Sumatera, Indonesia.
Maret 2019.
Tanggal 4Mar19, saya sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi Medan untuk kali keempat.
Misi asalnya hanya sekadar menemui ahli keluarga moyang saya Jaafar B. Ali di Medan.
Ternyata kali ini agak berbeza lawatan selama 4 hari 3 malam ini.
Bertempat di Jalan Jen Brigade Katamso (jalan utama) di bandar Medan tempat saya dan keluarga berkumpul bersama keluarga M.Amin Lubis.
Kami menziarahi tanah perkuburan Mandailing,Medan yang terletak tidak jauh dari kediaman kami. Di sinilah perkuburan Arwah Abang Amin, ayah dan ibunya, anak nya Absar dan cucunya (anak Diana).
Memang menjadi lumrah pelawat akan pasti ke tempat-tempat menarik di Medan dan sekitarnya seperti Danau Toba, Parapat dan Berastanggi bila ke Medan.Ini BUKAN matlamat saya sekeluarga
Lawatan yang pertama ke Medan pada tahun 1993, kami sempat menemui saudara Arwah datuk kami. Pakcik Hosni, Pakcik Hassan dan Makcik Mardiah (suaminya Usman Hasibuan). Inilah adik-beradik ayah kepada Abang Amin (M.Arshad Lubis). Kami cuma tidak berkesempatan menemui Pakcik Arshad dan Mak Kak Ujin kerana telah meninggal dunia.
Lawatan kali agak berbeza. Bandara(bandar udara/lapanganterbang) di Medan sudah bertukar dari Bandara Polonia ke bandara yang baru Kuala Namu. Bandara Kuala Namu dilengkapi dengan kemudahan yang bertaraf hebat dengan kemudahan keretapi ke bandar Medan dan bandara yang besar dan lengkap dengan kemudahan seperti Aerobridge.
Tempat pertama yang kami lawati ialah Istana Maimon,Medan. Disinilah sejarah kesultanan Indonesia tercatat. Sultan Maimon adalah yang terhebat dalam sejarah kesultanan Indonesia. Difahamkan Sultan terkini berada di Makassar.
Tiba waktunya untuk solat zohor, kami ke tempat kedua. Masjid Raya. Terdapat bahan sejarah merupakan naskhah AlQuran (hampir 100 tahun) yang dipindahkan dari Istana Sultan Maimon.
Membeli-belah di Pasar Besar Medan sudah menjadi kemestian pelawat ke Medan. Bangunan 4 tingkat yang tidak banyak berubah sejak lawatan saya pada tahun 1993. Agak usang pada waktu kini dan perlu mendapat perhatian pihak pemerintah. Pasar ini menjual aneka barang termasuk makanan asas ikan dan sayur-sayuran untuk keperluan harian, ianya juga menjual cenderahati untuk majlis perkahwinan dan pakaian untuk penduduk setempat dan pelawat.
Kak Ramlah (isteri sepupu saya) menjual pakaian untuk wanita di sini sejak tahun 80an manakala anak saudara saya Diana (yang mengikuti jejak ibunya) turut menjual cenderahati perkahwinan di pasar.
Tidak lengkap jika kami tidak berkesempatan menemui ahli-ahli keluarga yang lain.
Agak sedih bila kami menziarah keluarga Kak Ujin (yang dulu duduknya di Sei Padang).
Hanya berkesempatan berjumpa dengan Abang Poerwanto (bersara dari USU- Universitas Sumatera Utara) yang hampir sembuh daripada stroke. Semangat kental beliau amat kami kagumi bila beliau boleh berkebun pada waktu pagi di sebelah kediamannya. Pada waktu petang, beliau menghabiskan waktunya ke masjid yang berdekatan untuk waktu magrib dan isyak walaupun keadaanya belum pulih sepenuhnya. Dikhabarkan anak lelakinya Oki telah berumahtangga di Semarang manakala adik perempuannya Disa di Jakarta. Hanya tinggal Difa (kembar kepada Disa) yang bertugas di Medan dalam bidang perubatan.
......