7April1989- ESSEX HOSPITAL,LONDON.
Hari pertama kami berpuasa di London bagi tahun 1989. Satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan bila salah seorang rakan kami, pelajar tahun 2 Kejuteraan Elektrik dimasukkan ke hospital ekoran masalah mental. Merupakan kali pertama, kami ke hospital bagi orang kurang siuman atau yang mengalami masalah mental yang terletak di London.Masalahnya yang dihadapi beliau pada mulanya bila tidak sehaluan bersama rakan serumah. Dia seorang yang tidak suka bersosial sangat sebagaimana rakan serumahnya yang gemarkan muzik. Disini bermulanya fikiran beliau rungsing. Diikuti pula pengajian tahun 2 yang lebih rumit, lebih-lebih lagi dengan pelajaran Electrical Engineering. Dia terpaksa dihantar ke hospital oleh rakan-rakan bila dia mula mengamuk dan menumbuk cermin di rumah sewaannya.
Yang agak menarik bila seorang gadis yang juga sedang merima rawatan disitu menegur kami sambil merayu meminta sedikit wang untuk menerima keropok kentang dari mesin yang sedia ada. Yang melucukan bila beliau memasukkan bungkusan plastik keropok itu kedalam ketuhar gelombang mikro yang disediakan di kantin hospital tersebut. Apalagi, rangguplah jadinya plastik itu. Itulah bila orang kurang siuman menggunakan sesuatu alat tanpa berfikir. Nak gelak pun ada nak sedih pun ada melihat telatah si gadis itu. Kesudahannya, sekali lagi kami diminta wang olehnya.
Berbalik kepada rakan kami yang tidak sihat itu, pada mulanya beliau sama sekali tidak mengenali kami langsung. Difahamkan, dia diikat di katil sewaktu mula-mula masuk ekoran keadaannya yang kritikal.
(Nota: setelah selesai beliau menerima rawatan di hospital tersebut, pegawai pelajar kelolaan MARA telah menghantar beliau pulang ke Malaysia)
BERSAMBUNG...