Tugasan mula diserahkan kepada pelajar sebelum memulakan perjalanan Program Firqah 2012. |
SABTU14APRIL2012:MASJID TANAH.
Keluarga saya menawarkan diri untuk menjadi tuanrumah kepada 3 pelajar Imtiaz Melaka bermalam di rumah kami di Kuala Lumpur. Program Firqah diberi nama. Pelajar bersama dengan anak kepada keluarga tersebut dikehendaki memenuhi tugasan yang telah diberikan sepanjang mereka berada bersama keluarga anak.Saya dan isteri diberi tugas sebagai ibu dan bapa angkat kepada mereka. Disini tugasan diberikan kepada dua-dua pihak untuk memenuhi objektif yang dikehendaki sekolah.
Terdahulu, pihak sekolah telah menganjurkan jaulah jiran yang memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk mengenali jiran yang berdekatan dengan sekolah disamping merapatkan hubungan silatulrahim diantara mereka. Kemudian, program jaulah Masjid yang mendedahkan pelajar kepada masyarakat setempat dan ahli masjid kariah tersebut. Disamping menunaikan solat di masjid, beriktikaf, membaca alQuran bersama-sama di Masjid.
Tepat jam 10pagi, 3 pelajar yang terpilih, Ammar,Safwan dan Hakimi menyertai anak saya Adam untuk pulang ke rumah kami di Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam.
Dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulilah.Makanan tengah hari disajikan buat anak-anak Imtiaz di Kompleks Muhibah, Taman Nirwana memandangkan masa yang suntuk untuk kami sekeluarga menyediakan makanan bagi waktu tengah hari.
Antara tugasan yang perlu dilaksanakan oleh anak- anak Imtiaz ialah solat berjemaah dan makan bersama keluarga Angkat. Dalam hubungan mengenali masyarakat setempat keluarga angkat, anak-anak Imtaz juga perlu mengenali sekurang-kurangnya 3 orang tanpa mengenal usia atau pangkat.
Ammar,Safwan,Hakimi dan Adam bersama Raffee(yang berdiri) untuk minum petang. |
Hujan pada waktu petang Sabtu itu menggagalkan mereka bermain bola bersama-sama dengan rakan-rakan Adam. Walaubagaiamanapun, agak menarik mereka dapat berkenalan dengan jiran yang kebetulan singgah di rumah kami. Apalagi Auntie Zila menjadi mangsa yang pertama! Hakimi menjadi pencatat nota, manakala Ammar dan Safwan memulakan bicara untuk menemubual Auntie Zila! Disini dapat kita lihat kemahiran anak-anak berinteraksi dengan kenalan baru. Mereka juga berkesempatan mengenali Rafee, anak auntie Zila yang turut sama menyertai minum petang di rumah kami.Orang ketiga yang mereka temubual dan berkenalan adalah Akhi Adam, abang Adam yang masih menuntut di Tingkatan Lima.
Bersama-sama membaca AlQuran selepas Solat Maghrib. |
Maghrib menjelang. Sesudah solat berjemaah, tugasan seterusnya bermula. Mereka berempat membaca Surah Arrahman. Untuk tidak menghampakan anak-anak yang belum pernah menjejakkan kaki ke kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur, kami bersama-sama solat berjemaah di Masjid KLCC.
BERSAMBUNG....................................................../1
Berlatarbelakangkan Masjid dan KLCC-sesudah solat Isyak. |