MOHD NIZAM BIN TAHIR
Sekadar catatan peribadi bagi mengingatkan saya kepada KEMATIAN (yang pasti) dan juga kepada sahabat saya semasa bersekolah di Sek Ren Keb Larkin 1 (1975-1978) yang telah pulang ke rahmatullah pada Ahad 09Mei21 selepas waktu Isyak (menurut sumber terdekat). Difahamkan juga beliau ada mengalami sakit tulang belakang dan masalah urat saraf beberapa bulan lalu. Bertugas di EPSON, Jalan Kempas.Mohd Nizam Bin Tahir adalah anak tunggal dalam keluarga yang saya kenali rapat sejak Darjah 4 tahun 1976. Tinggal di Larkin Perdana. Makcik arwah juga saya kenal merupakan jiran terdekat saya di Kempas,Johor Bahru.
Antara aktiviti kami (beberapa orang kawan sahaja yang dipilihnya) adalah bertukar hadiah ketika ulang tahun kelahiran kami pada tahun 1976. Saya dihadiahkan permainan MASTERMIND (antara wish list saya sewaktu itu). Seperkara lagi, saya masih ingat lagi bila arwah akan memberi hadiah (berupa poster/ bunga) sewaktu Hari Guru kepada guru kelas. Tidaklah seperti saya yang tidak mampu (ketika itu) untuk menyatakan penghargaan kepada guru-guru sekolah.
Kredit kepada Jamali yang menyediakan gambar ini. |
Sebagai kenalan, hanya bacaan doa dan Al-fatihah dapat kita sampaikan kepada arwah.Semuga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dirahmati Allah.Aaamin.
Nota:
Meninggalkan seorang balu, Puan Sarbanon dan tiga orang anak. Terimakasih buat rakan-rakan yang membantu pengurusan kematiannya dan sumbangan kewangan bagi ahli keluarganya.
#NizamTahir
#Ex-Larkin1,JB
#Ex-SSI,JB
#Ex-Teknik JB