TAIF -BUMI BERSEJARAH
Dua hari sebelum kami pulang ke tanah air, kumpulan Umrah kami membuat kunjungan ke bandar Taif. Bagi yang berada dalam industri penerbangan, Taif merupakan Lapanganterbang alternatif kepada pesawat-pesawat yang bakal mendarat di Jeddah atau Madinah. Taif juga bandar pertahanan kepada Arab Saudi.
Dengan ditemani seorang pemandu pelancong yang boleh bertutur bahasa Arab dan Inggeris, kami dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai Taif. Kunjungan kami ke tempat-tempat menarik seperti Istana lama Raja Arab Saudi, Masjid-masjid yang didirikan oleh nabi Muhammad SAW dan pengikutnya menjadi perhatian utama jemaah.
Salah satu pintu masuk kediaman pembesar di Taif. |
Selain daripada itu, kawasan perusahaan minyak wangi dan teh yang dihasilkan daripada bunga ros dan pasar buah-buahan (ala-ala pasar buah-buahan dan bungs di Cameron Highlands, Malaysia) turut menjadi perhatian jemaah.