TAHUKAH KITA?
Catatan peribadi
Setelah wafatnya nabi kita Muhammad S.A.w, terdapat 104 Khalifah Islam bermula dengan Khalifah Ar Rasyidin hinggalah jatuh empayar Kesultanan Turki Othmaniah ( jumlah khalifahnya 30 orang dan yang terakhir Sultan Muhammad ke 6 - 1918-1924 Masihi).
Alhamdulillah berkat mendengar Tazkirah Ustaz Au'ni Mohamed, saya dapat berkongsi catatan ini dengan pembaca blog saya.
Khalifah Ar Rashidin:
1.ABU BAKAR ASSIDDIQ r.a.
2.UMAR IBN KHATAB r.a.
3.OSMAN IBN AFFAN r.a.
4.ALI ABI TALIB r.a
diikuti Khalifah Ummaiyah (661-750 Masihi) dan
Khalifah Abbasiyyah (750-1258 Masihi) yang berpengkalan di Kota Bagdad.
Hinggalah bani Khalifah terakhir- Khalifah Turki Othmaniah. Khalifah ini berbangsa Turki yang pada mulanya berasal dari Mongol dan Tartan (sekitar Asia).
(2017-saya berkesempatan mendirikan solat di salah sebuah masjid yang masih ada sehingga kini yang dibina sewaktu zaman Khalifah Turki Othmaniah)
Zaman khalifah Islam terakhir dilibatkan dengan Perjanjian Cyprus selepas Perang Dunia Pertama 1920 Masihi. Diantara pihak Turki (Empayar Othmaniah) dan puak perikatan Perang Dunia 1 yang melibatkan pembahagian wilayah di Turki dan kawasan sekitarnya.
Malangnya Khalifah Islam ditamatkan sebelum puak British ingin menakluk bumi Turki.
Nampak diselamatkan (mengikut sejarah Turki) oleh negarawan Turki, Mustafa Kemal Al-Tartuk (1923 Masihi) bagi mengelakkan penjajahan bangsa lain dari British tetapi Kerajaan Islam dengan mudah dilenyapkan oleh beliau.
Sekian.
KUALA LUMPUR
09JULAI 2021.
Nota: banyak lagi yang bakal dirungkaikan.semuga kita tahu sejarah Islam.