si penjual teh,kuih dan buah-buahan ini menarik perhatian saya.
(Pesanan buat kami: Demi sesuap nasi, rezeki ada dimana-mana)
KONYA
Malam pertama kami di Turki.Bandar pertama yang kami singgah dan bermalam Konya.
GROUP WHATSAPP
Berbekalkan internet (free wifi) yang terdapat sepanjang berada di hotel penginapan kami dan didalam bas, pesanan menerusi Whatsapp tanpa henti menghilangkan kebosanan kami sepanjang perjalanan di Turki dan juga pesanan untuk semua. Yang paling best,
Soft Reminder dari Kak Ina tanpa jemu setiap malam.
04pagi- wakeup call
06pagi - Sarapan pagi
08pagi - berkumpul di lobi untuk perjalanan seterusnya.
GOOD REST AND SWEET DREAM.
(Pesanan: Ingatan buat semua dalam kehidupan yang mencabar ini!!!!)
BEST DRIVER IN TOWN
Sepanjang perjalanan, kami tidak lupa pada pemandu yang berpengalaman, Jihan (nama sebenarnya Cihangir umut bolat) yang tanpa jemu memandu dengan penuh sopan dan berhemah. Yang pasti dia akan berhenti di R n R yang sesuai untuk keselesaan kami ( tandas,surau dan kedai makan)
Sebelum sampai ke destinasi berikut, kami makan tengah hari di salah sebuah restoran.
PAMUKALLE
Destinasi kami seterusnya dikenali sebagai Cotton Castle di Turki. Dalam bahasa Turki, Pamukalle bermaksud istana kapas atau benteng kapas. Terletak di Denizli,Turki, ianya kejadian alam yang luarbiasa.Terdapat air panas (difahamkan sekitar 35 degree celcius) yang mengalir dari puncak gunung hingga ke lerengnya yang mengandungi mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir. Sesuai untuk kulit yang bermasalah dan dikhabarkan turut digunakan pada zaman Rom oleh Cleopatra (suatu ketika dulu untuk mengekal kecantikannya). Kawasan ini dikenali oleh UNESCO sebagai tempat warisan dunia.
Sekilas pandang dari kawasan rendah, ianya seperti istana kapas walhal ianya tersusun dari batu-batuan yang berwarna putih.
Disini juga terdapat antique City Of Hierapolis. Mengikut sejarah,Pamukkale telah dijadikan air Spa sejak zaman Rom. Kolam air Spa tersebut dipenuhi dengan banyak batu marmar yang diambil dari kuil Apollo, Roma.
Yang turut menarik kami singgah di masjid di pekan yang berdekatan Pamukalle untuk melihat sendiri telatah penduduk tempatan. Yang dah pencen dan agak tua, kedai minum yang menjadi singgahan mereka sambil menghirup teh Turki (chai). Situasi begini juga kita lihat di pekan-pekan kecil di Malaysia sama ada kedai kopi (kopitiam) atau kedai mamak (untuk teh tarik).

Cihangir dan anak kesayangannya |